Conte Cetus Sensasi Di Internet Selepas Berkongsi Chanting Arsenal Di ‘Story’ Instagram

Antonio Conte secara rasminya telah diumumkan sebagai pengurus baharu Tottenham Hotspur, bagi menggantikan Nuno Espirito Santo yang baru dipecat minggu lalu.

Walau baru saja diumumkan sebagai pengurus, Conte sepertinya sudah berjaya mencetuskan sensasi di internet selepas beliau berkongsi story yang disulam dengan lagu chanting Arsenal.

Ia seolah-olah beliau baru sahaja menjaringkan gol sendiri kerana memberi bahan sedap untuk penyokong pasukan seteru membedal Spurs.

Bekas pengurus Chelsea dam Inter Milan itu memilih beberapa mesej dan muat naik yang mengucapkan tahniah kepada beliau kerana dilantik sebagai pengurus Tottenham.

Conte kemudiannya berkongsi semula kesemua ucapan yang beliau pilih itu di story instagram miliknya, namun begitu, salah satu dari kebanyakkan mesej yang beliau muat naik, telah mencetuskan sensasi di internet.

Salah satu dari semua mesej tersebut mengandungi chanting lagu Arsenal dan Conte jelas sekali tidak mendengar terlebih dahulu sebelum berkongsi mesej tersebut.

Mesej tersebut mengandungi gambar Conte memegang jersi Spurs, dengan caption:

“Selamat maju jaya @antonioconte.”

Namun yang bijaknya tentang mesej tersebut adalah beliau menyelitkan lagu chanting Arsenal bersama dengan muat naik untuk mengucapkan tahniah kepada Conte itu.

Chanting tersebut berbunyi:

“It’s Arsenal, Arsenal FC, they’re by far the greatest team, the world has ever seen.”

Pengurus berusia 52 tahun itu jelas sekali langsung tak semak semula apa yang beliau kongsi, dengan terdapat beberapa lagi mesej lain yang turut menghibur para peminat.

Lagu nyanyian Russ Millions dan Tion Wayne yang berjudul Body turut ada digunakan dalam salah satu muat naik yang dikongsi semula oleh Conte.

Ia mungkin memang mahu ditujukan untuk pengurus dari Itali itu memandangkan liriknya berbunyi:

“Wagwan, what? Spaghetti mafia, yo bad gyal. Shawty, where you from?”

Conte selepas secara rasminya menjadi pengurus Tottenham Hotspur, beliau sudah bersedia untuk melakukan pembaharuan dan bertekad untuk membawa Spurs ke arah kejayaan.

Memandangkan kini sudah masuk bulan November, Conte jelas sekali sudah mula merangka perancangan beliau untuk hadapi jendela perpindahan pada bulan Januari nanti.

Kurang dua bulan dari sekarang, jendela perpindahan Januari akan dibuka dan kebanyakan pasukan yang mempunyai masalah yang agak parah akan membawa masuk satu dua pemain untuk menyelesaikan masalah mereka.

Pengurus baru Tottenham Hotspur, Antonio Conte dilaporkan meminta pihak kelab menyediakan dana bernilai £237 juta untuk beliau mendapatkan pemain yang beliau mahukan.

Media Itali, Calciomercato melaporkan yang bekas pengurus Chelsea itu telah meminta dana lebih dari £200 juta kepada pimpinan kelab, untuk dibelanjakan pada jendela perpindahan Januari ini.

Kebanyakan pemain dalam senarai sasaran beliau merupakan bakat-bakat hebat yang beraksi dalam saingan Serie A.

Laporan sama turut menyatakan yang duo Juventus, Federico Chiesa dan Matthijs de Ligt merupakan dua pemain yang paling Conte mahu dapatkan pada jendela perpindahan Januari ini.

Beliau juga mahu berusaha untuk mendapatkan khidmat bintang Inter Milan, Stefan de Vrij dan Marcelo Brozovic untuk memperkuat skuad Spurs sedia ada.

Pemain pertahanan AC Milan, Alessio Romagnoli dan pemain penyerang Fiorentina, Dusan Vlahovic turut berada dalam radar Conte untuk ditandatangani pada jendela perpindahan akan datang ini.

Melihat kepada barisan pemain yang Conte mahu dapatkan, beliau sepertinya mungkin sudah merancang untuk melepaskan beberapa pemain yang tidak diperlukan khidmat mereka.

Tidak akan mengejutkan andai beliau akan bersetuju untuk melepaskan Harry Kane demi untuk mendapatkan dana tambahan untuk mendapatkan pemain penyerang pilihannya.

Dusan Vlahovic merupakan pemain penyerang yang sesuai untuk menggantikan Harry Kane dan melihat nama beliau berada dalam senarai pemain yang dimahukan oleh Conte, jelas sekali beliau tidak peduli andai Kane mahu pergi.

Hal ini kerana Kane pada musim ini telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat teruk dan punca utama beliau beraksi hambar dilaporkan kerana beliau sudah tidak berminat untuk kekal.

Walau bagaimanapun, dana yang diminta oleh Conte sepertinya agak tinggi dan sukar sebenarnya untuk Levy mengeluarkan dana sebesar itu pada satu jendela perpindahan.

Perlawanan pertama yang akan beliau kendalikan sebagai pengurus Tottenham adalah aksi bertemu Vitesse dalam saingan Europa Conference League pada awal pagi esok.

Spurs pada ketika ini berada di kedudukan ketiga di peringkat kumpulan dengan mengumpul 4 mata dari tiga perlawanan.

Mereka tentunya mahu mencatatkan kemenangan untuk perlawanan selepas ini dalam usaha mereka untuk layak ke peringkat seterusnya.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Euro 2016 : Fakta Italy vs Sweden