Manchester United muncul juara sebagai kelab paling tinggi berbelanja sejak 10 tahun lalu, apabila merekodkan jumlah £1.19 billion pelaburan berbanding nilai pemain yang dijual.
Sejak 2014, Setan Merah telah membelanjakan £1.67 billion untuk mendapatkan pemain baharu, dan hanya menerima pulangan £418 juta untuk pemain yang dijual.
Kajian itu dilakukan oleh CIEA Football Obervatory yang menyediakan data dan statistik kewangan bola sepak di seluruh dunia.
Antara pemain yang dibawa masuk sepanjang tempoh itu adalah seperti Paul Pogba dengan nilai £89.5 juta pada 2016, Harry Maguire dengan nilai £80 juta pada 2019 dan Romeo Lukaku dengan nilai £75 juta pada 2017.
Manchester United 🔝 the Premier League spending table over the last decade.
West Ham and Aston Villa have both spent more than Liverpool 🫣#TelegraphFootball pic.twitter.com/pVsBfdVcHF
— Telegraph Football (@TeleFootball) September 6, 2023
Kesemua tiga pemain termasuk dua lagi pemain yang dianggap mahal seperti Antony dan Jadon Sancho bergelut dengan konsistensi dan prestasi masing-masing sejak perpindahan ke Old Trafford.
Sepanjang tempoh itu, Man Utd turut gagal menjuarai Premier League dan UEFA Champions League yang dilihat sebagai indikasi terhebat pencapaian sesebuah pasukan di Liga Inggeris.
Chelsea yang menjuarai dua kejuaraan Premier League dan satu gelaran Champions League sepanjang tempoh itu berada di tempat kedua dengan perbelanjaan keseluruhan £883 juta – kurang £307 juta yang dilaburkan oleh United.
The Blues telah membelanjakan lebih £1 billion sejak diambil alih oleh Todd Boehly pada musim lalu telah membelanjakan angka tertinggi mencecah £2.25 biliion sejak 10 tahun lalu, namun turut mendapatkan pulangan £1.37 billion hasil penjualan pemain.
Chelsea yang kini dikendalikan oleh Mauricio Pochettino mulai merekodkan aliran kewangan tidak sihat apabila mencatatkan baki negatif £476 juta untuk 2023 sahaja.
Jumlah negatif itu mendahului angka £166 juta oleh Al Hilal di kedudukan kedua setelah kelab Saudi Pro League itu mendapatkan pemain seperti Neymar, Ruben Neves, Aleksandar Mitrovic dan Kalidou Koulibaly.
Sejak sedekad yang lalu, Paris Saint-Germain berada di kedudukan ketiga dengan perbelanjaan keseluruhan £866 juta, diikuti Arsenal (£745 juta) dan Manchester City (£732 juta) untuk melengkapkan lima pasukan terayas paling mewah berbelanja.
Newcastle United walaupun kini dimiliki oleh konsortium Arab Saudi sejak Oktober 2021 berada di kedudukan keenam dengan angka £575 juta, mendahului Barcelona (£568 juta) – walaupun kelab Catalan itu berhadapan masalah kewangan sejak beberapa tahun lalu.
Tottenham (£521 juta), diikuti AC Milan (£467 juta). West Ham yang muncul juara Europa Conference League mengejutkan ramai apabila merekodkan perbelanjaan negatif £452 melengkapkan senarai 10 teratas.
Aston Villa berada di kedudukan ke-11 dengan perbelanjaan £413 juta. Ini bermakna West Ham dan Aston Villa berbelanja lebih daripada kelab-kelab utama eropah yang lain seperti Juventus (£385 juta), Bayern Munich (£294 juta) dan Real Madrid yang menjuarai Champions League sebanyak lima kali sepanjang tempoh itu tetapi masih merekodkan aliran £278 juta.
Liverpool dianggap jauh lebih bijak berbelanja dan menguruskan kewangan untuk membeli pemain berbanding seteru mereka Man United, Chelsea, Arsenal dan Man City, dengan aliran baki negatif £395 juta.
Dan sepanjang tempoh itu kelab Merseyside itu berjaya menamatkan kemarau 30 tahun apabila menjuarai Premier League era pandemik pada musim 2019/20 dan Champions League pada musim berikutnya.