Mason Greenwood nyata menjadi pemain yang semakin mendaki naik setiap hari untuk meletakkan namanya di dalam peta dunia bola sepak sebagai pemain yang digeruni.
Masih lagi segar dari akademi Manchester United, Greenwood membuktikan mengapa beliau dipandang tinggi staff kejurulatihan dan dianggap sebagai pemain harapan buat Setan Merah untuk tahun-tahun yang mendatang.
Impak yang diberikan oleh Greenwood boleh dikatakan berlebihan jika dibandingkan dengan usianya yang masih mentah.
So Mason Greenwood has scored 3 free kicks this season. 2 of them with his right foot, and this one with his left 😱. Absolutely unbelievable! #footballindex pic.twitter.com/XrUzxs5WBT
— FI_Turnips (@FI_Turnips) April 15, 2019
Selain memiliki potensi yang besar, Greenwood juga membuktikan beliau sudah mempunyai kebolehan untuk mengambil sepakan percuma pada usia yang masih muda.
Mason Greenwood merupakan graduan Carrington yang pernah dilabel Ole Gunnar Solskjaer sebagai ‘finisher’ paling semulajadi dalam pasukan United yang ada pada hari ini.
Hanya jauhari mengenal manikam, itulah perumpamaan kepada Ole yang mengenali Mason Greenwood.
Ole on how impressed he is with Mason Greenwood
🗣"He finishes like Van Persie" pic.twitter.com/wwiba68eiP
— Football Daily (@footballdaily) November 8, 2019
Ole Gunnar Solskjaer berkata penyudah Mason Greenwood persis bekas penyerang United, Robin van Persie.
Robin Van Persie dikenali dengan keupayaannya menyudahkan peluang gol dengan sangat tenang.
Ole sangat kagum dengan Mason Greenwood yang banyak sekali mengingatkan beliau kepada penyerang dari Belanda itu.
6 – Mason Greenwood's six goals in 2019-20 is the most by a player aged 18 or below in a single @premierleague season since Wayne Rooney scored nine for Everton in 2003-04. Emulating. pic.twitter.com/P2V3ACZ2Yy
— OptaJoe (@OptaJoe) June 30, 2020
Dalam perlawanan menentang Brighton & Hove Albion, Greenwood terus membalas kepercayaan Ole selepas bermula daripada kesebelasan utama.
Pada minit ke-16, pemain muda harapan dunia, Mason Greenwood memecah kebuntuan dengan jaringan pembukaan dengan penuh bergaya.
Mason Greenwood melakukan satu gerakan melebih-lebih yang keterlaluan atau pengulas panggil ‘Step Over’ sebelum melepaskan rembatan.
Boom cantik jaringan tercipta hasil satu gerakan yang menarik lagi menawan hasil bantuan Aaron Wan-Bissaka.
Dalam perlawanan ini juga Greenwood turut mencetak nama selaku pencipta bantuan gol untuk Bruno Fernandes melalui satu serangan balas pantas.