‘Messi Poland’ Bakal Tinggalkan Anfield Musim Panas Ini

Pemain sayap Liverpool, Mateusz Musialowski berjaya menarik minat dua kelab Poland yang mahu mendapatkan khidmatnya pada musim panas ini.

The Reds sepertinya berhasrat mahu meminjamkan pemain muda mereka kepada kelab lain dan Mateusz Musialowski atau lebih dikenali sebagai ‘Messi Poland’ antara yang akan dilepaskan.

Kelab dari Merseyside itu sebelum ini telah mengumumkan nama James Balagizi sebagai pemain kelima yang akan dilepaskan oleh kelab pada musim panas ini.

Bintang berusia 18 tahun itu meninggalkan Liverpool untuk menyertai pasukan dari League Two, Crawley Town.

The Reds juga sepertinya akan terus mengurangkan pemain mereka dengan beberapa nama turut disenaraikan untuk dipinjamkan ke pasukan lain.

Pemain seperti Rhys Williams, Sepp van den Berg, Leigton Clarkson, Jake Cain dan Owen Beck antara bintang-bintang muda yang akan dipinjamkan ke kelab lain pada musim panas ini.

Tambahan pula, menurut sumber laporan dari media Poland, Weszlo yang mendakwa bahawa Musialowski kini merupakan pemain buruan dua gergasi negaranya.

Rakow Czestochowa dan Slask Wroclaw dikatakan merupakan dua kelab yang sangat berminat mahu menandatangani ‘Messi Poland’ itu pada jendela perpindahan musim panas ini.

Pemain berusia 18 tahun itu dianggap sebagai ‘Messi Poland’ kerana beliau memiliki kepantasan, skill dan ketenangan yang sama persis seperti legenda Argentina itu.

Walau bagaimanapun, Liverpool juga turut dilaporkan masih belum membuat apa-apa keputusan tetap berkait masa depan pemain sayap muda mereka itu.

Pemain berusia 18 tahun itu mungkin akan terus bermain bersama skuad bawah 21 tahun mereka, dan mungkin juga akan dipinjamkan ke pasukan lain.

Musialowski menyertai Liverpool pada Ogos 2020 ketika berusia 16 tahun dengan beliau sebelum itu turut menarik minat Arsenal yang mahu mendapatkan khidmatnya.

Beliau menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama kelab pada Julai 2021 dan turut sudah menjalani sesi latihan bersama skuad utama Liverpool.

Jurgen Klopp dikatakan sangat gembira dan berpuas hati dengan melihat apa yang dipersembahkan oleh pemain muda itu.

Walaupun pemain penyerang itu telah menunjukkan bakat yang sungguh menakjubkan ketika musim debutnya bersama skuad bawah 21 tahun, namun beliau kadang kala bergelut untuk mendapatkan konsisten seperti yang beliau tunjukkan ketika bersama skuad bawah 18 tahun.

Pemain muda Poland itu pernah membuat tiga penampilan bersama skuad bawah 23 tahun Liverpool pada tahun ini.

Memandangkan Liverpool kini sedikit bimbang dengan tahap kecergasan Musialowski, maka mereka mungkin akan menghantar pemain muda itu untuk beraksi bersama skuad utama di Poland sebagai pemain pinjaman.

Musialowski mungkin akan kembali mendapatkan tahap kecergasan terbaiknya selepas ini andai beliau dapat minit permainan dalam saingan kompetetif.

Seandainya beliau masih gagal untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya selepas ini, tidak mengejutkan andai The Reds bakal melepaskan Musialowski selepas ini.

Liverpool sebelum ini turut pernah menjual prospek-prospek masa depan mereka kerana merasakan pemain-pemain tersebut tidak mencapai standard yang kelab letakkan.

Hal ini kerana Liverpool turut mencari pemain-pemain berbakat di usia 19 ke 24 tahun untuk ditandatangani sebagai calon pelapis pemain dari skuad utama.

Selain pemain sedia ada seperti Mo Salah, Virgil van Dijk, Thiago Alcantara, dan lain-lain, Liverpool juga turut mempunyai skuad pelapis yang sungguh menakjubkan.

Trent Alexander Arnold, Luis Diaz, Darwin Nunez, Jones, Harvey Elliott merupakan antara barisan pemain pelapis yang diharapkan akan menjadi pelapis skuad sedia ada.

Liverpool pada ketika ini turut masih dalam usaha mereka untuk mencari pemain-pemain muda berbakat dengan Jude Bellingham dan Gavi menjadi pemain sasaran mereka pada ketika ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Klopp Mahu UEFA Beri Hukuman Berat Kepada Kelab Yang Melanggar FFP