Hatrik Keempat Dari Son Heung Min Tumbangkan Burnley Dan Kekalkan Rekod Tanpa Kalah Spurs

Spurs terus mencatat keputusan positif apabila berjaya bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan pasukan yang baharu dipromosi ke Liga Perdana, Burnley.

Kemenangan itu memanjangkan rekod tanpa kalah Spurs kepada 4 perlawanan berturut-turut dan meletakkan pasukan dari Utara London itu ke tangga kedua, di belakang Manchester City.

2-2; Brentford lawan Spurs
2-0; Spurs lawan Manchester United
0-2; Bournemouth lawan Spurs
2-5; Burnley lawan Spurs

Disebalik kemenangan Spurs, Son Heung Min tampil menjadi wira apabila dia berjaya meledak hatrik. Ia merupakan hatrik keempatnya sejak menyertai Spurs pada tahun 2015.

Hanya Harry Kane (8) mempunyai catatan hatrik paling banyak di kelab itu. Teddy Sheringham, Stefen Iversen, Jermain Defoe dan Gareth Bale masing-masing mencatat 2 kali.

Burnley mendahului perlawanan seawal minit ke-4 melalui gol jarak dekat dari Lyle Foster tetapi Spurs bangkit dengan bergaya apabila penyudah bijak oleh Son pada minit ke-16 telah mencetuskan kebangkitan yang menakjubkan.

Spurs mendahului permainan pada masa kecederaan babak pertama apabila rembatan padu Cristian Romero dari tepi kotak penalti telah menterbalikkan nasib pasukan itu.

Pada babak kedua Spurs menjaringkan 3 gol dalam tempoh hanya 12 minit, dimulakan dengan jaringan James Maddison dari luar kotak penalti pada minit ke-54.

Son menjaringkan gol keduanya pada minit ke-63 dan 3 minit selepas dia melengkapkan hatriknya dengan satu penyudah rendah dalam situasi satu lawan satu.

Pemain gantian Burnley, Josh Brownhill menjaringkan sagu hati pada masa kecederaan tetapi ia langsung tidak mengganggu rentak baik Spurs. Spurs terus cemerlang.

Dengan keputusan itu, Burnley kekal tanpa sebarang mata dan berada di tangga tercorot selepas tewas dalam kesemua 3 perlawanan awalnya.

Komen Ange Postecoglou kepada Sky Sports selepas perlawanan,

“Ketinggalan terlalu awal di tempat lawan sentiasa menjadi ujian besar, jadi ia bukan benda yang anda mahu lihat.”

“Melihat bagaimana pemain memberi tindakbalas dan bermain dengan cara kami adalah satu perkara yang luar biasa.”

“Kami kekal tenang, bermain bola sepak kami, terus meningkat dalam permainan seterusnya mendapat cengkaman sebenar pada keseluruhan permainan baik sama ada ketika bertahan mahupun ketika memiliki bola.”

Postecoglou mengulas tentang Son,

“Saya rasa dia telah cemerlang untuk kami sepanjang tahun. Malah hari ini cara dia menekan penjaga gol (lawan),”

“Saya rasa itu menjadi pencetus kepada kami mendapat motivasi dalam permainan, jadi ia bukan hanya mengenai jaringannya sahaja tetapi juga kerja kerasnya.

“Dia mempunyai kualiti untuk menyelesaikannya dan saya sangat gembira untuknya.”

Selepas kalah dalam semua perlawanannya, Victor Kompany menegaskan pasukannya perlu bangkit dengan segera.

“Melepaskan gol itu sebelum rehat separuh masa merupakan satu masa yang salah. Kami mencipta banyak peluang tetapi saya rasa kami tidak bergitu mantap, ia jelas kelihatan pada hari ini.”

“Kami perlu menjadi lebih baik sepantas yang kami mampu. Kami perlu mencapai tahap yang diperlukan oleh Liga Perdana.”

“Kepercayaan itu ada. Perasaan bahawa kami akan menjadi pasukan Liga Perdana yang baik ada, tetapi anda perlu menjadi lebih baik dengan cepat.”

Senarai pemain dan pemain terbaik.

Burnley: Trafford (6); Roberts (5), Al-Dakhil (5), O’Shea (5), Beyer (5); Gudmundsson (5), Cullen (6), Berge (6), Koleosho (6); Amdouni (6), Foster (7).

Simpanan: Brownhill (7), Delcroix (5), Redmond (6), Larsen (6), Cork (6).

Tottenham: Vicario (7); Porro (7), Romero (8), Van de Ven (6), Udogie (7); Sarr (6), Bissouma (7); Kulusevski (6), Maddison (8), Solomon (8); Son (9).

Simpanan: Perisic (6), Hojbjerg (6), Richarlison (6), Royal (6), Skipp (6).

Pemain terbaik: Heung-Min Son.

BACA:  Bengang Semua Pemain Sasaran Kena Kebas, Spurs Putuskan Untuk Beli Pemain Non-League