Manchester United Undang ‘Budak Gua Thailand’ Ke Old Trafford Musim Hadapan

Kesemua 12 remaja dan jurulatih mereka yang terperangkap di dalam Gua Chiang Rai di Thailand disahkan telah dikeluarkan dengan selamat oleh pasukan penyelamat, menurut sumber rasmi terbaru daripada Tentera Laut Thailand.

Kumpulan remaja seramai 12 orang berusia dari 11 hingga 16 tahun terperangkap di dalam gua bersama seorang jurulatih mereka yang berusia 25 tahun. Pada mulanya kumpulan ini melakukan aktiviti menjelajah gua selepas berakhirnya sesi latihan bola sepak pada 23 Jun lalu.

Para penyelamat dari pelbagai negara bertungkus lumus saing malam menyelamatkan mangsa yang terperangkap. Selepas 2 minggu operasi, akhirnya kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat 

Kesemua 12 remaja yang terperangkap merupakan ahli pasukan bola sepak ‘Wild Boars’ dan usaha untuk menyelamat mereka dari sistem gua yang ditenggalami air mendapat liputan seluruh dunia.

Billionaire terkenal dari USA yang diberi jolokan ‘Tony Stark’, Elon Musk turut menghulurkan idea dan bantuan kepada pasukan penyelamat dengan mencipta sebuah ‘mini submarine’ untuk digunakan bagi membawa keluar kumpulan remaja tersebut dari gua.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dimuatnaik oleh Tentera Laut Thailand di Facebook rasmi, pihak berkuasa telah mengesahkan kesemua mangsa bersama jurulatih mereka telah dikeluarkan dengan selamat dalam operasi yang mengambil masa selama 3 hari.

Manchester United merupakan pasukan bola sepak pertama yang memberi reaksi selepas pengumuman tersebut dilakukan.

“Manchester United Football Club lega selepas mengetahui 12 pemain bola sepak beserta jurulatih mereka yang terperangkap dalam sebuah gua di Thailand kini telah selamat dikeluarkan.”

“Kami juga ingin mengundang pasukan ‘Wild Boars Football Club’ dan para penyelamat untuk hadir ke Old Trafford musim hadapan.”

Berita mengenai remaja terperangkap di dalam gua ini juga telah menarik perhatian Presiden FIFA, Gianni Infantino dan beliau secara peribadi mengundang kumpulan remaja berkenaan untuk hadir menonton perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di Russia.

“Jika mereka mampu kembali bersama dengan ahli keluarga dan keadaan kesihatan membenarkan mereka berkunjung ke sini, FIFA sangat berbesar hati untuk mengundang mereka untuk menghadiri perlawanan akhir Piala Dunia 2018 sebagai tetamu kehormat kami.”

“Saya sangat berharap kumpulan remaja ini mampu menyertai kami di perlawanan akhir nanti, yang mana ia akan menjadi detik yang menakjubkan dan akan diraikan di seluruh dunia.”

Hajat Infantino tidak kesampaian kerana keperluan untuk menjaga kesihatan mengatasi segala-galanya

Presiden FIFA, Gianni Infantino sebelum ini telah mengundang pasukan bola sepak remaja Thailand terperangkap di dalam gua untuk menghadiri perlawanan akhir Piala Dunia 2018 yang bakal berlangsung hujung minggu ini.

Walaubagaimanapun, hajat Infantino untuk melihat ‘Wild Boars FC’ hadir menyaksikan aksi final mungkin tidak kesampaian kerana mereka perlu dikuarantian terlebih dahulu bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik.

“Jika mereka mampu kembali bersama dengan ahli keluarga dan keadaan kesihatan membenarkan mereka berkunjung ke sini, FIFA sangat berbesar hati untuk mengundang mereka untuk menghadiri perlawanan akhir Piala Dunia 2018 sebagai tetamu kehormat kami.”

“Saya sangat berharap kumpulan remaja ini mampu menyertai kami di perlawanan akhir nanti, yang mana ia akan menjadi detik yang menakjubkan dan akan diraikan di seluruh dunia.”

Doktor yang bertanggungjawab merawat kumpulan remaja berkenaan, Thongchai Lertwilairattanapong turut berkata perjalanan ke Russia dalam masa terdekat ini tidak mungkin berlaku.

“Mereka kini dalam fasa kuarantin, yang mana akan mengambil sedikit masa. Tetapi kami akan berusaha untuk meletakkan TV di dalam bilik rawatan supaya mereka dapat menyaksikan aksi final.”

BACA:  Bas Bermasalah Tak Menghalang Manchester United Catat Seri Bermaruah Demi Najib Razak