Mike Dean Dipilih Mengadili Perlawanan Merseyside Derby

Mike Dean telah dipilih untuk menjadi pengadil perlawanan Merseyside derby pada hari minggu nanti, dan secara rasminya ketika kesemua saingan liga perdana kembali bersambung.

Setiap peminat bola sepak pastinya tidak sabar untuk menantikan sepak mula saingan premier league yang akan bermula pada 18 hari bulan nanti untuk perlawanan pembukaan antara Aston Villa menentang Sheffield United.

Perlawanan antara kedua-dua pasukan tersebut sekadar perlawanan pembukaan premier league selepas digantung tiga bulan kerana penularan wabak Koronavirus, namun perlawanan mendatang sebenarnya lebih mendebarkan.

Pada hari Ahad nanti, bergantung kepada keputusan perlawanan antara Manchester City menentang Arsenal, Liverpool mungkin akan ditabalkan sebagai Juara saingan Liga musim ini.

Liverpool akan berkunjung ke Goodison Park bertemu Everton untuk mengejar kejuaraan saingan liga yang pertama mereka dalam tempoh 30 tahun ini.

Apa yang menarik tumpuan dalam perlawanan tersebut selain dari kehangatan derby Merseyside dan aura Juara the reds adalah pengadil perlawanan tersebut.

Melihat Dean menjadi pengadil seperti kita menonton satu persembahan seni, dengan melihat kemampuan luar biasanya melayangkan kad dan cara penuh bergayanya memberi amaran kepada para pemain ketika mengadili sesebuah perlawanan.

Dengan perlawanan diadakan dengan stadium kosong, pastinya kita boleh mendengar dengan jelas setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya ketika memberi amaran kepada para pemain.

Dean menjadi pengadil pertama dalam premier league yang telah melayangkan kad merah ke-100 beliah pada tahun lalu, yang mana kad merah tersebut dilayangkan kepada Ashley Young ketika bertemu Wolves.

Untuk musim ini pula, pengadil tersebut telah melayangkan empat kad merah dari 22 perlawanan yang telah beliau adili.

Namun beliau musim ini masih belum melayangkan kad merah kepad mana-mana pemain bawah kendalian Jurgen Klopp dan Carlo Ancelotti.

beliau turut mengadili perlawanan Merseyside derby yang pertama pada awal musim lalu yang mana calon Juara musim ini telah membenam Everton dengan keputusan 5-2.

Pengadil berusia 52 tahun itu tidak perlu berjalan jauh untuk tiba ke Goodison Park memandangkan beliau berasal dari Wirral, tetapi tiada istilah berat sebelah tentangnya kerana semua tahu beliau merupakan peminat tegar pasukan Tranmere Rovers.

Beliau sering dilihat berada dalam kelompok peminat Tranmere dan bercakap kepada BBC Sport, beliau mendedahkan bahawa dirinya pernah berkata kesat kepada pengadil sewaktu menonton perlawanan pasukan kegemarannya.

Sekiranya Arsenal berjaya menewaskan Manchester City, dan Liverpool berjaya menewaskan Everton, maka Liverpool akan secara rasminya ditabalkan sebagai Juara.

Namun Liverpool sebenarnya tidak sedikit pon terjejas dengan apa jua keputusan kedua-dua perlawanan tersebut memandangkan mereka sedang mendahului saingan liga jauh di depan.

Sekiranya mereka berjaya menewaskan Everton dan City menewaskan Arsenal, Liverpool masih boleh bergelar Juara dengan menewaskan Burnley pada perlawanan seterusnya.

Mungkinkah Dean akan dipersalahkan atas kekalahan Liverpool nanti atau beliau bakal menjadi wira untuk kemenangan Liverpool dalam perlawanan Merseyside derby nanti?

BACA:  Everton Meraikan Kemenangan Di Anfield Seperti Tiada Hari Esok