Segelintir penyokong Liverpool mulai mempersoalkan tindakan Gareth Soutgate yang melakukan pusingan u dalam pemilihan skuad England untuk kalendar perlawanan antarabangsa pada Mac ini.
Southgate mengejutkan ramai apabila memanggil pemain muda Manchester United Kobbie Mainoo untuk perlawanan England menentang Brazil dan Belgium.
Ia adalah perubahan mengejutkan daripada Southgate yang sebelum ini tidak mengendahkan desakan untuk Mainoo turut dibawa ke dalam skuad England untuk kedua-dua perlawanan tersebut.
Malah Mainoo sebelum ini hanya dinamakan untuk skuad England B-21 untuk perlawanan menentang Azerbaijan dan Luxembourg.
• Nov 2023 – Full PL debut
• Nov 2023 – Starting XI player
• Jan 2024 – Man Utd Player of The Month
• Feb 2024 – PL Goal of The Month
• March 2024 – First England senior call-up
• April 2024 – FA Cup semi-finalAll at 18 years of age.
Insane SIX months for Mainoo. 🤯🌟 pic.twitter.com/KjenvaKDyS
— UF (@UtdFaithfuls) March 19, 2024
Bercakap mengenai perubahan tersebut, Southgate berkata: “Saya berpendapat dia [Mainoo] menampilkan prestasi yang sangat cemerlang untuk seorang pemain muda, dan kami di sini tidak pernah mahu melambatkan pemain muda untuk beraksi bersama skuad senior.
“Tetapi dia hanya beraksi beberapa perlawanan sebelum ini dan kami harus berhati-hati untuk mengembangkan potensi dimilikinya, selain melakukan keputusan yang tepat pada masa yang paling sesuai.
“Kami juga berpendapat dia sepatutnya diberikan ruang untuk memenuhi potensi dimilikinya pada kadar masa yang dia boleh lalui. Pada masa ini dia berada di dalam situasi dimana jumlah perlawanan dilaluinya tidak sama seperti Jude (Bellingham) atau Bukayo (Saka) ketika kedua-dua pemain pertama kali menyertai kami.
Kobbie Mainoo getting the England call up before Curtis Jones and Harvey Elliott has to be the biggest robbery.
The Liverpool’s duo won the Euro’s u-21 for England this summer but a united player with 20 pro appearances gets the call up 🤡😂
Watch this lad getting exposed 😂— LAMA (@sportylama_) March 19, 2024
“Tetapi saya ulang sekali lagi: dia adalah pemain yang sangat bagus pada usianya. Dia adalah pemain bola sepak sejati – anda sudah lihat sendiri. Dan dia sedang menuai pengalaman berharga bersama Manchester United pada ketika ini. Dia juga memiliki karakter yang bagus.”
Prestasi ditampilkan Mainoo untuk United di suku akhir Piala FA menentang Liverpool pada Ahad lalu tampaknya telah meyakinkan Southgate untuk mengubah pendiriannya.
Namun tindakan memanggil pemain berusia 18 tahun itu ke skuad utama England turut menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong Liverpool di media sosial.
I don’t care, I’ve seen enough of Elliot and Curtis Jones to know they’re both better than Kobbie Mainoo.
— 𝖆𝖈𝖍𝖎𝖑𝖑𝖊𝖘 (@LFC_achilles) March 19, 2024
“Mainoo mendapat panggilan terlebih dahulu berbanding Harvey Elliot sebenarnya sangat kelakar,” kata salah seorang penyokong setia Liverpool.
“Saya bersimpati dengan Elliot. Dia sepatutnya turut mendapat panggilan. Selama ini dia menanti dengan penuh kesabaran,” kata seorang lagi.
Seorang lagi kemudian berkata: “Hanya sekirnya Mainoo dipanggil sebagai pengganti pemain lain di dalam skuad sedia ada, saya berpendapat Southgate sebenarnya sangat lemah dan tak pandai buat keputusan. Beberapa hari lalu bukan dia panggil pun!”
Mainoo sebenarnya turut boleh beraksi untuk Ghana kerana ibu bapanya mempunyai asal usul dari negara Afrika itu. Kini Mainoo berpotensi melakukan debut antarabangsa untuk England dalam perlawanan menentang Brazil di Wembley pada Sabtu ini.