Manchester United perlu menyediakan dana yang besar seandainya mereka mahu meneruskan hasrat untuk menceraikan Ole Gunnar Solskjaer.
Menurut laporan dari media UK, Ole Gunnar Solskjaer akan menerima pampasan yang lumayan seandainya beliau diceraikan oleh majikannya, setan merah.
Kedudukan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus Manchester United pada ketika ini sangat goyah, dan bila-bila masa sahaja pihak kelab mungkin akan menjatuhkan talak ke atasnya.
Manchester United forced to pay £7.5 million fee if they sack Ole Gunnar Solskjaer #mufc #ManUtd https://t.co/IsTNRWmx5X
— Man Utd Latest (@ManUtdLatestCom) October 28, 2021
Selepas mengharungi beberapa perlawanan yang mengecewakan, tekanan ke atasnya semakin memuncak selepas kekalahan memalukan United di tangan Liverpool hujung minggu lalu.
Manchester United dibedal 5-0 di Old Trafford oleh Liverpool dalam saingan Premier League, dengan ia merupakan kekalahan paling memalukan mereka dalam sejarah penubuhan kelab.
Pada ketika ini, setan merah masih lagi ketinggalan lapan mata dibelakang pendahulu saingan liga, Chelsea, dan tujuh mata dibelakang sang penakluk dunia, Liverpool.
Laluan United selepas ini semakin sukar dengan mereka perlu berdepan dengan Tottenham Hotspur, Atalanta, Manchester City, Villareal dan Chelsea dalam lima perlawanan akan datang kelab.
EPL: Solskjaer to receive £7.5m if Man Utd sack him https://t.co/uRDMAlzKTI
— Daily Post Nigeria (@DailyPostNGR) October 27, 2021
Walau bagaimanapun, Solskjaer mungkin tidak akan terlibat dengan kesemua perlawanan ini, dengan laporan kini yang menyatakan bahawa beliau mungkin akan dipecat.
Beliau pada awalnya sudah hampir untuk diceraikan oleh pihak kelab beberapa hari lalu, namun dek kerana disokong oleh Sir Alex Ferguson, maka karier beliau di Old Trafford masih selamat.
Walau bagaimanapun, pihak kelab memberi beliau tempoh untuk buktikan sesuatu dari tiga perlawanan selepas ini, bertemu Tottenham Hotspur, Atalanta dan Manchester City.
Seandainya beliau mampu untuk membuktikan sesuatu, maka beliau akan terus diberi kepercayaan untuk mengurus Manchester United.
At this juncture, do you think Manchester United should do the needful by sacking Ole.👀
Well before you say yes, know that Manchester United would have to pay Ole Gunnar Solskjaer £7.5m if they are to sack him. 😩😬#GTVSports pic.twitter.com/GUFGIZ56IG
— GTV SPORTS+ (@mygtvsports) October 27, 2021
Dan seandainya gagal, maka Ole Gunnar Solskjaer bakal diceraikan oleh kelab dan beliau perlu pulang ke Norway atau cuba nasib hantar resume ke Nou Camp.
Namun begitu, bukan mudah untuk Manchester United melepaskan Ole Gunnar Solskjaer begitu sahaja, dengan mereka sebenarnya perlu membayar pampasan kepada pengurus berusia 48 tahun itu.
Menurut sumber laporan sama, United perlu membayar £7.5 juta kepada Ole Gunnar Solskjaer seandainya mereka sudah sebulat suara untuk menceraikannya.
Bekas pengurus Chelsea dan Inter Milan, Antonio Conte merupakan nama paling hangat dikaitkan dengan Manchester United pada ketika ini.
It’s reported one of the reasons Manchester United are hesitating before hiring Antonio Conte is they’d have to pay Ole Gunnar Solskjaer a £7.5m severance package https://t.co/6LukPzhM0H #MUFC #FCIM #Conte
— footballitalia (@footballitalia) October 27, 2021
Walau bagaimanapun, sepertinya sudah hampir pasti untuk peminat melihat Solskjaer yang akan mengendalikan United ketika aksi bertemu Spurs nanti.
Perlawanan bertemu Atalanta dan seterusnya masih belum ada jaminan untuk Solskjaer memandangkan pihak kelab benar-benar terkesan dengan kekalahan bertemu Liverpool.
Selepas kekalahan 5-0 kepada Liverpool, Ole Gunnar Solskjaer seperti tidak sedar ketika bercakap menyatakan beliau percayakan diri sendiri dan hampir mencapai matlamat.
“Aku percayakan diri aku. Aku juga percaya aku semakin hampir kepada apa yang aku mahukan bersama kelab. Aku telah fikir apa yang telah kami lakukan, apa yang aku lihat adalah perkembangan.”
Manchester United will have to pay manager Olé Gunnar Solskjaer a £7.5m severance package – equivalent to a full season’s salary — if they sack him now. Considerably less than the £19.6m it cost the club when they dismissed José Mourinho and his coaching team in December, 2018. pic.twitter.com/tREvN8YNM8
— Grant Robbins™️💦 (@mixingdesk71) October 28, 2021
“Sudah tentu keputusan akhir-akhir ini tidak cukup baik, maka ada yangmengangkat tangan dan perkara ini mungkin membawa keraguan dalam fikiran sesiapa sahaja.”
“Tetapi aku perlu terus kuat dan aku percaya dengan apa yang kami lakukan termasuklah kakitangan kejurulatihan, para pemain. Hari ini kami berada di tahap terendah dengan keyakinan rendah.”
Ole Gunnar Solskjær to @robharris: “I do believe in myself. I do believe I'm getting close to where I want with the club”. 🔴 #MUFC #Solskjaer pic.twitter.com/DDDmXBz08X
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 24, 2021
Ramai yang sudah hilang kepercayaan kepada Ole namun sekurang-kurangnya Ole masih mempercayai diri sendiri dan juga percaya ini adalah satu perkembangan. Trust the procces?
“Minggu depan lawan Tottenham di tempat lawan kemudian perlawanan Liga Juara-Juara bertemu Atalanta, pasukan seterusnya yang akan melawat kami ialah Man City.”
🗣 "I do believe in myself, I believe I'm getting close to what I want with the club."
Ole Gunnar Solskjaer still believes he can take Manchester United back to where they belong despite the recent poor run of results pic.twitter.com/p4ndWgvnnP
— Football Daily (@footballdaily) October 25, 2021
“Kami perlu melihat ke hadapan, menyusun kerangka fikiran kami dan memastikan kami pergi ke sesi latihan seterusnya dalam rangka fikiran yang betul.”
Sumber: SPORTbible