Nike Syarikat Paling Untung Sekiranya Liverpool Menjuarai Liga Musim Ini

Setelah selesai perbincangan yang dilakukan oleh pihak FA England, mereka memutuskan saingan Liga Perdana akan terus digantung sehingga 30 April.

Pada awal perbincangan minggu lalu, pihak FA rencana mahu menangguhkan Liga hingga 4 April sahaja.

Namun melihat kepada penularan virus Covid-19 yang makin berleluasa pihak FA sebulat suara bersetuju untuk terus menggantung Liga hingga 30 April.

Kesemua saingan domestik di England seperti Premier league, EFL, Women’s Super League dan Women’s Championship akan ditangguhkan sehingga 30 April.

Semua perlawanan bola sepak di Scotland, Wales dan Ireland Utara turut sama ditangguhkan hingga tarikh tersebut.

Dalam perbincangan sama, pihak FA turut bersetuju bahawa tiada tarikh khusus untuk penangguhan musim 2019/20.

Ini bermakna pihak FA sedaya upaya akan cuba untuk memastikan Liga musim ini akan diterus dan dihabiskan juga walau apa cara sekali pun.

Mengikut perancangan baharu itu, Liga musim 2019/20 akan tamat pada 1 Jun. Kerana pihak Uefa menggesa agar semua Liga harus dihabiskan sebelum 1 Jun.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak FA bersama Premier league dan EFL menyatakan bahawa pihak mereka akan memberi komitmen sehabis baik agar perjalanan liga musim ini tetap diteruskan hingga ke penghujung.

Apa akan berlaku jika pihak FA berjaya untuk menyusun semula semua baki perlawanan selepas 30 April ini dan berjaya menghabiskan baki perlawanan musim ini tanpa Liga dibatalkan?

Iya sekiranya Liga berjaya disambung semula pasukan Liverpool sudah hampir pasti bakal menjulang kejuaraan Liga Perdana yang pertama mereka untuk tempoh 30 tahun ini.

Jika Liga tidak digantung skuad kendalian Jurgen Klopp berkemungkinan besar sudah rasmi bergelar juara pada Sabtu lalu.

Penangguhan Liga sememangnya satu tamparan dan penyiksaan buat pasukan serta kesemua peminat setia pasukan The Reds.

Liverpool kini selesa dipuncak Liga dengan kelebihan 25 mata. Mereka cuma memerlukan enam sahaja mata lagi untuk sah bergelar Juara Liga Perdana musim ini.

Jika hal ini terjadi, satu-satunya pihak yang mendapat durian runtuh dari kejayaan pasukan Liverpool menjuarai Liga Perdana musim ini adalah Nike.

Nike baru sahaja mengikat kontrak bersama The Reds sebagai pembekal rasmi jersi pasukan Liverpool mulai musim hadapan.

Kontrak Nike bersama Liverpool akan bermula pada 1 Jun akan datang. Ia juga bermakna Liverpool bakal menjulang Piala Kejuaraan atau berarak(Jika keadaan sudah pulih) dengan jersi keluaran Nike.

Sebelum ini, pasukan Liverpool telah ditaja oleh sebuah lagi syarikat barangan sukan dari Amerika Syarikat, New Balance selama enam musim yang lalu.

Malah musim ini Liverpool turut menggunakan jersi keluaran New Balance dalam semua pertandingan yang mereka sertai.

Musim ini adalah antara musim yang paling cemerlang, gemilang dan terbilang untuk pasukan Liverpool.

Pasukan Liverpool musim 2019/20 dianggap sebuah pasukan terbaik dalam sejarah Premier league.

Dan sekiranya situasi ini berlaku ia adalah mimpi buruk buat New Balance, tetapi tiada apa yang boleh menafikan hak Nike untuk bergembira di atas kejuaraan Liverpool yang tertangguh ini.

BACA:  Souness: Ini Pasukan Liverpool Terkuat Sejak 1990