Para peminat pasukan Liverpool sudah tidak sabar untuk melihat Jurgen Klopp dan anak-anak buahnya menjulang kejuaraan liga yang pertama mereka dalam tempoh 30 tahun ini.
Sebelum saingan bola sepak digantung ekoran dari penularan wabak Covid-19 pada 13 Mac lalu, the reds sudah hampir pasti untuk menjulang kejuaraan liga yang kali terakhir mereka menanginya pada tahun 1990.
Tetapi selepas hampir kesemua sukan utama diumumkan untuk digantung dan dibatalkan ketika itu, pihak FA England turut mengambil langkah yang sama dengan menggantung dahulu saingan premier league.
Today marks officially 30 years since Liverpool's last League title win. It’s been a journey! pic.twitter.com/SqMdVaKMV9
— Eric Njiru (@EricNjiiru) April 28, 2020
Diwaktu saingan liga diumumkan digantung, Liverpool cuma memerlukan enam mata sahaja lagi untuk ditabalkan Juara. Enam mata bersamaan dengan dua kemenangan sahaja lagi.
Para peminat ketika itu sudah berkira-kira pada 21 Mac, Liverpool akan bertemu Crystal Palace dan tarikh tersebut akan menjadi hari paling bermakna untuk semua keluarga Liverpool.
Tetapi, kerana penularan wabak Covid-19, sehingga kini sudah hampir dua bulan, mereka masih menanti detik waktu istimewa itu.
Salah seorang peminat fanatik the reds, Mark Gretton telah melukis tattoo Liverpool menjuarai saingan liga musim ini di badannya. Namun kini tindakan beliau itu sedikit berisiko.
Gretton melukis tattoo itu pada akhir Januari selepas Liverpool menewaskan Wolves 2-1 dan mendahului saingan liga dengan kelebihan 16 mata.
Beliau sangat yakin bahawa kejuaraan liga bakal menjadi milik Liverpool musim ini, memandangkan jarak mata yang jauh dan aksi yang konsisten, beliau terus percaya bahawa kejuaraan milik mereka.
Just a reminder Liverpool football club is the only English club to win the world treble #LFC pic.twitter.com/lKE6oOwhv4
— AnfieldView (@james79rigby) April 30, 2020
Namun apa yang beliau mungkin tidak sedar dan bersedia adalah, penyakit pandemic yang tiba-tiba melanda dunia dan semua aksi sukan tidak dapat diteruskan.
Kemunculan wabak Covid-19 juga menjadi punca sehingga kini Liverpool masih lagi tidak ditabalkan sebahai Juara.
Tattoo itu tertulis :
“Liverpool F.C Premier League Champions 2019-2020”
Turut terdapat logo burung Liverpool pada tattoo tersebut.
🤯| Lifelong Reds supporter Mark Gretton is so convinced Jurgen Klopp's men will win the league that he's had one of his arms colourfully and permanently inked.
Thoughts? 😬 pic.twitter.com/D28dVXsX59
— The Kopite* (@TheKopiteOFF) February 7, 2020
“Saya sangat yakin dan pasti kini kita akan bergelar Juara, sebab tu saya melukis tattoo ini ditubuh saya.”
Jelas Mark kepada Liverpool Echo.
“Mereka pasti mampu untuk menjuarai liga sekarang. Pasti!. Saya tidak akan menyesal walau sedikit pon, saya tidak malu dan saya sangat sukakanya.”
“Isteri saya sendiri tidak sedar bahawa liga belum tamat sehingga Mei, dia fikir liga sudah habis.”
“Ramai yang kata saya terlalu awal mencacah tattoo ini, dan macam mana kalau sesuatu terjadi?”
“Saya rasa saya akan lari bersembunyi sebalik gunung kalau sampai itu terjadi! Tetapi saya sangat yakin ianya tidak mungkin akan berlaku.”
“Peminat Liverpool boleh bersikap lebih merendah diri tetapi kita tetap kena meraikan kejayaan ini.”
Mark Gretton isimli Liverpool taraftarı, İngiltere'de sezonun bitmesine 13 hafta daha olmasına rağmen koluna "2019-2020 şampiyonu Liverpool" yazılı dövme yaptırdı.🖊️
❓"Eğer şampiyon olamazsa ne yaparsın?" sorusuna yanıtı:
🗣️"Kimsenin olmadığı bir yere kaçarım" pic.twitter.com/9u3b89HC21
— Sporx (@sporx) February 9, 2020
Tetapi setelah saingan liga digantung sudah pasti perasaan Mark pon berubah, melihat ada saingan liga dibatalkan tanpa pemenang sudah pasti beliau tidak senang duduk.
Namun melihat saingan Ligue 1 dibatalkan dan Paris Saint Germain ditabalkan sebagai Juara, beliau mungkin boleh menarik nafas lega.
Tambahan pula pihak FA sendiri sudah mengumumkan bahawa mereka sedaya upaya akan tetap menghabiskan juga baki saingan musim ini demi kebaikkan semua kelab.
PSG have been crowned Ligue 1 champions!
Meanwhile in Liverpool: pic.twitter.com/PcIHBb39h8
— FootballJOE (@FootballJOE) April 30, 2020
Jadi impian beliau untuk melihat Liverpool bergelar Juara dan tidak malu dengan tattoo yang ada ditubuhnya bakal selamat.
Namun jika pihak FA tiba-tiba memilih untuk membatalkan liga tanpa pemenang, mungkin Mark boleh mencadi gunung terdekat untuk bersembunyi.