Menjelang Malam Terakhirnya Di Emirates, Wenger Yakin Arsenal Akan Kembali Bersaing Di Peringkat Tertinggi

Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger menyatakan keyakinannya bahawa Arsenal akan kembali bersaing merebut takhta Liga Perdana Inggeris walaupun selepas beliau mengetahui jodohnya bersama Arsenal akan berakhir.

Pengurus berusia 70 tahun itu telah mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir kepada Stadium Emirates dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Burnley.

Musim terakhir Wenger selepas menguruskan Arsenal selama 22 tahun akan berakhir tanpa sebarang kejuaraan selepas mereka disingkirkan oleh Atletico Madrid dalam peringkat separuh akhir Europa League.

Arsene Wenger bakal mengucapkan selamat jalan buat kali terakhir kepada Emirates Stadium malam ini

Walaubagaimanapun, Wenger percaya beliau meninggalkan Arsenal dalam keadaan yang baik dan penggantinya nanti mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi Liga Perdana Inggeris sejak tahun 2004.

“Ini adalah tugas yang besar [pengurus Arsenal]. Kelab ini telah mengharungi tempoh paling mencabar iaitu 10 tahun selepas membina stadium.”

“Saya dapat merasakan pada tahun 2016, kelab ini berada dalam situasi kewangan yang membolehkan mereka bersaing dengan kelab kaya di luar sana.”

“Apa yang saya tidak dapat ramalkan adalah beberapa kelab di luar sana menjadi lebih kukuh dari segi kewangan dan membuatkan keadaan lebih sukar.”

1996 Wenger tiba di England dan mengubah Arsenal menjadi pasukan yang dihormati di peringkat Eropah dan domestik

“Tetapi saya masih lagi percaya Arsenal akan kembali bersaing untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris.”

Wenger meramalkan Arsenal bakal menjadi pencabar liga tetapi masa depan beliau dalam bidang pengurusan masih lagi belum diketahui dan kekal misteri.

Berehat seketika mungkin menjadi pilihan Wenger selepas menguruskan Arsenal lebih dua dekad tetapi walau apapun yang berlaku, Wenger menegaskan hidupnya akan tetap berkisar dengan bolasepak.

“Saya masih lagi tidak tahu sama ada mahu berehat atau tidak. Mungkin selepas 3 minggu, saya akan beritahu diri sendiri supaya jangan jadi bodoh dan kembali bekerja. Saya masih lagi terbuka buat masa sekarang.”

“Saya tidak dapat bayangkan hidup tanpa bolasepak, walaupun jika saya tidak bekerja lagi saya akan menonton bolasepak setiap hari. Itu tidak akan berubah dalam hidup saya.”

Perlawanan menentang Burnely di Emirates Stadium pastinya telah menjadi perlawanan yang penuh emosi buat pemain dan penyokong Arsenal di seluruh dunia.

Wenger bakal mengemudi Arsenal buat kali terakhir di stadium yang ‘dibinanya’ pada tahun 2006.

Berakhirnya era dua pengurus paling lama menguruskan pasukan di Liga Perdana Inggeris

Apabila ditanya adakah beliau akan kembali ke stadium Emirates pada masa hadapan, ini jawapan Arsene Wenger.

“Sudah tentu. Kenapa tidak ?”

“Perkara pertama yang harus saya lakukan sekarang adalah mengambil keputusan apa yang mahu saya lakukan pada masa hadapan. Saya perlu berehat seketika sebelum mengambil keputusan kerana intensiti dari kerja yang dilakukan saya selama 22 tahun memerlukan perwatakan yang berbeza.”

Wenger telah menjadi pengurus Arsenal dari tahun 1996 hingga 2018, dan telah muncul sebagai pengurus paling lama berkhidmat dan paling berjaya di Arsenal dari segi kemenanga gelaran utama.

Ramalan Wenger Benar Belaka

Pakar dunia bola sepak menghargai Wenger atas sumbangannya dalam merevolusikan bola sepak di England pada akhir 1990-an melalui pengenalan perubahan dalam latihan pemain dan diet dalam pengurusan pemain.

Kerana kepakaran Wenger dalam bola sepak melangkaui tahapnya sebagai pengurus, Wenger telah di berikan gelaran “”Le Professor”.

Lantaran pengalaman yang mencapai Tahap Anti-Pengerasan Jasad melebihi tahap kesempurnaan beberapa penaakulan dan ramalan di buat Wenger telah menjadi satu pembuktian.

Invincible

Pada 2002 Wenger dengan yakin melaungkan bahawa beliau mahu mewujudkan pasukan yang berjaya memenangi Premier League tanpa sebarang kekalahan dalam semusim.

Musim 2003/2004, pembuktian ditunjukkan Wenger melalui pasukan Arsenal dengan satu pencapaian Invincible yang terus diratib sehingga tahun 2020 yang sepatutnya telah wujud kereta terbang.

Pemain bernilai €200 juta

Selepas pembelian Paul Pogba oleh Manchester United dengan harga €100 juta, Wenger meramalkan bahawa akan ada pemain yang akan dibeli pada harga €200 juta dan nilai perpindahan pada harga £100 – £150 juta akan menjadi perkara biasa.

Itulah yang terjadi selepas itu, PSG membeli Neymar pada harga €222 juta, diikuti dengan pembelian Kylian Mbappe(€180 juta), jangan dilupakan Philippe Coutinho(€120 juta) dan Ousmane Dembele(€140 juta).

Belum dikira dengan Eden Hazard, Jaoa Felix dan Ronaldo yang lebih €100 juta yuran perpindahan mereka.

Comeback Liverpool ke atas Barcelona

Selepas Liverpool tewas 3-0 di Nou Camp pada separuh akhir pertama UCL 2018/19. Ramai penuh yakin bahawa Liverpool sudah tersingkir daripada saingan dan tidak mungkin akan mara ke final.

Namun Wenger dengan tenang membuat penaakulan Barcelona akan terciduk di Anfield yang dianggap beliau sebagai tempat paling dibenci untuk bermain pada perlawanan kedua.

Walaupun sentiasa serius, riak wajah dan air muka Wenger persis Mr. Bean ini telah menjadi bahan jenaka dan ditertawakan ramai seperti ramalan-ramalan di atas.

Dan akhirnya, Liverpool mencipta kebangkitan terhebat dalam dunia bola sepak dan mara ke final dengan agregat 4-3 sekaligus muncul juara di perlawanan akhir yang membosankan.

BACA:  Wenger Akui Terluka Dengan Perpecahan Yang Wujud Dalam Kalangan Peminat Arsenal