Manchester United bercadang untuk melepaskan Jadon Sancho pada jendela perpindahan Januari hadapan selepas pemain itu terus enggan memohon maaf kepada Erik ten Hag.
Pada masa yang sama pengurus dari Belanda itu tetap bertegas dengan tindakannya mendisiplinkan Sancho dengan mengasingkan pemain itu dari skuad utama.
Tindakan tersebut dilakukan oleh Ten Hag setelah pemain itu menggelarnya sebagai penipu sebagai tindak balas kenyataan pengurus Manchester United itu mempersoalkan sikapnya ketika latihan berpasukan.
🚨 Jadon Sancho is yet to apologise to Erik Ten Hag and there is a growing feeling his Manchester United career is over.
(Source: ESPN) pic.twitter.com/a5SVIRauNW
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) October 9, 2023
Langkah itu turut dilakukan oleh Ten Hag kerana pengaruh negatif yang dibawa oleh Sancho di dalam pasukan.
Dan sejak Sancho diasingkan daripada skuad utama United, Ten Hag percaya situasi di dalam bilik persalinan skuad United kini mulai terkawal dan semangat berpasukan turut semakin baik seperti yang ditampilkan ketika perlawanan menenyang Brentford pada hujung minggu lalu.
Untuk itu United dilaporkan sudah tidak lagi sabar untuk melepaskan pemain itu pada Januari hadapan. Malah kelab itu dikatakan sanggup membayar subsidi untuk menampung gaji £300,000 yang diterima oleh Sancho di Old Trafford pada ketika ini kepada kelab berminat.
Jventus dan Borussia Dortmund adalah antara kelab yang mulai dikaitkan dengan pemain itu, namun kedua-dua kelab pasti tidak akan sanggup membayar nilai £60 juta yang dimahukan United pada pertengahan musim.
🚨 Jadon Sancho is on the verge of leaving #mufc in January and a loan is more likely than a permanent deal at this stage. Dortmund coach Edin Terzic is in regular contact with Sancho as they appreciate each other very much, he wants to play regularly! [@Plettigoal] pic.twitter.com/4kQYpTui3b
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) October 3, 2023
Tempoh rehat antarabangsa dilihat sebagai waktu terbaik untuk Sancho dan United berdamai, tetapi pihak kelab juga dikatakan enggan mendesak Sancho untuk berbuat demikian.
Terlampau lama berehat akan menyebabkan nilai pemain itu terus susut berbanding pelaburan bernilai £73 juta yang dibayar United kepada Borussia Dortmund untuk mendapatkan pemain itu sebelum ini, melainkan Sancho tampil cemerlang secara pinjaman bersama pasukan lain selepas ini.
Membenarkan Sancho beraksi secara pinjaman bersama kelab lain dilihat sebagai strategi United sepertimana yang dilakukan kelab itu kepada Mason Greenwood pada Ogos lalu.