Mengekek Messi Selepas Dibaling Patung Ninja Turtle

Lionel Messi telah mempamerkan reaksi kelakar dan hampir mengekek selepas dibaling sesuatu yang kelihatan seperti topeng Teenage Mutant Ninja Turtles semasa perarakan kepulangan pasukan kebangsaan Argentina ke tanah air.

Jika disebut Teenage Mutant Ninja Turtles dan bola sepak sudah pasti satu wajah sahaja yang akan terpacul di minda ramai, tidak lain dan tidak bukan pemain handalan Perancis, Kylian Mbappe.

Messi dan rakan sepasukannya mendarat di Argentina dan terus menyertai perarakan trofi Piala Dunia buat kali pertama dengan beberapa penyokong memilih untuk membaling hadiah ke arah bas terbuka.

Lionel Messi dilihat menangkap satu patung yang telah dibaling ke arahnya. Patung itu dilihat mempunyai ikatan kepala berwarna oren dan Messi cepat-cepat membeleknya.

Pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu melepaskan ketawa sambil duduk di sebelah rakan sepasukan dan rakan rapat Rodrigo De Paul. Dia kemudian memutuskan untuk melontarkan kembali mainan lembut itu kepada orang ramai.

Peminat dalam talian percaya bahawa ia adalah Michelangelo yang merupakan salah satu watak dari Teenage Mutant Ninja Turtles yang sememangnya sinonim dengan Kylian Mbappe.

youtube.com/watch?v=Xs_qP4AgxJM&t=1s

Apabila Mbappe menyertai PSG, rakan sepasukan Mbappe bergurau bahawa dia menunjukkan persamaan yang agak ketara dengan watak Teenage Mutant Ninja Turtle Donatello.

Sebagai gurauan, mereka menghadiahkan penyerang Perancis itu topeng watak Ninja Turtles tetapi membungkusnya dalam beg hadiah Dior – memperbodohkan anak muda itu untuk berfikir dia telah mendapat hadiah istimewa.

Mbappe juga ketika tempoh awal menyertai PSG telah dipanggil sebagai Donatello dalam beberapa siri video yang tersebar di media sosial.

Kepala Messi, Maria dan Paredes Hampir Terlanggar Kabel

Nyaris-nyaris barai kepala Lionel Messi, Angel Di Maria, Rodrigo De Paul, Nicolas Otamendi dan Leandro Paredes apabila hampir telanggar kabel yang melintang disepanjang jalan dalam perarakan mereka usai tiba di Buenos Aires, Argentina.

Penerbangan skuad Argentina tiba di Buenos Aires dari Qatar pada jam 2.17 pagi selasa waktu tempatan, Lionel Messi dan Lionel Scolani antara yang terawal keluar dengan membawa Piala.

Sebuah bas tanpa bumbung telah menanti para pemain dan staf kejurulatihan pasukan kebangsaan Argentina untuk sesi perarakan Piala Kejuaraan di pagi buta.

Ratusan ribu rakyat Argentina turun bagi telah memenuhi dan membanjiri segenap pelusuk jalan di bandar Buenos Aires yang bakal dilalui bas yang membawa pasukan Argentina.

Sudah menjadi adat geng bas sekolah apabila individu yang popular dan lebih senior akan berada bahagian terpaling belakang bas dan begitu juga dengan skuad Argentina.

Lionel Messi, Angel Di Maria, Rodrigo De Paul, Nicolas Otamendi dan Leandro Paredes serta telah berada di bahagian paling belakang bas tidak berbumbung itu dan duduk dikawasan paling tinggi.

Ketika sampai di satu kawasan bandar yang dipenuhi bangunan dan juga kabel yang merintangi jalan satu tragedi hampir berlaku.

Kepala Lionel Messi, Angel Di Maria, Rodrigo De Paul, Nicolas Otamendi dan Leandro Paredes hampir disapu oleh kabel mujurlah mereka bertiga sempat mengelak dengan menundukkan kepala.

Jika tidak memang berkicap kalau tidak cedera kepala mereka, kemungkinan untuk Lionel Messi, Angel Di Maria, Rodrigo De Paul, Nicolas Otamendi dan Leandro Paredes jatuh dari tempat tinggi agak besar.

Perarakan itu telah disiarkan secara langsung dan pengacara siaran itu jelas terkejut dan menjerit ‘oouuu’ penuh kelegaan kerana pemain kesayangan negara semapat mengelak dan topi dipakai Paredes tersangkut dan jatuh.

Kerajaan Argentina telah mengisytiharkan hari Selasa sebagai cuti kebangsaan untuk meraikan kemenangan Piala Dunia mereka dan sudah pasti, perayaan itu akan berlarutan hingga ke malam.

Pemain penyerang Argentina dan Inter Milan Lautaro Martinez dilihat bermain dram manakala Enzo Fernandez memainkan shaker sambil menyanyikan lagu tentang kejayaan mereka.

Akhirnya, selepas 176,000 orang menjejaki penerbangan mereka di atas talian, skuad Argentina akhirnya tiba dan menaiki bas atas terbuka untuk perarakan Piala Dunia pada jam 3.30 pagi.

BACA:  Zlatan Nasihat Mbappe 'Cederakan Diri Sendiri' Untuk Capai Tahap Lebih Tinggi