Middlesbrough berjaya melayakan diri ke peringkat suku akhir saingan FA Cup selepas kejayaan mereka menewaskan Tottenham Hotspur 1-0 di Riverside awal pagi tadi.
Kedua-dua Tottenham Hotspur dan Middlesbrough telah dipertemukan di pusingan kelima saingan FA Cup musim ini, dan Spurs jelas sangat kecewa dengan kekalahan ini.
Produk akademi kelab, Josh Coburn berjaya meledak gol kemenangan untuk Middlesbrough pada aksi babak pertama tambahan masa, untuk mengesahkan kemenangan kelab dari Championship itu.
Full-time after extra time. pic.twitter.com/gFjS1wnp2K
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) March 1, 2022
90 minit sebenar permainan berkesudahan dengan seri tanpa jaringan dan dilanjutkan ke aksi tambahan masa.
Pemain berusia 19 tahun itu cemerlang meledak gol kemenangan untuk Middlesbrough pada minit ke-107 permainan, seterusnya mengesahkan tempat untuk mereka beraksi di peringkat suku akhir.
Middlesbrough kini sudah dua kali berturut-turut menewaskan kelab dari Premier League dalam saingan FA Cup tahun ini.
Kelab dari Championship itu sebelum ini berjaya menewaskan Manchester United, untuk mengesahkan tempat mereka beraksi di pusingan kelima.
Kekalahan ini jelas sekali sangat mengecewakan kem Tottenham Hotspur kerana FA Cup merupakan satu-satunya Piala yang boleh dikejar oleh skuad kendalian Antonio Conte itu.
Dengan tersingkirnya mereka, maka Tottenham Hotspur sudah pasti akan sekali lagi mengakhiri musim ini dengan tidak memenangi apa-apa Piala.
Spurs 🤝 Manchester United
👋 Knocked out of the FA Cup by Middlesbrough pic.twitter.com/wJ7awzIEtW
— B/R Football (@brfootball) March 1, 2022
Coburn dimasukkan pada aksi tambahan masa dengan beliau cemerlang memanfaatkan bola umpanan dari Matt Crooks untuk menewaskan penjaga gol Tottenham Hotspur, Hugo LIoris.
Bercakap selepas tamat perlawanan, Coburn memberitahu BBC bahawa:
“Speechless. Di hadapan penyokong di Riverside Stadium, tak ada yang lebih indah melainkan dapat mengatasi pasukan dari Premier League.”
“Saya rembat sekuat hati saya dan syukur bola itu masuk. Ia adalah detik terhebat sepanjang karier saya, sangat menakjubkan. Saya tak boleh ungkapkan dengan kata-kata.”
“Di padang latihan, semua pemain teruja. Para penyokong juga berada di belakang pemain.”
“Semoga kami boleh teruskan dan boleh kalahkan pasukan besar lagi selepas ini.”
Tottenham Hotspur hampir saja memperoleh gol mereka dalam perlawanan ini menerusi Harry Kane, namun sayangnya gol jaringan beliau ketika masa sebenar permainan dibatalkan kerana offside.
WHO'S NEXT? 🔴⚪️ #UTB pic.twitter.com/yRvnnIMIBs
— Middlesbrough FC (@Boro) March 1, 2022
Kelab dari London itu walau bagaimanapun perlu akur untuk menunggu hingga musim depan, dalam usaha mereka mahu memenangi Piala pertama.
Aksi pasang surut yang agak dasyat ditunjukkan oleh Tottenham Hotspur sejak kebelakangan ini dengan mereka awalnya berjaya menewaskan Manchester City 2-0.
Spurs kemudiannya dikejutkan dengan kekalahan 1-0 bertemu pasukan yang sedang bergelut di zon penyingkiran, Burnley.
Mereka kemudiannya berjaya membelasah Leeds United 4-0 dalam aksi saingan Premier League minggu lalu dan minggu ini mereka disingkirkan pula oleh pasukan dari Championship.
“Ia jelas sesuatu yang sangat merugikan.”
Jelas bekas penyerang Tottenham Hotspur, Jermain Defoe kepada BBC.
“Bukan pandang rendah pada Middlesbrough, tapi kamu tentang jangka yang Tottenham datang sini untuk dominan, cipta banyak peluang, pemain bintang kamu datang untuk buktikan kemampuan mereka.”
“Tapi ia jelas sesuatu yang berbeza. Middlesbrough ada urgency, semakin lama bermain mereka makin kuat dan makin kuat.”
“Mereka ada pemain yang masuk dan berikan impak.”
“Ia jelas sekali kekecewaan yang sangat besar (untuk Tottenham Hotspur).”
MIDDLESBROUGH (3-5-2): Lumley 6.5; Dijksteel 6, Fry 7, McNair 7 (Peltier 105min, 6); Taylor 6.5 (Bola 96, 6), Jones 6, Howson 7.5 (Bamba 118), Crooks 6, Tavernier 6; Sporar 6 (Coburn 96, 7), Watmore 6 (Balogun 75, 6).
Kad Kuning: McNair.
Penjaring: Coburn 107.
Pengurus: Chris Wilder 7.
TOTTENHAM (3-4-3): Lloris 6; Romero 6, Dier 6.5, Davies 6 (Scarlett 115); Doherty 6, Hojbjerg 6, Winks 6, Sessegnon 5.5 (Bergwijn 81, 6); Kulusevski 5.5 (Reguilon 105, 6), Kane 5.5, Son 5.
Kad Kuning: Romero.
Pengurus: Antonio Conte 6.
Pengadil: Darren England 6.
Kehadiran Penonton: 31,135.
Sumber: SPORTbible