Pasukan paling agung dalam peradaban bola sepak dunia, Manchester United dilaporkan berminat untuk dapatkan pemain muda Manchester City, Charlie McNeill yang kini telah menjaringkan 600 gol di peringkat remaja.
Charlie McNeill, wonderkid berusia 16 tahun dikatakan mempunyai penendang padu seperti Paul Scholes dan ketajaman memburu gol seperti penyerang sensasi England, Harry Kane.
Manchester United dilaporkan yakin untuk mendapatkan pemain muda yang telah menjaringkan 600 gol untuk kedua-dua pasukan Manchester.
Charlie McNeill telah meninggalkan Manchester City enam minggu lalu selepas menolak kontrak profesional untuk kekal di Ethihad.
Melihat peluang ini Setan Merah cuba menambat kembali hati pemain muda yang meninggalkan mereka 6 tahun lalu dengan kontrak profesional.
Kerana Charlie McNeill belum berusia 17 tahun sehingga bulan September ini maka kedua-dua Manchester terpaksa menyetujui sejumlah yuran.
Perjanjian yang jika benar berlaku akan melibatkan wang sebanyak tujuh angka sahaja bagi mengelakkan tindakan daripada tribunal.
Menurut sejarah, Charlie McNeill ini sebenarnya peminat Manchester United dan ketajaman beliau bermula di akademi Manchester United sebelum bersambung bersama City.
Charlie McNeill meninggalkan akademi Manchester United pada tahun 2014 dan menyertai akademi Manchester City.
Sejak mula beraksi bersama pasukan Manchester City bawah 18 tahun peluang untuk Charlie McNeill semakin terhad.
Musim 2018/19 bersama City bawah 18 tahun, Charlie McNeill hanya tiga penampilan dari bangku simpanan.
Untuk musim 2019/20, Charlie McNeill telah mendapat satu perlawanan sahaja dari kesebelasan utama dan 4 perlawanan sebagai pemain simpanan sebelum liga dihentikan.
Charlie McNeill telah menjaringkan gol pertamanya bersam City bawah 18 tahun pada bulan Februari lalu menewaskan Blackburn 2-1.
Selain Manchester United, Charlie McNeill juga diintai pasukan lain seperti RB Leipzig, Leeds United dan Wolverhampton Wanderers.
Video Rangkuman Aksi Charlie McNeill
Charlie McNeill telah menjaringkan 110 gol dan menghasilkan 38 assist dalam 72 perlawanan untuk pasukan Manchester City bawah 15 tahun.
Rakaman video bertebaran di saluran Youtube menunjukkan kemampuan Charlie McNeill yang mampu menjaringkan pelbagai jenis gol.
Pelbagai jenis gol telah dijaringkan oleh Charlie McNeill ketika beraksi dengan pasukan bawah 16 dan 17 tahun inilah yang menarik minat kelab besar.
Gol jarak jauh dari jarak 30-40 ela seperti yang selalu dilakukan oleh Steven Gerrard dan Paul Scholes pernah dihasilkan Charlie McNeill.
Charlie McNeill gemar untuk membuat potongan ke dalam kemudian melencongkan bola merentasi penjaga gol untuk mencari penjuru gawang.
Pemain muda ini juga tajam lam menghidu peluang seperti Harry Kane, pandai mencari ruang pada masa yang tepat di dalam kotak untuk penyudah jarak dekat.
Rekod bantuan gol juga menunjukkan beliau tidak tamak dan akan menghantar bola kepada rakan yang berada pada posisi yang lebih baik.
Dah ada ni video tajuk ‘Welcome To Manchester United | Charlie McNeill | Goals & Skills Highlights’. Power bukan?