Penyokong Man Utd Teruja Melihat Aksi Debut Martinez Ketika Bertemu Rayo Vallecano

Para penyokong Manchester United sangat teruja melihat persembahan mantap Lisandro Martinez ketika melakukan debutnya bertemu Rayo Vallecano malam semalam.

Pemain kebangsaan Argentina itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan ketika bertemu kelab dari saingan La Liga itu.

Martinez telah diberikan kesempatan untuk melakukan debutnya ketika bertemu Rayo Vallecano selepas melengkapkan perpindahan menyertai Man United dari Ajax bulan lalu.

Erik ten Hag menurunkan pemain kebangsaan Argentina itu dalam kesebelasan utamanya sebagai pemain centre-back dan beliau turut digandingkan bersama Raphael Varane dalam perlawanan tersebut.

Bekas bintang Ajax itu berjaya mempamerkan aksi persembahan mantap untuk Man Utd dan para peminat sepertinya sangat teruja melihat aksi beliau.

Bintang berusia 24 tahun itu berjaya memenangi kesemua tackle dalam perlawanan ini dan beliau turut mencipta 100 peratus hantaran tepat ke kawasan final third.

Beliau mengakhiri perlawanan dengan mencipta 96 peratus hantaran tepat dan memenangi lima kali penguasaan bola untuk Manchester United.

Martinez juga turut berjaya melakukan satu hadangan serta melakukan satu clearance dan persembahan mantap beliau itu jelas sekali mendapat pujian menggunung dari para peminat.

Selain statistik yang menarik itu, Martinez juga nampak sangat tenang ketika memegang bola dan menunjukkan impak seperti yang diharapkan.

Para peminat tidak henti-henti memuji beliau dan mengagumi persembahan mantap yang beliau tunjukkan dalam perlawanan tersebut.

“Inilah pemain yang kita cari, baru satu perlawanan kita dah boleh nampak apa yang mampu dia bagi kita.”

“Pemain macam ini bukan mudah untuk kita temui, saya berani jamin sukar sebenarnya untuk kita cari pemain yang setanding dengan dia. Aksi yang sangat menakjubkan.”

“Kita dah tak perlu bimbang tentang kelemahan barisan pertahanan, kita dah ada wira sebenar yang akan menyelamatkan kita semua.”

“Saya rasa kita semua perlu bergembira melihat persembahan Martinez, saya rasa sekarang saya langsung tak bimbang tentang posisi pertahanan. Saya percayakan dia sepenuhnya.”

“Saya hilang kata-kata, aksi yang sungguh menakjubkan, inilah pemain yang boleh kita harapkan.”

Erik ten Hag juga turut menghamburkan pujian menggunung kepada Martinez dan beliau turut mengagumi gandingan bekas bintang Ajax itu bersama Varane.

“Saya rasa ia kombinasi yang sangat bagus bersama Rapha dan saya rasa mereka bermain dengan sangat solid dan ia sesuatu yang sangat menarik untuk disaksikan.”

Jelas Ten Hag selepas melihat anak-anak buahnya mencatatkan keputusan seri dalam perlawanan tersebut.

“Soalan dia adalah bagaimana kamu gunakan dia, tapi saya rasa dia akan cepat biasakan diri dengan skuad sekarang.”

Martinez bermain selama 60 minit dalam perlawanan tersebut sebelum beliau digantikan dengan Eric Bailly.

Mungkin sukar untuk melihat Martinez berada dalam kesebelasan utama United ketika aksi bertemu Brighton nanti kerana beliau masih kekurangan minit permainan.

Harry Maguire dijangka akan turun dalam kesebelasan utama Man United kerana beliau lebih bersedia dan beliau juga bakal turun sebagai ketua pasukan.

Walau bagaimanapun, Martinez berpotensi untuk sertai kesebelasan utama Man Utd, andai beliau konsisten mempamerkan aksi persembahan terbaiknya selepas ini.

Para peminat juga tentu saja akan sangat berharap agar Martinez akan diberi kesempatan untuk turun dalam kesebelasan utama Man United, bagi memantapkan lagi barisan pertahanan mereka.

Walau baru beraksi satu perlawanan, namun beliau kini sudah berjaya mengambil hati para penyokong dengan Martinez pada ketika ini dianggap sebagai antara pemain kesayangan peminat di Old Trafford.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Baru Je Diperkenalkan, Lisandro Martinez Terus Laung Amaran Man United Akan Sapu Trofi