Manchester United: Ketinggalan Dalam Analisis Data dan Kesilapan Mengambil Pemain

Carl Anka mangatakan bahawa skuad Manchester United ketika ini “tidak sesuai untuk bermain dengan mana-mana gaya bola sepak.” Menurutnya, skuad ini adalah antara yang paling teruk dibentuk dalam sejarah bola sepak jika dibandingkan dengan jumlah wang yang dibelanjakan untuk mendapatkan pemain berkualiti.

Jadi, sejauh mana pendekatan United yang mengabaikan keperluan analisis data yang menyebabkan mereka ketinggalan berbanding kelab lain di Liga Perdana Inggeris?

Kekacauan di Bahagian Pengurusan

Adam Crafton menekankan bahawa banyak perubahan besar berlaku dalam pengurusan tertinggi United dalam tempoh 12 hingga 18 bulan terakhir.

  • CEO Richard Arnold telah meninggalkan kelab diikuti oleh Patrick Stewart yang sebelum ini menjadi CEO sementara.
  • United memuji perjanjiannya dengan Qualcomm dan Snapdragon tetapi individu yang bertanggungjawab dalam perjanjian itu kini sudah tidak ada.
  • Dominic Jordan yang mengetuai bahagian data, juga telah keluar daripada kelab.

INEOS telah membawa masuk Gary Hemingway yang sebelum ini bekerja untuk salah satu anak syarikat mereka. Peranannya melibatkan gabungan antara projek infrastruktur dan analisis bola sepak. Namun masih belum jelas sama ada dia adalah individu yang tepat untuk tugas ini.

Adam juga menekankan bahawa analisis data bukan sekadar untuk pemindahan pemain tetapi juga merangkumi pembangunan akademi, prestasi pemain muda, kecergasan pemain utama, dan aspek cara pemain berlari.

Sebagai contoh di Feyenoord, mereka menganalisis cara penyerang mereka berlari dan membina pangkalan data untuk menilai prestasi pemain dengan lebih tepat.

Masalah Dalam Penggunaan Data

Carl Anka menambah bahawa United bukan sahaja ketinggalan berbanding Liverpool dan Manchester City tetapi juga kelab-kelab pertengahan Liga Perdana seperti Brighton dan Bournemouth.

Adam pula berpendapat bahawa kekayaan United selama 15 tahun terakhir menyebabkan mereka terlalu selesa. Mereka tidak merasakan keperluan untuk membina sistem yang kukuh kerana hanya membeli pemain dianggap sudah cukup.

Carl memberikan contoh bagaimana pengurusan United yang sentiasa mengikut kehendak pengurus dan ia telah merosakkan kesinambungan pembangunan kelab.

  • Era Louis van Gaal (2014-2016):
    • Van Gaal sangat menekankan penggunaan data untuk memastikan pemain lebih cergas.
    • United memasang padang 3G dan sistem penjejakan pemain atas permintaannya.
  • Era José Mourinho (2016-2018):
    • Mourinho tidak terlalu menitikberatkan data kecergasan pemain.
    • Banyak peralatan dan sistem yang dipasang ketika era Van Gaal dibuang kerana Mourinho percaya dia boleh menilai kecergasan pemain berdasarkan naluri.
  • Era Ole Gunnar Solskjaer (2018-2021):
    • Ole mahu menjadikan United pasukan yang lebih agresif dengan sistem tekanan tinggi.
    • Tetapi United tidak lagi mempunyai data penjejakan pemain yang cukup dan pemain tidak cukup cergas untuk bermain dengan gaya yang diinginkan.

Kesannya, United semakin ketinggalan dan terpaksa bermula semula setiap kali pertukaran pengurus berlaku.

Kesilapan Dalam Pemilihan Pemain

Satu lagi contoh jelas bagaimana United sering membuat keputusan yang kurang bijak dalam pembelian pemain ialah apabila mereka mendapatkan Cristiano Ronaldo dan Raphael Varane.

  • Varane tiba di United ketika usianya sudah meningkat. Walaupun dia merupakan seorang pemain pertahanan yang berpengalaman dan berbakat.
  • Pada masa yang sama, kelab lain dalam Liga Perdana lebih fokus membeli pertahanan muda yang lebih pantas dan lebih sesuai dengan gaya permainan moden.

Hari ini, skuad United banyak kalah kerana mereka tidak cukup kuat dari segi fizikal untuk bersaing dengan pasukan seperti Crystal Palace, apatah lagi Liverpool.

Kesimpulan

Manchester United kini berada dalam keadaan yang sangat sukar kerana keputusan yang tidak konsisten dalam pengurusan dan pemilihan pemain.

  • Mereka terlalu bergantung kepada individu berbanding sistem yang kukuh.
  • Kekayaan kelab menyebabkan mereka lambat berubah dan ketinggalan dalam penggunaan data moden.
  • Mereka sering memilih pemain berdasarkan reputasi dan bukannya kesesuaian dengan gaya permainan moden Liga Perdana Inggeris.

United kini perlu membina semula asas mereka dari awal untuk bersaing dengan kelab lain yang semakin maju dalam aspek taktikal dan analisis bola sepak.

BACA:  3 Defensive Midfielder Yang Man Utd Boleh Tandatangani Berbanding Declan Rice