Mohamed Salah akhirnya tampil mendedahkan tentang situasi terkini berkait kontrak beliau di Anfield selepas pelbagai spekulasi yang telah dicetuskan oleh pelbagai pihak.
Beliau mendedahkan hal tersebut ketika bercakap menjelang aksi pertemuan bertemu Manchester City dalam aksi saingan Premier League hujung minggu ini.
Salah bersama rakan sepasukannya bakal berkunjung ke Etihad pada hujung minggu ini untuk aksi dalam saingan Premier League dan ia merupakan perlawanan penentu untuk menentukan siapa bakal menjuarai saingan liga musim ini.
Mohamed Salah can shake off Liverpool contract doubts by taking Man City opportunityhttps://t.co/gsbingm8D6 pic.twitter.com/42I4zIHxJ6
— Mirror Football (@MirrorFootball) April 9, 2022
Walaupun perlawanan tersebut sebenarnya menjadi perlawanan tumpuan ramai, namun lebih ramai sebenarnya yang tertarik untuk membincangkan tentang masa depan Salah di Anfield.
Pemain kebangsaan Mesir itu masih belum menandatangani kontrak baru bersama kelab, dengan kontrak asalnya akan tamat pada musim panas 2023.
Beliau telah ditanya tentang situasi terkini kontraknya di Anfield dengan Salah secara terbuka mendedahkan yang banyak hal sebenarnya orang luar tidak tahu tentang apa yang berlaku pada ketika ini.
🗣 “There’s many things people don’t know about it.”
Mohamed Salah on his contract talks with Liverpool. 📝 pic.twitter.com/Ps75mgwY7C
— Football Daily (@footballdaily) April 8, 2022
Pemain berusia 29 tahun itu mendedahkan kepada Sky Sports bahawa:
“Sejujurnya terlalu banyak hal yang orang tak tahu tentang itu.”
“Saya tak boleh pentingkan diri sekarang dan saya tak patut bercakap tentang situasi saya ketika kami semua sedang berada di tahap paling getir pada musim ini.”
“Saya perlu bercakap tentang pasukan dan beri tumpuan kepada pasukan, itu adalah hal paling penting sekarang.”
“Semoga kami akan lebih optimistik dan kemudian kita akan lihat apa sebenarnya yang akan berlaku.”
Ketika diasak dengan soalan adakah beliau yakin akan tandatangani kontrak baru bersama Liverpool, Salah menjawab:
“Saya tak boleh kata ya, saya tak boleh kata tak. Saya sudah cakap banyak kali sebelum ini apa yang saya mahukan.”
🗣 “I can’t say yes, I can’t say no.”
Mohamed Salah on whether he’s confident or not regarding the signing of a new deal with Liverpool. pic.twitter.com/0dIKeB3fI3
— Football Daily (@footballdaily) April 8, 2022
“Tapi saya tak boleh dedahkan secara terperinci tentang kontrak saya kerana situasi sekarang agak sensitif. Saya tak boleh bercakap tentang kontrak saya, saya perlu bagi tumpuan pada pasukan saya. Itu saja.”
“Ia tak beri kesan pada saya, saya seorang yang sangat profesional. Saya tahu apa yang saya lakukan jadi saya tak begitu terganggu dengan hal itu.”
“Saya beri tumpuan kepada pasukan dan memenangi Piala dan berikan segalanya kepada kelab.”
Salah kini sedang melalui musim kelimanya bersama Liverpool dengan beliau tidak dinafikan telah melalui karier yang sungguh menakjubkan di Anfield.
Beliau setakat ini telah berjaya menjaringkan 150 gol untuk kelab dan turut membantu Liverpool memenangi pelbagai kejuaraan.
Sebelum ini, Menteri Sukan Mesir Ashraf Sobhi tampil mendedahkan yang Mohamed Salah akan kekal bersama Liverpool walau belum ada kata sepakat yang dicapai antara kedua-dua belah pihak.
Mohamed Salah speaks out on 'sensitive' Liverpool contract situation #lfc https://t.co/F31pwQ9Qpp
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) April 8, 2022
Menteri Mesir dedah Salah akan kekal di Anfield
Mohamed Salah sepertinya sudah hampir pasti bakal menandatangani kontrak baru bersama Liverpool dan hal itu telah disahkan sendiri oleh Menteri Sukan Mesir, Ashraf Sobhi.
Rundingan antara kedua-dua belah pihak masih belum menemui kata sepakat dek kerana pihak kelab tidak sanggup menerima permintaan gaji yang terlalu tinggi dari Mo Salah.
🚨 NEW: Mohamed Salah is planning to renew his contract with Liverpool, according to Egyptian sports minister Ashraf Sobhi. #awlive [mirror] pic.twitter.com/lAjYjR0o0Y
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) April 5, 2022
Tawaran pertama dari Liverpool adalah bernilai £350,000 seminggu, namun Mohamed Salah menolak tawaran tersebut kerana merasakan beliau layak menerima gaji yang lebih tinggi.
Melihat persembahan mantap dan memikirkan tentang sumbangan beliau, pihak kelab kemudiannya menawarkan kontrak baru bernilai £400,000 seminggu kepada bintang Mesir itu.
Salah sekali lagi menolak tawaran dari Liverpool dan kali ini beliau mendedahkan kepada kelab yang beliau mahu meminta gaji bernilai £500,000 seminggu.
Jelas sekali beliau mahu menuntut gaji yang sama seperti Cristiano Ronaldo, seterusnya menjadi penerima gaji tertinggi dalam saingan Premier League.
Demi menjaga struktur pembayaran gaji dan keharmonian di bilik persalinan, pihak kelab tidak berani untuk menerima permintaan £500,000 seminggu dari Mo Salah itu.
Salah kemudian menekan pihak kelab dengan mengeluarkan kenyataan yang beliau menyerahkan segalanya berkait masa depannya kepada pimpinan kelab.
Beliau ketika itu tampil mendedahkan yang beliau mahu kekal di Anfield sehingga akhir kariernya, namun keputusan di tangan Liverpool sendiri.
Sobhi: “I met with Mohamed Salah at the airport after the end of the Senegal match and the failure to reach the World Cup finals and said to him to forget what happened and focus on what’s next.”
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) April 5, 2022
Para penyokong kemudian menggesa pimpinan kelab supaya memenuhi sahaja permintaan Mo Salah kerana beliau layak untuk menerima gaji yang tinggi.
Pihak kelab kemudiannya berhenti seketika membincangkan hal kontrak dan sepertinya mereka sudah akur bakal kehilangan Mo Salah.
Terbaru, menurut sumber laporan dari The Mirror, Mohamed Salah telah bersetuju untuk tandatangani kontrak baru bersama Liverpool dan akan kekal di Anfield hingga akhir kariernya.
Tidak pasti berapa nilai yang beliau terima, namun Salah dikatakan meminta kontrak lebih panjang berbanding sebelum ini.
Beliau dikatakan menerima gaji yang lebih rendah dari apa yang beliau harapkan sebelum ini, namun sebagai ganti beliau mahu tambahan satu tahun dari perjanjian asal.
Ini bermaksud Mohamed Salah akan menandatangani kontrak selama empat tahun dan berkemungkinan beliau akan kekal bersama kelab sehingga akhir kariernya.
Win-win situation untuk kedua-dua pihak, Liverpool tak perlu ikut kadar gaji seperti yang diminta oleh Salah, namun cukup sekadar beri kontrak lebih panjang kepada bintang Mesir itu.
Menteri Sukan Mesir, Ashraf Sobhi mendedahkan yang beliau telah menasihati Salah supaya meninggalkan Liverpool selepas aksi kekalahan mereka bertemu Senegal baru-baru ini.
Mohamed Salah is set to commit his long-term future to Liverpool, according to Egypt's sports minister Ashraf Sobhi.
Salah is…#Footballhttps://t.co/rFI4ae9GTs pic.twitter.com/hBBCeVqjCU
— Epicentre Sports (@EpicentreSports) April 5, 2022
Salah walau bagaimanapun menolak permintaan dari Menteri Sukan negaranya itu dengan beliau memilih untuk kekal di Anfield.
“Saya bertemu Mohamed Salah di lapangan terbang selepas tamat perlawanan bertemu Senegal dan kegagalan untuk layak ke Piala Dunia, saya beritahu dia supaya lupakan apa berlaku dan beri tumpuan kepada masa depan.”
Jelas Sobhi kepada media Mesir.
“Saya nasihatkan dia supaya teruskan perjalanan dia bersama kelab lain selain Liverpool, tapi matlamat dia sekarang adalah mahu tandatangani kontrak baru bersama Liverpool.”
“Ada gerakan yang mahu menentang Salah dan mahu jatuhkan dia, tapi saya minta dia untuk abaikan hal itu.”
Jadi adakah beliau akan benar-benar kekal atau akan menolak untuk menandatangani kontrak baru bersama Liverpool? Bincangkan diruangan komen.
Sumber: SPORTbible