Premier League 2020/21: Liverpool 0-2 Everton

Liverpool turun dalam perlawanan Merseyside derby menemukan jiran mereka, Everton yang jarang sekali mendapat keputusan yang baik ketika beraksi di Anfield.

Liverpool tewas dalam tiga perlawanan Premier League berturut-turut sebelum turun untuk perlawanan Merseyside derby ini.

Kemenangan 2-0 ke atas RB Leipzig di kejohanan paling agung Eropah, European Champions League telah mengubat duka dan diharap menjadi tonik kemenangan.

Namun segalanya tidak menjadi dan kekalahan berterusan menjadi milik Liverpool dan seperti tidak dapat dipisahkan lagi.

Jika kejelitaan adalah hak milik setiap insan di muka bumi ini maka kekalahan adalah hak milik Liverpool.

Everton mudah menjinakkan Liverpool dengan kemenangan 2-0 di Anfield hasil jaringan awal Richarlison yang mudah menyempurnakan lorongan maut James Rodriguez.

Pada lewat babak kedua Everton memperoleh gol kedua melalui sepakan penalti Gylfi Sigurdsson selepas Trent Alexander Arnold menjatuhkan Dominic Calvert Lewin.

Rujukan pengadil perlawanan kepada Video Assistant Referee(VAR) tidak mengubah keputusan awal bahawa itu adalah penalti.

Tiada alasan yang mampu diberikan penyokong Liverpool kerana telah habis digunakan seperti pengadil rasuah, FA mahu menjatuhkan Liverpool, VAR tidak adil dan lain-lain.

Walaupun ada kedengaran sayup-sayup penyokong Liverpool menyalahkan pemain Everton yang bermain kasar namun selamat dari sebarang layangan kad merah.

Sadio Mane melepaskan dua peluang terbaik Liverpool dan Jordan Pickford cemerlang untuk terus melukakan hati dan mengoyakkan mental penyokong Liverpool.

Carlo Ancelotti tersenyum puas di tepi padang dan Jurgen Klopp pula, faham-faham sendiri jela. Lemah!

Skuad bimbingan Jurgen Klopp ini buat pertama kali tewas empat perlawanan berturut-turut di Premier League sejak 1923.

Kemenangan ini merupakan kemenangan pertama abad ini Everton di rumput Anfield dan kali terakhir menang ke atas Liverpool pada tahun 1999.

Sejak menang 1-0 pada tahun 1999, Everton tidak pernah menang dalam 23 kunjungnan ke Anfield denngan rekod 10 seri dan 13 kekalahan.

Ini juga merupakan kali pertama Liverpool tewas di Merseyside Derby sejak 2010.

Liverpool (4-3-3) Alisson; Alexander-Arnold, Kabak, Henderson, Robertson; Jones, Wijnaldum, Thiago; Salah, Firmino, Mane.

Substitutes: Adrian, Tsimikas, Davies, Phillips, N Williams, Keita, Oxlade-Chamberlain, Shaqiri, Origi.

Everton (4-1-4-1) Pickford; Coleman, Holgate, Keane, Godfrey; Davies; James, Doucoure, Gomes, Digne; Richarlison.

Substitutes: Olsen, Nkounkou, Allan, Sigurdsson, Onyango, Calvert-Lewin, King, Iwobi, Bernard.

BACA:  Duo Liverpool Sedang Dalam Usaha Mereka Untuk Pecahkan Rekod Premier League