Emi Martinez Buat Hal Lagi, Kali Ini Troll Mbappe Pula

Penjaga gol Argentina, Emiliano Dibu Martinez tidak habis-habis buat hal lagi sejak menjuarai Piala Dunia, kali ini Kylian Mbappe menjadi mangsa troll pula ketika sesi perarakan piala.

Skuad kebangsaan Argentina terus mengadakan perarakan piala sejurus tiba di Buenos Aires dari Qatar pada jam 3 pagi waktu Argentina untuk pulang ke hotel penginapan.

Dan pada sebelah siang keraian dan perarakan membawa trofi Piala Dunia dan skuad Argentina kembali bersambung dengan penuh meriah sekali tidak kira siang malam.

Semasa sambutan itu, Martinez dirakam gambarnya apabila Kylian Mbappe menjadi mangsa troll ketika dia berpesta di atas bas terbuka sambil membawa mainan bayi yang ditampal wajah superstar Paris Saint Germain.

Peminat cepat bertindak balas terhadap telatah Martinez di media sosial dan telah mempersoalkan apakah dosa Mbappe kepada Martinez.

Emi Martinez ‘Bertafakur’ Mengenang Kylian Mbappe

Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez terus membuat hal apabila telah menganjing Kylian Mbappe dengan meminta pemain Argentina yang lain supaya ‘Bertakfakur’ seminit bagi mengenang kekalahan Mbappe.

Kylian Mbappe menjaringkan hatrik yang menakjubkan menewaskan Martinez dalam penampilan final Piala Dunia kedua berturut-turutnya, termasuk dua sepakan penalti pada perlawanan akhir yang mendebarkan itu.

Superstar Paris Saint-Germain itu turut menyempurnakan sepakan penaltinya dalam penentuan sepakan penalti menewaskan Martinez tetapi penjaga gol Aston Villa pemilik ketawa terakhir apabila Argentina menang 4-2 menerusi sepakan penalti selepas seri 3-3.

Dia menyelamatkan sepakan Kingsley Coman dan menadah kepala untuk bola Aurelien Tchouameni yang melepaskan tembakan kencang. Dan sememangnya Emiliano Martinez kuat menganjing dan melakukan provokasi untuk mengganggu mental lawan.

Kesemua pemain Albiceleste menyanyi dan menari di bilik persalinan Stadium Lusail selepas kejayaan Piala Dunia ketiga tetapi dengan mengelilingi bilik itu.

Kemudia nMartinez menghentikan keraian seketika untuk beberapa saat untuk menganjing Mbappe dengan ‘Bertafakur’ sebelum meneruskan adegan liar.

“A minute of silence for … Mbappe!” dan ada juga telah menterjemah sebagai “Kepada Mbappe yang meninggal.”

Ia dirakam di Instagram Nicolas Otamendi selepas bekas pemain pertahanan Manchester City itu menyiarkan keraian di bilik persalinan secara langsung di media sosialnya.

Memandangkan Mbappe telah menjaringkan tiga gol, termasuk dua dalam masa 97 saat dalam tempoh yang gila, ramai yang merasakan ia adalah “mentaliti kecil” daripada Martinez.

Perbuatan bertafakur ini biasa diamalkan oleh orang barat bagi menghormati dan memperingati sesuatu tragedi termasuklah kematian.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa Martinez telah pergi menenangkan Mbappe yang sugul selepas kalah di penentuan yang penuh dramatik.

Namun sebelum perlawanan, Martinez yang lantang membidas Mbappe atas komen yang dibuatnya mengenai bola sepak Amerika Selatan yang tidak semaju bola sepak Eropah.

Penjaga gol Argentina itu yang beraks bersama Aston Villa di Eropah nyata tidak senang dengan kenyataaan Mbappe lalu melakukan kecaman balas pantas yang agak keras.

“Dia tidak cukup pengetahuan tentang bola sepak. Dia tidak pernah beraksi di Amerika Selatan.”

“Orang Eropah tidak tahu bagaiman bermain di Amerika Selatan, mereka tidak tahu betapa sukar bermain di La Paz, Bolivia, di Colombia dan banyak lagi tempat.”

“Bila kau tiada pengalaman ini maka lebih baik tidak bercakap mengenainya. Tapi itu tidak penting, kami pasukan yang hebat dan sudah diiktiraf.”

Emiliano Martinez dari Argentina telah dianugerahkan Sarung Tangan Emas Piala Dunia FIFA berikutan kepahlawanannya untuk La Albiceleste semasa larian bersejarah mereka ke Final.

Disepanjang tujuh perlawanan Piala Dunia 2022, Emiliano telah melalui tiga perlawanan tanpa bolos dan telah memberikan Argentina ketenangan dan kestabilan di bahagian belakang.

Namun anugerah ini bukan dinilai kepada jumlah perlawanan terbanyak tanpa bolos atau clean sheet namun dinilai prestasi sepanjang kejohanan dan pecabar terdekat Martinez adalah Dominik Likakovic (Croatia) dan Yassine Bounou (Maghribi).

Emiliano Martinez Dominik Likakovic dan Yassine Bounou mempunyai persamaan yang nyata merupakan pakar penyelamat sepakan penalti yang sangat dominan di penentuan sepakan penalti sepanjang Piala Dunia 2022.

Kylian Mbappe telah memenangi Kasut Emas adidas di Piala Dunia FIFA Qatar 2022. Penyerang Perancis itu menjaringkan lapan kali, lebih satu daripada Lionel Messi, yang mengumpul But Perak. Dengan empat gol Olivier Giroud merampas Kasut Gangsa.

Mbappe menjaringkan tiga gol dalam peringkat kumpulan dan lima dalam fasa kalah mati, termasuk hatrik pada perlawanan akhir, yang mana Perancis akhirnya tewas menerusi sepakan penalti.

Argentina kini telah mengumpul tiga kejuaraan Piala Dunia dan kejayaan ini telah menjadi penamat yang sempurna buat Messi yang kini diangkat sebagai Greatest Of All Time (GOAT).

BACA:  Mengekek Messi Selepas Dibaling Patung Ninja Turtle