Mbappe Dan Real Madrid Kecam Presiden FFF Yang Menghina Zidane Selepas Umum Deschamps Kekal

Kylian Mbappe dan Real Madrid telah mengecam Presiden Persatuan Bola Sepak Perancis (FFF), Noel Le Graet yang telah menghina Zinedine Zidane selepas mengumumkan Didier Deschamps terus kekal mengendalikan Perancis.

Entah apa yang merasuk Noel Le Graet apabila menghina legenda Perancis seperti itu yang menggambarkan Zinedine Zidane terlalu kemaruk untuk menggantikan Didier Deschamps.

Berita telah tersebar bahawa Zinedine Zidane bakal menjadi pengurus baharu Les Blues menggantikan Didier Deschamps selepas Perancis tewas di final Piala Dunia 2022 kepada Argentina.

Didier Deschamps yang merupakan bekas rakan sepasukan Zidane telah menjadi bos Perancis sejak sedekad yang lalu dan telah membawa Perancis ke empat perlawanan akhir kejohanan utama dunia.

Piala Dunia 2022 telah diramalkan sebagai kejohanan terakhir Deschamps namun itu tidak terjadi apabila dimenandatangan kontrak baru untuk kekal sehingga 2026.

Ketika mengumumkan berita bahawa Deschamps akan terus kekal bersama Perancis, Presiden Persatuan Bola Sepak Perancis (FFF), Noel Le Graet dirasuk setan apabila lantang mengkiritk Zidane.

“Zinedine Zidane sentiasa berada di dalam radar kami, tak perlu nak panjangkan cerita. Dia ada ramai penyokong, dan ada antara mereka menunggu Deschamps untuk pergi.”

“Tetapi siapa yang boleh mengkritik Deschamps setelah apa yang dia lakukan? Tiada!”

“Kamu [penyokong Perancis] boleh terlepas beberapa perlawanan pasukan kebangsaan, tapi saya sudah bersama dia selama 10 tahun.”

“Dalam tempoh itu tidak ada banyak masalah yang timbul daripada pengurusan beliau.”

“Laporan tentang dia akan melepaskan jawatan, hanyalah mainan media menarik klik daripada pembaca. Dia [Deschamps] cuma menganggap benda ini satu khabar angin bahawa bekas pengurus Real Madrid itu akan menjadi pengurus baharu Perancis.”

Bercakap kepada RMC Sport, presiden Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF), Noel Le Graet berkata bahawa dia tidak membantah sama ada Zinédine Zidane menjadi pengurus Brazil, sambil menambah bahawa dia tidak akan mengangkat telefon jika bekas Pemain antarabangsa Perancis memanggilnya.

Diumumkan pada hari Sabtu bahawa Didier Deschamps akan kekal sebagai pengurus Les Bleus sehingga 2026, bermakna dia akan terus mengendalikan pasukan kebangsaan untuk dua lagi kejohanan utama.

Zidane telah lama dikaitkan untuk mengambil peranan selepas Piala Dunia di Qatar, tetapi situasi itu tidak menjadi kenyataan.

Zidane beraksi lebih 100 kali untuk Les Bleus, memenangi Piala Dunia sekali, dan beraksi dalam satu lagi perlawanan akhir. Sejak bersara, dia telah menguruskan Real Madrid, mengetuai pasukan Sepanyol itu merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun, Noel Le Graet seolah-olah benci kepada legenda Perancis itu dalam temu bual dengan RMC Sport, di mana dia berkata dia tidak “memberi bantahan” sama ada Zidane berpotensi mengambil jawatan Brazil.

“Zidane ke Brazil? Saya tidak membantah. Dia boleh pergi ke mana sahaja dia mahu, ke kelab atau ke pasukan kebangsaan. Saya tidak begitu mempedulikannya. Adakah dia cuba menghubungi saya? Sudah tentu tidak. Saya tidak akan mengangkat telefon untuknya,” katanya.

Beberapa bulan lalu L’Equipe melaporkan bahawa Zidane akan tetap dilantik menjadi pengurus Perancis walaupun Deschamps membantu Perancis menjuarai Piala Dunia dan mempertahankan gelaran sekalipun.

Zidane sebelum ini dijanjikan perkara yang sama. Bahawa dia akan dilantik menjadi pengurus Perancis selepas Euro 2020. Zidane menunggu dengan sabar jawatan di Perancis. Dia menolak banyak tawaran lebih lumayan daripada beberapa kelab besar yang lain.

Ini termasuk tawaran mega dari Qatar yang mahukan dia menjadi pengurus pasukan kebangsaan mereka sebelum ini dan juga tawaran sebagai ketua jurulatih pasukan Amerika Syarikat.

Mbappe dan Real Madrid Mengecam

Kerana kenyataan yang kurang ajar lagi biadap dari presiden Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF), Noel Le Graet, Kylian Mbappe dan Real Madrid tampil mengecam hinaan itu.

Ayam tambatan Perancis, Kylian Mbappe nyata terkesan dengan penghinaan Noel Le Great ke atas Zidane dan membidas kembali kenyataan itu.

“Zidane adalah Perancis, kita tidak akan menghina legenda seperti itu… 🤦🏽‍♂️”

“Zidane c’est la France, on manque pas de respect à la légende comme ça… 🤦🏽‍♂️”

Real Madrid juga mengambil serius dengan kenyataan kurang ajar Noel Le Graet itu apabila membuat satu kenyataan rasmi di laman sesawang mereka:

“Real Madrid C. F. kesal dengan komen malang yang dibuat oleh presiden Persekutuan Bola Sepak Perancis, Nöel Le Graët, mengenai Zinedine Zidane, salah seorang legenda sukan terbesar dunia.”

“Kenyataan ini menunjukkan kurang rasa hormat terhadap salah seorang tokoh yang paling dikagumi oleh peminat bola sepak di seluruh dunia dan kelab kami sedang menunggu pembetulan segera. Zinedine Zidane, juara Dunia dan Eropah yang mewakili negaranya, di antara banyak penghormatan lain, dia merangkumi nilai-nilai sukan dan telah membuktikannya sepanjang kerjaya profesionalnya sebagai pemain dan sebagai jurulatih.”

“Kenyataan oleh presiden Persekutuan Bola Sepak Perancis adalah tidak sesuai untuk seseorang yang memegang perwakilan sedemikian dan pada dirinya sendiri tidak sesuai, seperti yang dia buat mengenai kapten kami Karim Benzema, Ballon d’Or semasa, juara Liga Negara-Negara dengan Perancis pada 2021 dan pemenang 5 Liga Juara-Juara, di antara banyak penghormatan lain.”

Selepas dikecam hebat sehingga disuruh meletekkan jawatan ditambah pula dengan kenyataan rasmi dari Real Madrid, Noel Le Graet panik lalu meminta maaf dan cuba melakukan pusingan U.

“Kenyataan janggal ini menimbulkan salah faham,” kata Le Graet, yang telah menjadi presiden FFF sejak Jun 2011.

“Saya ingin menyampaikan permohonan maaf peribadi saya untuk kenyataan ini yang sama sekali tidak mencerminkan pemikiran saya, mahupun pertimbangan saya untuk dia sebagai seorang pemain dan jurulatih .”

Permohonan maaf yang amat janggal dari Le Great selepas menghina Zidane dengan menyatakan itu tidak mencerminkan pemikirannya.

BACA:  UEFA Setuju Beri Pampasan Kepada Penyokong Liverpool Alami Trauma