Tuchel Jadi Punca Bayern Munich Tarik Diri Beli Kane?

Bayern Munich dilaporkan berkemungkinan akan melupakan Harry Kane dan mengalihkan perhatian mereka kepada penyerang Napoli, Victor Osimhem sebagai alternatif.

Bayern sebelum ini membuat bidaan bernilai £60 untuk Kane sebelum ia ditolak Spurs kerana terlalu rendah.

Kelab London itu menuntut sekitar £86-£100 juta untuk melepaskan penyerang antarabangsa England yang mempunyai baki kontrak setahun sahaja lagi.

Kini La Gazetta dello Sport melaporkan Bayern kini serius untuk mempertimbangkan Osimhen yang berusia 6 tahun lebih muda berbanding Kane. Namun demikian harga untuk penyerang Napoli itu sudah tentu lebih tinggi.

Nama Osimhen sebenarnya dicadangkan sendiri oleh pengurus Bayern, Thomas Tuchel untuk dipertimbangkan oleh pengurusan kelab itu.

Presiden Napoli, Aurelio de Laurentiis bagaimanapun hanya akan melepaskan penyerang antarabangsa Nigeria itu jika mendapat bidaan sekitar €180 juta untuk pemain yang menjaringkan 26 gol di Serie A pada musim lalu itu.

Tuchel sebenarnya sudah lama meminati dan mengikuti perkembangan Osimhen. Malah pengendali dari Jerman itu sebenarnya cuba merekrut pemain itu ketika masih bersama Chelsea.

Pada masa ini masih belum jelas sama ada Bayern akan meneruskan bidaan kedua untuk mendapatkan Kane.

Namun jika Bayern berniat memenuhi permintaan Tuchel, maka kelab itu akan melupakan Kane dan menjadikan Osimhen sebagai sasaran terbaru kelab itu ber

Jika Bayern serius mahu mendapatkan Osimhen, maka mereka akan mendapat saingan daripada Paris Saint-Germain (PSG) yang dilaporkan sudah melakukan bidaan pertama bernilai €100 juta untuk menguji Napoli.

Walau siapa pun, Bayern jelas memerlukan seorang penyerang baharu sebelum bermulanya musim baharu Bundesliga pada Ogos hadapan.

BACA:  Ten Hag Akui Mulai Rasai Tekanan Dan Potensi Dipecat