Menjelaskan Skil Nat Phillips Sehingga Zlatan Terciduk, Kessie Tersembam Adalah Cruyff Turn

Peminat Liverpool berasa kagum dan terhibur dengan skil tak masuk akal yang dilakukan Nat Phillips di kotak penalti Liverpool dalam aksi di San Siro menentang AC Milan.

Liverpool menang bergaya 2-1 ke atas Milan. Dua gol Liverpool adalah menerusi Divock Origi dan juga Mohamed Salah.

Sementara itu gol AC Milan adalah menerusi bekas pemain pertahanan pasukan Chelsea iaitu Fikayo Tomori yang menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan ini.

Namun Liverpool ternyata berada di kelas tersendiri. Menurunkan barisan kedua, masih boleh menang ke atas pendahulu Serie A itu.

Peminat Liverpool turut membincangkan aksi menarik daripada Phillips yang dirasuk roh mendiang Cruyff.

Phillips guna Cruyff Turn

Nama skil itu adalah Cruyff Turn yang dipopularkan oleh legenda bola sepak Belanda, Johan Cruyff. Ianya gerakan mengacah lawan dengan menarik bola mengejut.
Liverpool ketika itu berada di bawah tekanan dengan Milan melakukan pressing di dalam kotak penalti Liverpool.

Nat Phillips kelihatan seolah-olah dia mungkin mempunyai masa yang sukar untuk dihadapinya. Mana tidaknya, apabila dia diserang oleh dua orang pemain handalan AC Milan iaitu Zlatan Ibrahmovic dan juga Franck Kessie.

Tetapi pemain itu melakukan Cruyff turn untuk menghantar Zlatan Ibrahimovic dan Franck Kessie ke planet zuhal.

Phillips telah diberikan permulaan pertamanya dalam Liga Juara-Juara musim ini apabila Jurgen Klopp melakukan lapan pertukaran daripada pasukan yang menewaskan Wolves pada hari Sabtu.

Sebelum perlawanan, Klopp menyatakan bahawa dia perlu melakukan penggiliran kerana jika tidak, jabatan kecergasan dalam pasukan mereka akan smash kepala Klopp.

Ini adalah peluang untuk pemain berusia 24 tahun itu yang bergandingan dengan Ibrahima Konate sebagai pemain bek tengah.

Dia mempamerkan persembahan yang dominan – membuatkan Zlatan berada di dalam poketnya sepanjang malam. Ini termasuk aksi Cruyff turn yang tidak masuk akal.

Paling kasihan adalah Franck Kessie yang tersungkur menyembah bumi kerana skil Phillips itu.

Ramai yang berkongsi klip video tersebut di media sosial kerana mengangga ianya berbaloi untuk dikongsikan bersama rakan rakan yang lain terutama sekali penyokong Arsenal yang kekurangan stok video UCL sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sehingga penulis pun lupa bila kali terakhir pasukan Arsenal mara ke UCL ni.

Walaupun cemerlang bersama Liverpool musim lalu, ketika Liverpool mengalami krisis kecederaan pertahanan, namun Nat Phillips terus sukar mendapat tempat dalam pasukan utama musim ini.

Membuatkan pemain itu terus dikaitkan dengan spekulasi bahawa dia akan keluar pada Januari ini menyertai pasukan lain.
Phillips dikenali dengan keupayaannya yang kuat ketika bertahan secara duel atas udara. Pada masa yang sama memiliki kemampuan untuk mengawal bola dengan baik selaku pertahanan yang bijaksana.

Champions League 2021/22: AC Milan 1-2 Liverpool

Skuad kendalian Jurgen Klopp berkunjung ke San Siro untuk aksi terakhir peringkat kumpulan B dalam saingan Champions League.
Kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi perlawanan pembukaan pada September lalu, dengan Liverpool ketika itu cemerlang mencatatkan kemenangan 3-2 menewaskan Milan di Anfield.

Liverpool kemudiannya mengharungi empat lagi perlawanan dalam saingan peringkat kumpulan tanpa mencatatkan sebarang kekalahan ataupun seri.

Ia merupakan rekod yang sungguh luar biasa menakjubkan dengan The Reds berjaya mengutip tiga mata dari kesemua aksi perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini.

Mereka bahkan sudah melayakan diri ke aksi peringkat kalah mati sebagai Juara kumpulan sejak dari kejayaan bertemu Atletico Madrid lagi.

AC Milan sementara itu selepas kekalahan bertemu Liverpool, mereka berdepan dengan dua lagi kekalahan, satu seri dan satu kemenangan.

Skuad kendalian Stefano Pioli itu perlu untuk memanfaatkan kesempatan beraksi bertemu Liverpool di halaman sendiri hari ini, dalam usaha untuk membawa Milan mara ke pusingan 16 terbaik.

Liverpool menurunkan ramai muka-muka baru dalam kesebelasan mereka hari ini, sementara Milan pula memilih untuk menurunkan skuad terbaik yang mereka miliki.

Ia sangat jelas yang Milan perlu membawa skuad terbaik mereka, kerana hanya kemenangan sahaja yang akan membantu mereka untuk layak ke pusingan seterusnya.

Lima minit pertama perlawanan berlangsung dengan agak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tak ada gerakan merbahaya yang berjaya dihasilkan.

Aksi serang menyerang antara kedua-dua pasukan terus berlangsung hangat sehingga minit ke-20 permainan, namun masih lagi tiada percubaan merbahaya yang berjaya dilakukan oleh kedua-dua pasukan.

Pada minit ke-29 permainan, Fikayo Tomori berjaya membuka tirai jaringan untuk AC Milan, seterusnya menaikkan semangat para pemain untuk terus menambah tekanan kepada Liverpool.

Hasil dari satu sudut sepakan penjuru, bola melantun betul-betul di hadapan Alisson Becker yang kemudiannya menepis keluar bola itu dari kawasannya.

Walau bagaimanapun, malang untuk Alisson, bola yang beliau tepis tepat menemui Tomori yang berada dalam kotak tanpa kawalan, dengan bekas bintang Chelsea itu mudah menolak masuk bola ke dalam gawang gol Liverpool.

Selepas berjaya mendahului perlawanan, AC Milan sepatutnya boleh mendominasi permainan, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Liverpool seperti mendapat rentak persembahan terbaik mereka selepas dibolosi oleh Tomori, dengan mereka tak henti-henti menyerang kubu pasukan tuan rumah.

Origi berkesempatan untuk mencipta nama sebagai penjaring gol pada aksi babak pertama, namun sayangnya percubaan lemah beliau mudah ditangkap oleh Mike Maignan.

Liverpool dilihat sangat dominan menjelang 15 minit terakhir aksi babak pertama, dengan mereka berjaya mencipta beberapa gerakan merbahaya untuk menguji gawang gol Milan.

Pada minit ke-36, Mohamed Salah berjaya memadam gol pendahuluan Milan yang dijaringkan oleh Tomori, untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1.

Chamberlain membawa masuk bola ke kotak penalti Milan selepas menggelecek dua pemain lawan, sebelum melepaskan rembatan padu ke arah gawang gol Maignan.

Penjaga gol Milan itu berjaya menepis keluar bola rembatan dari Chamberlain, namun sayangnya bola tersebut tiba tepat ke kaki Salah.

The Egyptian King menunjukkan kualiti penyudah yang sungguh berkualiti tinggi dengan merembat padu bola masuk menerjah jaring gawang gol Milan.

Aksi babak pertama berakhir dengan kedudukan Liverpool 1 AC Milan 1 selepas kedua-dua pasukan mempamerkan aksi persembahan yang sangat menghiburkan.

Masuk aksi babak kedua, jentera serangan Liverpool terus menerus melancarkan serangan namun tiada tambahan jaringan yang berjaya dihasilkan.

Agak mengejutkan juga untuk melihat pemain seperti Zlatan Ibrahimovic dan Brahim Diaz bergelut untuk melepasi pemain muda Liverpool di bahagian midfield.

Ibrahima Konate juga bermain dengan sangat cemerlang dalam mematahkan serangan-serangan dari pemain AC Milan.

Tyler Morton boleh dipuji kerana beliau memanfaatkan kesempatan yang diberikan oleh Jurgen Klopp untuk membuktikan yang beliau mampu beraksi cemerlang dalam perlawanan besar seperti aksi bertemu Milan.

Pada minit ke-55, legenda Liverpool Divock Origi berjaya menggandakan kedudukan untuk The Reds mendahului perlawanan dengan keputusan 2-1.

Sadio Mane memanfaatkan kesilapan dari pemain pertahanan lawan dengan memintas bola lalu membawa masuk ke dalam kotak penalti, dan melepaskan rembatan padu ke arah gawang gol Milan.

Bola padu rembatan dari Sadio Mane berjaya diselamatkan oleh Maignan namun sayangnya bola yang beliau tepis melambung cantik melalui kepala Origi.

Origi kemudiannya menanduk padu bola tersebut untuk mengesahkan gol kedua Liverpool, untuk mendahului Milan 2-1.

AC Milan kemudiannya kerap kali melancarkan serangan, namun tak ada serangan merbahaya yang berjaya mereka lakukan.

Di hujung-hujung minit permainan, Alisson Becker dilihat terpaksa bekerja lebih keras, dengan menyelamatkan beberapa siri percubaan dari Milan.

Perlawanan tamat dengan Liverpool berjaya menewaskan AC Milan 2-1, seterusnya memastikan mereka mencipta rekod yang menakjubkan dalam aksi saingan peringkat kumpulan.

The Reds berjaya menjadi pasukan pertama dari Premier League yang cemerlang mencatatkan kemenangan dalam semua aksi peringkat kumpulan di pentas Liga Juara-Juara Eropah.

Sementara AC Milan pula, kekalahan ini menyebabkan mereka sekadar mengakhiri aksi peringkat kumpulan di kedudukan terakhir.

Atletico Madrid berjaya mencatatkan kemenangan selesa menewaskan Porto untuk mengikuti jejak langkah Liverpool layak ke aksi kalah mati.

Porto walaupun tewas di tangan Atletico, namun mereka berjaya mengakhiri saingan peringkat kumpulan di kedudukan ketiga, seterusnya melayakkan diri beraksi di pentas Europa League.

AC MILAN (4-2-3-1): Maignan 5; Kalulu 6 (Florenzi 65min, 6), Tomori 5.5, Romagnoli 6, Hernandez 6; Tonali 5 (Saelemakers 59, 6), Kessie 6; Messias 6, Diaz 5 (Bennacer 59, 6), Krunic 5 (Bakayoko 83); Ibrahimovic 5.

Penjaring: Tomori 29.

Pengurus: Stefano Pioli 6.

Liverpool (4-3-3): Alisson 7; Williams 7 (Bradley 90), Konate 7.5, Phillips 7, Tsimikas 7; Oxlade-Chamberlain 8, Morton 7, Minamino 6.5 (Woltman 90); Salah 7.5 (Keita 64, 6), Origi 7 (Fabinho 80), Mane 7 (Gomez 65, 6).

Penjaring: Salah 36, Origi 55.

Pengurus: Jurgen Klopp 7.

Pengadil: Danny Makkelie (Hol) 7.

BACA:  Aksi Mo Salah Bertemu City Membuktikan Beliau Yang Terhebat Dalam Dunia Bola Sepak Hari Ini