Micah Richards Bingung Mengapa Peminat Hentam Arsenal Yang Tak Berdosa

Micah Richards tampil mempertahankan Arsenal selepas The Gunners itu teruk kena nganjing kerana meminta aksi pertemuan bertemu Tottenham Hotspur ditangguhkan.

Arsenal meminta perlawanan tersebut agar ditangguhkan terlebih dahulu kerana mereka tidak mempunyai pemain yang cukup untuk turun beraksi.

The Gunners gagal menurunkan skuad terbaik mereka ketika kejayaan mengikat Liverpool tanpa jaringan di Anfield dalam aksi peringkat separuh akhir pertama saingan Carabao Cup kemarin.

Lebih parah lagi, Granit Xhaka turut dilayangkan kad merah dalam perlawanan tersebut, dan ia jelas akan mengeruhkan lagi keadaan mereka yang sudah sedia maklum kekurangan pemain.

Disebabkan beliau di buang pada kemarin, maka pemain midfield Gunners itu tidak akan boleh diturunkan dalam aksi North London Derby minggu ini.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu kemudiannya meminta kepada Premier League agar menangguhkan perlawanan mereka bertemu Spurs dengan mereka hanya ada satu sahaja kes positif C0V-19.

Spurs jelas sekali tidak gembira dengan keputusan Premier League yang membenarkan Arsenal untuk menangguhkan perlawanan tersebut, dek kerana memikirkan mereka disingkirkan dari kejohanan Europa Conference League atas alasan sama.

Bahkan mereka menganggap satu kes positif sahaja tidak cukup kuat sebenarnya untuk Arsenal meminta perlawanan itu ditangguhkan.

Micah Richards walau bagaimanapun merasakan yang setiap kelab juga akan melakukan hal yang sama seandainya mereka berada di tempat Arsenal.

Bercakap kepada Sky Sports, bekas bintang Manchester City itu menyatakan bahawa Arsenal langsung tidak melakukan sebarang kesalahan dan beliau turut bingung dengan segala kritikan yang dilemparkan kepada skuad Gunners itu.

“Pada pandangan saya, mereka langsung tak buat apa-apa kesalahan. Mari kita jujur dengan diri sendiri, kelab lain juga sudah tentu akan lakukan hal yang sama, ini bukan masalah Arsenal.”

Jelas penyampai Sky Sports itu.

“Semua pasukan dalam saingan Premier League akan pentingkan diri mereka sendiri dan jika mereka terpaksa maka mereka akan berbohong.”

Beberapa kelab lain dalam saingan Premier League turut meminta perlawanan mereka ditangguhkan sejak beberapa bulan lalu.

Bahkan Arsenal sendiri ketika Liverpool meminta untuk menangguhkan perlawanan bertemu mereka sebelum ini, mereka turut tidak gembira dengan hal itu.

Para penyokong mereka tak henti-henti menganjing Liverpool kerana meminta perlawanan tersebut ditangguhkan dan kini mereka menerima nasib yang sama selepas kelab meminta penangguhan perlawanan.

Skuad The Reds bahkan turut dianggap sengaja memalsukan kes positif agar perlawanan tersebut ditangguhkan walau sebenarnya hanya ada satu kes sahaja yang dilaporkan.

Gary Neville sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan yang meminta agar semua perlawanan diteruskan seperti biasa dan berharap tidak ada lagi pasukan yang meminta perlawanan mereka ditangguhkan.

Jamie Carragher turut sama menyokong Gary Neville dan beliau sudah tentu memanfaatkan kesempatan yang ada untuk menganjing penyokong Arsenal.

Sementara Micah Richards dan penyokong Arsenal kini menyokong keputusan Gunners meminta perlawanan ditangguhkan, ramai yang tampil memuji semangat yang ditunjukkan oleh Leeds United.

Skuad kendalian Marcelo Bielsa itu terpaksa menurunkan pemain-pemain muda dari skuad akademi mereka dalam perlawanan besar musim ini kerana ramai pemain dari skuad utama dibelenggu masalah kecederaan.

Ketika aksi bertemu West Ham semalam, dua lagi pemain utama Leeds United dibelenggu masalah kecederaan ketika aksi babak pertama permainan, dan menyebabkan mereka terpaksa dikeluarkan.

Leeds United terpaksa memasukkan pemain muda Lewis Bate dan Leo Hjelde pada aksi babak pertama untuk menggantikan dua pemain mereka yang cedera.

Apa yang lebih menakjubkan lagi, Leeds United berjaya mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan tersebut, walau mereka kehilangan ramai pemain utama.

Jack Harrison berjaya mencatatkan hat-trick dalam perlawanan tersebut untuk membantu Leeds United menundukkan West Ham United 3-2.

Leeds musim ini jelas sekali benar-benar bergelut dengan masalah kecederaan pemain dengan ramai bintang utama mereka yang terpaksa diketepikan.

Masalah kecederaan jelas mengganggu perjalanan Leeds United sepanjang musim ini selepas mereka hanya mampu mencatatkan lima kemenangan sahaja dari 20 perlawanan sepanjang musim ini.

Mereka juga telah merekodkan 8 kekalahan sepanjang tempoh tersebut dan sudah tentu ia kerana mereka tidak mempunyai pemain yang cukup untuk beraksi dalam perlawanan penting.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Wenger Puji Gandingan Aubameyang-Mkhitaryan, Yakin Arsenal Akan Bertambah Baik