Manchester United Mahu Jadi Real Madrid! Selalu Menang UCL Dan EPL Lepas Ni

Pemilik bersama Manchester United, Sir Jim Ratcliffe, telah mendedahkan bahawa pengurusan kelab itu kini mahu menjadikan pasukan itu seperti Real Madrid.

Manchester United adalah salah satu kelab terhebat di dunia dari segi sejarahnya tetapi mereka telah kehilangan faktor digeruni lawan mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya dalam pertandingan Eropah.

Beberapa dekad lalu, mereka pernah mendominasi bola sepak kelab di England dan sentiasa berjaya mara sekurang-kurangnya separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA.

Tetapi sejak kebelakangan ini, mereka hampir tidak layak ke Liga Juara-Juara Eropah dan tidak memenangi gelaran Liga Perdana selama lebih sedekad.

Musim lalu, Manchester United menamatkan saingan serendah ke-8 dalam carta Liga Perdana Inggeris dan terpaksa bergantung kepada kejuaraan Piala FA yang dimenangi menentang Manchester City untuk layak ke Liga Europa.

Sir Jim Ratcliffe kemudian menggariskan cita cita kelab itu yang mahu menjadi seperti Real Madrid, sentiasa menang UCL dan bersaing kejuaraan liga. Kerana itulah yang sepatutnya untuk Manchester United.

Ratcliff berkata: “Ada ruang untuk penambahbaikan di mana-mana sahaja kita melihat Man United, kita akan memperbaiki segala-galanya.

“Kami mahu berada di tempat Real Madrid hari ini, tetapi ia akan mengambil masa.

“Ia akan mengambil dua atau tiga tingkap musim panas untuk sampai ke tempat yang lebih baik.”

Sir Jim Ratcliffe menjadi pemilik bersama Manchester United awal tahun ini, lima tahun selepas menjadi pemilik pasukan Ligue 1 Perancis, OGC Nice.

Jutawan Britain itu bertanggungjawab dalam hal ehwal bola sepak kelab itu dan itu telah menjadi sedikit masalah dari segi menandatangani pemain dari OGC Nice.

Pemilikan INEOS di Nice hampir menghalang United daripada menyertai Liga Europa kerana ia bertentangan dengan peraturan UEFA untuk dua kelab yang dimiliki oleh satu entiti untuk beraksi dalam pertandingan yang sama.

Tetapi selepas beberapa siri perbincangan dan tarik tali, UEFA membenarkan Manchester United menyertai Liga Europa musim depan selepas Ratcliffe telah dapat membuktikan bahawa terdapat pasukan pengurusan bebas yang mengendalikan OGC Nice.

Di sebalik itu, peraturan UEFA berbilang kelab telah menghalang Manchester United daripada menandatangani pemain pertahanan Nice, Jean-Clair Todibo pada musim panas ini.

“Mereka berkata kami boleh menjualnya kepada kelab Liga Perdana Inggeris yang lain, tetapi kami tidak boleh menjualnya kepada Manchester United,” kata Ratcliffe.

“Tetapi itu tidak adil kepada pemain dan saya tidak nampak apa yang dicapainya.”

BACA:  Neville: Hanya De Gea Pemain Bertaraf Dunia Dimiliki Manchester United