Pemilik Tottenham Berhadapan Hukuman Penjara Kerana Jual Beli Saham Guna Orang Dalam

Hartawan British dan pemilik Tottenham Hotspur Joe Lewis tampil di mahkamah pada Rabu untuk berhadapan dakwaan mempergunakan maklumat dalaman yang dimilikinya membeli saham untuk mendapat keuntungan.

Lewis berusia 86 tahun tampil menyerahkan diri kepada pihak FBI dan dibacakan haknya untuk mempertahankan diri pada jam 6:30 pagi hari sebelumnya.

Lewis memperolehi pemilikan Tottenham pada 2001, didakwa memberikan maklumat kepada teman wanitanya, dua juruterbang peribadi dan rakan rapat bermain poker untuk membeli saham syarikat-syarikat tertentu.

Beliau yang berusia 86 tahun bagaimanapun dibebaskan selepas itu dengan bond jaminan menggunakan kapal layar mewah dan jet peribadi miliknya – semuanya bernilai USD300 juta.

Berdasarkan dakwaan yang dibacakan terhadapnya, Lewis kini berhadapan 19 dakwaan penipuan. 6 dakwaan berhadapan maksimum penjara 25 tahun. Baki 13 daripada dakwaan itu pula boleh dihukum sehingga maksimum penjara 20 tahun.

Berdasarkan usianya, Lewis behadapan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah.

Semua kesalahan jenayah kewangan yang dilakukan Lewis itu didakwa dilakukan di antara 2013 sehingga 2021 apabila Lewis bergelar pemilik Tottenham.

Walaupun demikian situasi yang dihadapi Lewis dipercayai tidak akan memberikan impak secara langsung kepada kelab berpengkalan di London itu.

Although the situation pours more misery on Tottenham, who at least received some cheer on Wednesday when they beat Lion City Sailors 5-1 in Singapore, it is unlikely to have any immediate impact on the club.

Berdasarkan laporan dan pendakwaan, Lewis turut dilaporkan meminjamkan USD500,000 kepada dua juruterbang peribadinya untuk mendapatkan saham di sebuah syarikat penghasilan ubatan berkaitan penyakit kanser – yang beliau ketahui.

“Boss membantu kami untuk mendapatkan [saham] secepat mungkin,” tulis salah seorang juruterbang itu dalam satu mesej kepada seorang rakan.

Juruterbang itu turut menasihatkan rakan yang juga salah seorang kakitangan bekerja dengan Lewis itu mendapatkan saham syarikat yang sama untuk menjana keuntungan.

Dalam mesej seterusnya, juruterbang itu menulis: “Boss ada info dalaman dan dia juga tahu hasilnya.”

Selepas syarikat perubatan itu mengumumkan data ujian klinikal, saham syarikat itu naik 17% dalam tempoh sehari sebelum juruterbang dan kakitangan dimaksudkan menjual kembali pelaburan mereka untuk mendapat keuntungan berjuta-juta dolar.

Semua individu terbabit di atas turut mengaku tidak bersalah akan tindakan mereka.

Lewis dilaporkan adalah salah satu individu paling kaya di Britain dengan nilai bersih kira-kira AS$6 bilion (S$7.96 bilion). Beliau membina reputasinya sebagai pemerhati tukaran mata wang asing antara 1980-an hingga awal 1990-an.

Syarikat induk Lewis, ENIC, membeli Tottenham dari Alan Sugar, seorang lagi hartawan terkenal Britain, pada 2001.

BACA:  Peminat Kecam Beberapa Siri Perangai Macam Sial Richarlison Menentang Arsenal