Modric Nekad Tinggalkan Real Madrid Untuk Menyertai Inter Milan

Pemenang ‘Golden Ball’ Piala Dunia 2018, Luka Modric masih lagi berusaha menekan Real Madrid supaya membenarkan beliau berpindah ke Inter Milan, menurut laporan daripada beberapa sumber di Itali.

Modric menyatakan pendirian beliau sekali lagi untuk menyertai Nerazzurri kelmarin tetapi ia mendapat tentangan daripada Presiden Real Madrid, Florentino Perez.

Sekiranya Madrid membenarkan Modric berpindah, Perez bakal mendapat kecaman dari penyokong sendiri kerana membenarkan pemain utama berpindah selepas Cristiano Ronaldo berbuat demikian pada awal bulan lalu.

Modric pernah diundi sebagai pembelian paling buruk pada tahun 2012 tetapi ia tidak pernah mematahkan semangat Modric. Sesungguhnya pakcik2 bawang Sepanyol tidak mampu menggugat keyakinan Modric

Sky Itali melaporkan Real Madrid sedang berusaha untuk mengatur pertemuan peribadi dengan Modric yang kini sudah kembali bersama pasukan.

Modric sudah menyertai sesi latihan Real Madrid bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi final Piala Super UEFA menentang Atletico Madrid pada hari Rabu nanti.

Inter Milan pula kini berada di kota Madrid tetapi bukan kerana Modric. Inter Milan berada di Madrid bagi perlawanan pertunjukan International Champions Cup menentang Atletico Madrid pada hujung minggu ini.

Sky Itali turut melaporkan ejen Modric kini ‘berkampung’ di Madrid bagi menyelesaikan masa depan Modric yang makin hari makin rumit.

Sekiranya Modric bertegas mahu meninggalkan Real Madrid, Perez sudah mengenal pasti pemain yang akan menggantikan tempat Modric dalam kesebelasan utama Real Madrid.

4 medal juara Liga Juara-Juara Eropah berjaya dikutip manakala kelab lamanya, Spurs mandul sehingga ke hari ini. Good decision

Pemain tersebut adalah Thiago Alcantara yang merupakan bekas pemain Barcelona. Pengurus baru Real Madrid, Julen Lopetegui pernah bekerjasama dengan Thiago ketika mengendalikan skuad bawah 21 tahun Sepanyol dan skuad senior.

Thiago juga merupakan satu-satunya pemain yang diminta Lopentegui untuk ditambah dalam skuad Los Blancos.

Real Madrid mungkin berdepan cabaran yang sukar untuk meyakinkan Bayern Munich supaya melepaskan Thiago kerana Presiden Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge pernah berkata sebelum ini yang mereka tiada rancangan untuk menjual Thiago pada jendela perpindahan kali ini.

Thiago merupakan sebahagian daripada skuad Sepanyol yang beraksi di Piala Dunia 2018 dan dipilih sendiri oleh Lepetegui, sebelum Lopetegui dipecat dua hari sebelum perlawanan pertama Sepanyol menentang Portugal kerana menerima tawaran Real Madrid untuk menggantikan tempat Zinedine Zidane.

Adakah penyokong Real Madrid mampu menerima bekas pemain Barcelona sebagai tonggak utama mereka ?

Selain Thiago, Real Madrid juga mensasarkan pemain tengah Denmark, Christian Eriksen tetapi ia sukar untuk berlaku memandangkan jendela perpindahan pemain di England sudah ditutup.

Pemain tengah Lazio, Sergei Milinkovic-Savic turut mendapat perhatian Real Madrid tetapi mereka perlu bertindak cepat kerana Juventus turut berminat ke atas pemain tersebut.

BACA:  TERKINI: Mbappe Dilaporkan Setuju Tinggalkan PSG