Salah seorang penyokong Manchester United yang dikenali sebagai John telah mengucapkan takziah kepada skuad setan merah kerana beliau menganggap kelab Premier League itu sudah mati.
Selain mendoakan kedamaian Man Utd yang dah mati, John turut menghentam pimpinan kelab, para pemain, pengurus dan semua yang terlibat tanpa belas selepas mereka tersingkir dari saingan FA Cup.
Juara 12 kali saingan Piala FA itu telah disingkirkan oleh Middlesbrough dari pertandingan ini, selepas mereka berdepan dengan kekalahan 7-8 menerusi penentuan sepakan penalti.
"The club is absolutely dead… the players are rotten, the Glazers are rotten."
"The club's a laughing stock and it's run by idiots."
This Manchester United fan was absolutely fuming after their FA Cup exit #MUFC https://t.co/LhcYstrWJ9
— talkSPORT (@talkSPORT) February 5, 2022
Walau bagaimanapun, Man Utd sebenarnya berpotensi untuk memenangi perlawanan tersebut, dengan mereka dihidangkan dengan begitu banyak kesempatan untuk menjaringkan gol sepanjang permainan.
Cristiano Ronaldo gagal untuk menjaringkan gol walau banyak peluang terhidang termasuklah ketika beliau menunjukkan kedunguannya yang mensia-siakan sepakan penalti yang dimenangi oleh setan merah pada aksi babak pertama.
Marcus Rashford dan Bruno Fernandes juga beberapa kali terlepas kesempatan emas untuk merobek gawang gol Middlesbrough dalam perlawanan ini.
Ketumpulan jentera serangan Man Utd secara tak langsung telah membenarkan Boro untuk meledak gol penyamaan dalam perlawanan yang dilangsungkan di Old Trafford itu.
Selain berjaya menyamakan kedudukan, Boro turut cemerlang mencatatkan kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti, seterusnya mengesahkan tempat untuk mereka di pusingan kelima saingan FA Cup.
‘Manchester United is dead ’ and ‘run by idiots’, says furious fan after FA Cup exithttps://t.co/K0UBZDDuDn#Pogba #ManUnited #FACup #Facebook
— AfrinewsKE (@AfrinewsKE) February 5, 2022
Champions League merupakan satu-satunya harapan untuk Manchester United menang dan membawa Piala pertama mereka pada musim ini.
Musim ini merupakan musim keenam Manchester United pulang tanpa memenangi sebarang Piala kejuaraan dan ia jelas satu hal yang tidak digemari oleh para peminat.
Penyokong United, Jones percaya yang kekalahan ini merupakan bukti nyata tentang bagaimana jahanamnya skuad setan merah dari bawah hingga ke pucuk pimpinan kelab.
John menyatakan di The Sports Bar yang:
“Damailah di sana MUFC. Kelab ini jelas sekali dah mati. Ia dah mati dari atas sampai bawah.”
“Jesse Lingard bantai kelab pada minggu ini ketika dia kata dia tak minta cuti pun. Itu sudah menunjukkan bagaimana pemain dah mula tak peduli tentang kelab bola sepak ini lagi, mereka tak peduli, ia jahanam, kelab sedang jahanam. Pemain semua barai, The Glazers jahanam.”
Middlesbrough were pumped after upsetting Manchester United at Old Trafford 💥 pic.twitter.com/pz4N6DndAa
— B/R Football (@brfootball) February 4, 2022
“Apa Darren Fletcher lakukan dekat bench? Apa kerja dia pun saya tak tahu.”
“Saya rasa ia (Gol penyamaan Middlesbrough) adalah handball tapi lupakan saja itu, kita memang ada peluang untuk menang perlawanan ini.”
“Kamu lihat Jadon Sancho pada aksi babak kedua, dia mengalami kecederaan dan dia bahkan tak boleh bergerak… Itu kesilapan bodoh dari pengurus.”
“Musim kita sudah berakhir. Sudah Februari dan ia dah berakhir! Enam tahun tanpa Piala.”
“Kelab ini merupakan bahan ketawa dan ia dikendalikan oleh orang bodoh. Sehingga Glazers pergi, kelab ini tidak akan pergi ke mana-mana.”
“Tak peduli berapa ramai lagi pemain kita bawa masuk, berapa ramai lagi Pengurus kita bawa masuk, mereka sekadar menghabiskan duit kelab.”
United exit the #FACup after defeat in the shootout.#MUFC
— Manchester United (@ManUtd) February 4, 2022
“Mereka adalah parasit. Sehingga mereka pergi, tidak ada hal yang akan berubah.”
“Kita dalam saingan Champions League tapi jelas sekali yang kita memang tak ada kesempatan untuk menang. Kita mungkin akan bermain dengan menurunkan pemain muda sampai hujung musim.”
Ronaldo dianggap punca Middleborough melakukan comeback
Cristiano Ronaldo telah mengambil sepakan penalti yang sangat teruk ketika aksi kekalahan bertemu Middlesbrough di pusingan keempat saingan FA Cup awal pagi tadi.
Kegagalan Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti telah menyebabkan kelab dari Championship itu berjaya membawa mereka ke aksi tambahan masa, seterusnya ke aksi penentuan sepakan penalti.
Manchester United melayan kunjungan Middlesbrough ke bumi Old Trafford untuk aksi dalam saingan Piala FA dengan Ralf Rangnick turut menurunkan skuad terbaiknya dalam perlawanan ini.
Cristiano Ronaldo has missed a penalty for Manchester United for the fourth time in his career:
❌ vs Wigan (2006)
❌ vs West Ham (2007)
❌ vs Barcelona (2008)
❌ vs Middlesbrough (2022)It didn’t even hit the target. 😳 pic.twitter.com/F4szinabBY
— Squawka Football (@Squawka) February 4, 2022
Bertemu pasukan Championship dengan menggunakan skuad terbaik mereka sudah cukup untuk menjelaskan yang setan merah benar-benar terdesak mahu mencatatkan kemenangan dalam perlawanan ini.
Seawal 20 minit pertama permainan, Manchester United telah dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan, selepas Paul Pogba dikasari di dalam kotak penalti.
Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo tampil untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut, namun sayangnya beliau sekadar merembat bola melepasi gawang gol lawan.
Ia merupakan penalti yang sangat teruk dan langsung tidak berkualiti dari seorang pemain yang dianggap terhebat sepanjang zaman.
Cristiano Ronaldo (10), Marcus Rashford (6) and Bruno Fernandes (6) had 22 shots between them against Middlesbrough.
Zero goals. 😩#EmiratesFACup pic.twitter.com/nhaSPYDK5l
— Squawka Football (@Squawka) February 4, 2022
Nampaknya ia bakal menjadi hadiah yang cukup mengerikan untuk Cristiano Ronaldo yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-37 minggu ini.
Walaupun ada pakar sepakan penalti, Bruno Fernandes di atas padang, namun Ronaldo tetap diberi penghormatan untuk menyempurnakan sepakan penalti yang mereka menangi itu.
Ronaldo nampak sangat yakin untuk meledak gol ke gawang lawan, namun bola rembatan beliau jelas sangat mengecewakan.
😲 @Cristiano puts his penalty wide!#EmiratesFACup pic.twitter.com/AwLpf9V3cK
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) February 4, 2022
Ia merupakan kali yang ke-29 Cristiano Ronaldo terlepas peluang untuk menyempurnakan sepakan penalti sepanjang kariernya.
Beliau pada awal minit ke-7 permainan turut berpeluang untuk menjaringkan gol lipat yang menakjubkan selepas menerima bola umpanan dari Shaw, namun percubaannya itu tenang dinafikan oleh Joe Lumley.
Ronaldo kemudiannya boleh menarik nafas lega selepas Man Utd berjaya menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan ini menerusi Jadon Sancho.
Sancho yang menerima bola di dalam kotak penalti lawan, cuba dihalang oleh dua pertahanan Boro sebelum melepaskan satu rembatan menerusi kaki kirinya yang tertampan ke kaki pemain lawan sebelum menewaskan Lumley.
United terus melancarkan serangan sepanjang separuh masa pertama namun dikecewakan dengan ketumpulan pemain mereka di depan gol.
Pada minit ke-29, cubaan Ronaldo telah mampu menewaskan penjaga gol Boro, namun bola sekadar lalu tanpa singgah ke dalam gol lawan tanpa sempat dikejar oleh Marcus Rashford.
Cristiano Ronaldo consoling Anthony Elanga after his penalty miss is exactly what football is about ❤️ pic.twitter.com/Vcwl8tOHON
— GOAL (@goal) February 4, 2022
Seminit kemudian, rembatan Rashford telah berjaya menembusi gawang lawan namun gol tidak dikira kerana dia terlebih dahulu berada dalam kedudukan ofsaid.
Pada penghujung separuh masa pertama, tandukan lemah daripada Bruno Fernandes ditangkap mudah oleh Lumley yang dilihat sangat bersedia untuk mengharungi perlawanan ini.
Matt Crook berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-64 apabila dengan mudah menolak masuk bola hantaran daripada Duncan Watmore. Selepas menerima bola di dalam kotak penalti, bola dilihat terkena tangan Watmore sebelum dia melambung bola kepada Crook.
Tanpa ragu, pengadil meniup wisel dan menunjukkan tangan ke tengah padang menandakan gol tersebut dikira dan bola yang terkena tangan Watmore tersebut dianggap sebagai satu insiden yang tidak sengaja.
Tersentak dengan gol tersebut, United dilihat hilang arah dalam perlawanan ini dan mula melakukan aksi kelakar terutamanya daripada Harry Maguire.
Cristiano Ronaldo just missed the target from the penalty spot 😳 pic.twitter.com/fu7mbZbLQ7
— GOAL (@goal) February 4, 2022
Pada suatu ketika, Bruno Fernandes sudah sepatutnya meletakkan United kembali di depan apabila dia berjaya merampas bola hasil daripada kesilapan pertahanan Boro berhampiran kotak penalti mereka.
Dengan pintu gol sudahpun terbuka luas dan tidak dicabar mana-mana pemain lawan, Fernandes memilih untuk menyepak bola ke arah tiang sekaligus mengecewakan penyokong United di stadium dan juga di depan televisyen di seluruh dunia.
Kedudukan satu sama ini kekal sehingga tamat masa tambahan dan perlawanan dibawa ke penentuan sepakan penalti.
Lepasan akademi United, Pady McNair, telah menjaringkan penalti pertama buat Boro, sebelum disamakan kedudukan oleh Juan Mata. Martin Payero, Jonathan Howson, Marcus Tavernier, Souleymane Bamba, Duncan Watmore, Dael Fry dan Lee Peltier kesemua mereka berjaya menyudahkan sepakan penalti dengan penjaga gol United, Dean Henderson hanya mampu terkebil-kebil melihat bola masuk ke dalam gol.
Harry Maguire, Fred, Cristiano Ronaldo, Bruno Fernandes, Scott McTominay dan Diogo Dalot pula kesemua mereka berjaya menyudahkan penalti dengan baik. Detik kekecewaan penyokong United hadir pada sepakan penalti mereka apabila pemain muda yang semakin meningkat naik, Anthony Elanga telah termakan dengan tekanan yang menggunung apabila sepakan penaltinya melambung tinggi melepasi gawang, sekaligus membuatkan para pemain Boro berlari keseronokan dan kegembiraan.
🚨 𝙆𝙀𝙔 𝙈𝙊𝙈𝙀𝙉𝙏𝙎 🚨@Boro pull off a huge cupset, knocking out @ManUtd at Old Trafford! 😱#EmiratesFACup pic.twitter.com/qfjh7gKHbt
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) February 4, 2022
Kekalahan ini membuatkan United mencipta rekod baru pasukan mereka di mana mereka mencatatkan tujuh peluang keemasan di dalam perlawanan sepanjang 90 minit – paling banyak yang direkodkan sejak laman sesawang Whoscored mula mengumpul data ini.