Manchester City dilaporkan sudah bersetuju dengan syarat peribadi yang diletakkan oleh ejen kepada Erling Haaland untuk melengkapkan urusan perpindahan blockbuster pada musim panas ini.
Gergasi Premier League itu bakal membawa Erling Haaland dari Borussia Dortmund pada jendela perpindahan musim panas nanti dengan hal itu sepertinya sudah hampir pasti untuk berlaku.
Sportsmail melaporkan yang pemain berusia 21 tahun itu telah ditawarkan dengan kontrak yang menakjubkan bernilai £500,000 seminggu.
Manchester City have agreed personal terms with Erling Haaland and could complete a deal in the next week, according to the Daily Mail 👀 pic.twitter.com/PXy1HJnhlw
— GOAL (@goal) April 18, 2022
Seandainya pemain kebangsaan Norway itu bersetuju untuk menerima tawaran tersebut, maka beliau bakal menjadi antara penerima gaji tertinggi dalam saingan Premier League.
Man City pada ketika ini sudah hampir pasti bakal mengaktifkan klausa perlepasan bernilai £63 juta yang ada dalam kontrak Haaland dan mereka bakal memulakan rundingan seawal minggu hadapan.
Beberapa pasukan gergasi Eropah turut sama sangat berminat mahu mendapatkan khidmat Erling Haaland, termasuklah Real Madrid, Barcelona dan Paris Saint Germain.
Walaupun hal berkait klausa perlepasan dalam kontrak Haaland telah diketahui umum, namun Borussia Dortmund masih tetap berharap agar mereka akan mampu untuk kekalkan penyerang terbaik mereka itu untuk tempoh satu tahun lagi.
Haaland menyertai Borussia Dortmund dari RB Salzburg pada Januari 2020 yang lalu dengan beliau kini sudah berjaya menjaringkan 82 gol dari 85 penampilan.
BREAKING: Manchester City agree terms over £500,000-A-WEEK deal to sign Erling Haaland https://t.co/hhBK103msj pic.twitter.com/WI4PjrOitE
— MailOnline Sport (@MailSport) April 18, 2022
Beliau berjaya menjaringkan dua gol ketika aksi kemenangan besar Borussia Dortmund menewaskan Wolfsburg 6-1 kemarin.
Ayah kepada pemain kebangsaan Norway itu, Alf-Inge pernah menghabiskan masa selama tiga tahun ketika kariernya untuk beraksi bersama Manchester City.
Beliau berada di Etihad pada tahun 2000 hingga 2003 dan beliau dikatakan terlibat dengan urusan rundingan untuk membawa Haaland sertai Manchester City.
Manchester City walau tanpa khidmat pemain penyerang utama, mereka masih tetap konsisten mempamerkan aksi persembahan yang meyakinkan dan turut berjaya menjaringkan banyak gol.
The Citizens jelas sekali tidak mempunyai pemain penyerang utama pada ketika ini selepas legenda kelab, Sergio Aguero meninggalkan Etihad pada musim panas yang lalu.
Pengurus pasukan, Pep Guardiola sebelum ini sangat berminat mahu mendapatkan khidmat Harry Kane dan Tottenham Hotspur.
Father's son🔵@ManCity 🤝@ErlingHaaland pic.twitter.com/aOGSbW5dru
— Gökmen Özcan (@gokmenozcan) April 18, 2022
Walau bagaimanapun, chairman Spurs, Daniel Levy tetap berkeras untuk tidak mahu melepaskan Harry Kane dan hal itu menyebabkan Man City mula mencari pemain penyerang yang lain.
Phil Foden dan Gabriel Jesus pada ketika ini sering digunakan oleh Pep Guardiola untuk mengisi kekosongan di posisi tersebut.
Guardiola telah ditanya tentang usaha City untuk mendapatkan Erling Haaland pada bulan lalu, namun beliau sepertinya masih mahu menafikan hal tersebut.
“Sejak saya tiba di sini, setiap bulan atau setiap dua bulan orang akan kata yang kami akan tandatangani 50 pemain.”
Jelas Guardiola kepada wartawan yang menyoal beliau tentang hal tersebut.
“Sekarang ini, dengar, agak mustahil untuk saya bercakap tentang seorang lelaki yang tak ada di sini. Dia merupakan pemain Borussia Dortmund dan kita ada banyak lagi cabaran menanti kami selepas ini.”
“Pada akhir musim nanti, akan ada jendela perpindahan dan banyak perkara yang boleh berlaku.”
Some things are just meant to be. pic.twitter.com/2LTolGElKD
— City Report (@cityreport_) April 18, 2022
Manchester City pada ketika ini sedang bersaing hangat dengan Liverpool untuk merebut gelaran Premier League dengan skuad kendalian Pep Guardiola itu mendahului carta liga dengan kelebihan satu mata.
Mereka walau bagaimanapun kini akan memberi sepenuh perhatian untuk perlawanan penting bertemu Real Madrid nanti di peringkat separuh akhir saingan Champions League.
Berbanding Premier League, Pep Guardiola dan Manchester City sendiri jelas sekali lebih impikan untuk menjulang gelaran Champions League.
Seandainya City benar-benar berjaya menandatangani Erling Haaland, maka bintang Norway itu bakal memecah rekod sebagai penerima gaji tertinggi kelab.
Erling Haaland to Manchester City, here we go! Paperworks signed tonight between Dortmund and Manchester City. €75m final fee, contract also signed until June 2027. 🔵🇳🇴 #MCFC
Haaland will receive €30m net salary plus add-ons. Medical to be completed in the coming weeks. pic.twitter.com/aCvJwn85Cy
— 👑🇩🇰💙 (@TianMCFC) April 18, 2022
Ketika ini, Kevin De Bruyne merupakan penerima gaji tertinggi kelab dengan beliau menerima £385,000 seminggu dan gaji yang bakal Haaland terima nanti jelas sekali jauh lebih tinggi dari itu.
Sumber: SPORTbible