Daniel James merupakan salah seorang dari lima pemain Manchester United yang berjaya dijual oleh kelab dan mendatangkan keuntungan.
Dalam tempoh 10 tahun terakhir ini, setan merah telah menjual begitu ramai pemain mereka, namun hanya lima sahaja yang berjaya mendatangkan keuntungan kepada kelab.
Pada hari terakhir jendela perpindahan sebelum ditutup, Manchester United secara rasminya telah menjual pemain kebangsaan Wales, Dan James dengan yuran perpindahan bernilai £25 kepada Leeds.
Excited to finally join @LUFC! I'm looking forward to playing at Elland Road in front of the fans and to start this next chapter in my career! See you all after the International break!👊🏼⚪ pic.twitter.com/OpRt5z4rTI
— Daniel James (@Daniel_James_97) August 31, 2021
Ia seterusnya mengakhiri karier dua tahun James di Old Trafford selepas membuat 74 penampilan untuk kelab dalam semua pertandingan.
Pemain berusia 23 tahun itu menyertai Man Utd pada jendela perpindahan musim panas 2019 dari pasukan Championship, Swansea.
Beliau ketika itu ditandatangani dengan yuran perpindahan bernilai £15 juta, dan ia bermaksud Manchester United berjaya mengaut keuntungan £10 juta ketika menjualnya semula ke Leeds United.
Excited to finally join @LUFC! I'm looking forward to playing at Elland Road in front of the fans and to start this next chapter in my career! See you all after the International break!👊🏼⚪ pic.twitter.com/OpRt5z4rTI
— Daniel James (@Daniel_James_97) August 31, 2021
Mungkin ramai yang terkejut dan sukar untuk percaya yang United sebenarnya hanya mampu raih keuntungan dari penjualan lima pemain sahaja dari ramai lagi bintang yang mereka lepaskan dalam tempoh sedekad ini.
Walaupun hanya membuat 28 penampilan untuk kelab dari tahun 2014 hingga 2016, pemain full-back Alexander Huttner telah dijual kepada Dinamo Moscow dan memberi keuntungan bernilai £1.8 juta kepada kelab.
Pemain pertahanan Belanda yang tidak berjaya untuk masuk ke dalam skuad utama United selepas itu telah beraksi bersama beberapa pasukan lain seperti Vitesse, New England Revolution dan terbaru bersama KC Waalwijk.
Former Manchester United player Alexander Büttner shows off his new mural at his home 📸 pic.twitter.com/0U7kBTXv6D
— utdreport (@utdreport) May 8, 2021
Javier Chicharito Hernandez merupakan seolah lagi pemain yang berjaya dijual oleh pihak kelab, dan mendatangkan keuntungan walau hanya sedikit.
Selepas menjaringkan 59 gol dari 157 penampilan sepanjang tempoh lima tahun karier gemilangnya di Old Trafford, pemain kebangsaan Mexico itu telah dijual ke Bayer Leverkusen pada tahun 2015.
Beliau ketika itu ditandatangani dengan yuran perpindahan bernilai £6.5 juta dari Guadalajara dan kemudiannya dijual ke pasukan Bundesliga dengan yuran perpindahan bernilai £7.3 juta.
Keuntungan kecil terus diraih oleh United hasil penjualan Daley Blind, dengan pemain defensive midfielder itu beralih ke posisi centre-back dan ditandatangani oleh setan merah.
🗣️ Daley Blind on his time at Manchester United:
“In England many people want their centre-backs to be very physical, and strong in the air. In the year I played alongside Chris Smalling, we conceded the least goals from all teams. I think I succeeded at United as CB.” 💪 #MUFC pic.twitter.com/8yYB84peOb
— Man United News (@ManUtdMEN) August 18, 2021
Aksi hebat beliau bersama skuad kebangsaan Belanda dalam saingan Piala Dunia 2014 telah menarik minat Louis Van Gaal untuk membawanya ke Old Trafford.
Beliau menyertai United dari Ajax dengan yuran perpindahan bernilai £16 juta dan selepas membantu kelab memenangi gelaran Europa League dan FA Cup, Blind dijual semula ke Juara saingan Eredivisie itu dengan yuran perpindahan bernilai £18 juta.
Memandangkan beliau bukan lagi pemain utama United, ia merupakan rundingan yang sangat menguntungkan pada ketika itu.
Tidak dinafikan ia juga merupakan rundingan yang menguntungkan untuk Ajax memandangkan Blind berjaya untuk menjadi pemain terpenting kelab sepanjang kariernya bersama gergasi Belanda itu.
💥 𝗘𝗺𝗽𝗵𝗮𝘁𝗶𝗰 finishing from @CH14_ on our 2012 visit to Molineux… 🇲🇽#GoalOfTheDay | #WOLMUN pic.twitter.com/7MRulVjouC
— Manchester United (@ManUtd) August 29, 2021
Chris Smalling merupakan nama terakhir dalam senarai ini, yang berjaya dijual oleh United dan mendatangkan keuntungan kepada kelab.
Pemain centre-back itu ditandatangani oleh Manchester United dari Fulham pada musim panas 2010 dengan yuran perpindahan bernilai £7 juta.
Beliau telah beraksi bersama Man United selama sembilan tahun dan telah memenangi pelbagai kejuaraan bersama kelab.
Smalling berjaya menjulang dua gelaran Premier League, FA Cup dan Europa League sepanjang kariernya di Old Trafford sebelum dilepaskan ke Serie A.
Beliau telah mempamerkan aksi yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika beraksi sebagai pemain pinjaman di Stadio Olimpico dan telah ditandatangani secara tetap oleh AS Roma.
OFFICIAL: Manchester United announce Chris Smalling has returned to Roma on a permanent deal ✍️ pic.twitter.com/heTMzDFrwv
— B/R Football (@brfootball) October 5, 2020
United berjaya menjualnya ke Roma dengan yuran perpindahan bernilai £13.6 juta dan ia jelas lebih dari nilai yang mereka bayar kepada Fulham 9 tahun lalu.
Dan dari semua pemain yang United jual, hanya lima bintang ini sahaja yang mendatangkan keuntungan kepada kelab, sementara pemain lain yang dijual tidak memberi apa-apa keuntungan kepada kelab.
Sumber: SPORTbible