Bekas pemain tengah Manchester United Nemanja Matic mendedahkan sikap buruk beberapa pemain pasukan itu yang sering lambat untuk menghadiri latihan.
Matic menyertai Red Devils daripada Chelsea pada 2017 sebelum meninggalkan Old Trafford untuk ke Roma pada 2022.
Pemain itu kini beraksi bersama Rennes di Perancis, namun temubual terbaru bersama pemain itu menyingkap kembali pengalamannya ketika beraksi di Premier League.
Bercakap kepada YU Planet di YouTube, Matic berkata: “Di Chelsea pemain begitu profesional. Mereka sentiasa menepati waktu dan tidak pernah lewat hadir ke latihan, tetapi situasi di United jelas berbeza apabila pemain datang lambat setiap hari.”
Nemanja Matic: “Among the players who would always be late were Paul Pogba and Jadon Sancho and couple of other players. The rest of us who were always on time were angry so we decided to form a kind of an internal disciplinary committee with me serving as its president.” #mufc… pic.twitter.com/rquaYtSirH
— United Zone (@ManUnitedZone_) December 4, 2023
Bekas pemain antarabangsa Serbia itu kemudiannya mendedahkan dua pemain paling bermasalah dengan kehadiran ketika dia masih bersama United adalah Paul Pogba dan Jadon Sancho, selain beberapa pemain lain.
“Antara pemain yang kerap lewat untuk latihan adalah Paul Pogba dan Jadon Sancho selain beberapa pemain lain,” tambahnya.
Pogba adalah rakan gandingan pemain Serbia itu ketika bersama United dan kemudiannya berpindah ke Juventus secara percuma.
Walaupun demikian masa depan Pogba kini gelap selepas isu kecederaan dan kini berhadapan dengan dakwaan doping.
Sancho pula kini dipinggirkan di United selepas bertelagah dengan Erik ten Hag sejak beberapa bulan lalu dan pemain itu dijangka akan ditunjukkan pintuk keluar di jendela perpindahan Januari akan datang.
Nemanja Matic: “Among the players who would always be late were Paul Pogba and Jadon Sancho and couple of other players. The rest of us who were always on time were angry so we decided to form a kind of an internal disciplinary committee with me serving as its president.” #mufc… pic.twitter.com/rquaYtSirH
— United Zone (@ManUnitedZone_) December 4, 2023
Matic juga berkongsi secara terperinci satu komiti disiplin dalaman yang dibentuk di kalangan pemain untuk mendislinkan rakan sepasukan yang kerap datang lewat untuk latihan.
“Pemain lain yang sentiasa menepati waktu sentiasa rasa marah, dan kerana itu kami menubuhkan satu komiti disiplin di dalam bilik persalinan, saya adalah presindennya.”
Walaupun demikian Matic berkata pandemik yang melanda pada ketika itu bermakna wang denda yang dikutip tidak dapat digunakan untuk sebarang keraian.
“Saya menampal sehelai kertas di dinding yang tertulis nama pemain yang datang lewat. Pada satu musim itu, kami mengutip £75,000.
“Kami merancang untuk melakukan keraian menggunakan wang itu di London tetapi ia tidak menjadi kenyataan disebabkan pandemik.”