Pelajar Sekolah Di Mesir Akan Diajar Tentang Mohamed Salah

Mohamed Salah akan ditambahkan ke dalam kurikulum sekolah di Mesir untuk memberi inspirasi kepada murid-murid dalam usaha mencapai kejayaan seperti apa yang beliau capai pada ketika ini.

Kisah perjalanan menakjubkan Mo Salah baik dalam mahupun di luar padang akan di masukkan dalam buku teks sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

Kanak-kanak di sekolah rendah akan belajar tentang sumbangan menakjubkan Salah untuk kelab dan negara di atas padang dan di luar padang.

Untuk kanak-kanak sekolah menengah pula, mereka akan diperkenalkan tentang sisi mulia Salah di luar padang dan mereka akan turut diajar cara bagaimana untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Teks untuk pelajar sekolah menengah:

“Keinginan Salah untuk membantu orang lain adalah kerana dia mahu memberi peluang kepada orang muda untuk berjaya.”

“Beliau merupakan model contoh untuk jutaan rakyat Egypt yang menggelar beliau ‘Pencipta kebahagiaan’.”

Buku teks tersebut akan menggunakan gambar Mohamed Salah bersama anaknya Makka, yang diberi nama sempena nama kota suci Islam sebagai gambar hadapan.

Salah tidak dinafikan lagi sememangnya antara nadi terpenting Liverpool sejak beliau ditandatangani pada tahun 2017 yang lalu lagi.

Wira sejati Liverpool itu turut diberi gelaran ‘The Egyptian King’ selepas melihat kecemerlangan dan aksi hebat yang beliau persembahkan.

Mo Salah pada ketika ini telah berjaya menjaringkan 140 gol untuk dan beliau juga dianggap sebagai antara pemain penyerang terhebat sepanjang zaman kelab.

Beliau berjaya membantu Liverpool untuk menjuarai saingan Champions League, Super Cup, FIFA Club World Cup dan Premier League.

Pada musim ini, beliau sepertinya sedang berada di tahap persembahan terbaiknya bersama Liverpool dengan Salah sudah berjaya menjaringkan 15 gol dari semua pertandingan.

Beliau juga dianggap antara pemain terhebat dunia pada ketika ini, selepas mempamerkan tahap konsistensi yang cukup menakjubkan.

Salah berjaya menjaringkan gol dari kesemua 10 perlawanan terakhirnya secara berturut-turut termasuk mencatatkan hat-trick ketika bertemu Manchester United minggu lalu.

Dalam aksi kemenangan besar menewaskan Manchester United minggu lalu, Salah berjaya memecahkan dua rekod baru dalam saingan Premier League.

Beliau berjaya menjadi pemain pertama dalam sejarah saingan Premier League yang berjaya mencatatkan hat-trick bertemu Manchester United di Old Trafford.

Beliau juga berjaya memecahkan rekod Didier Drogba sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah saingan Premier League untuk pemain dari benua Afrika.

Selain aksi cemerlang bersama Liverpool, beliau juga berjaya membantu skuad kebangsaan Egypt untuk mara ke saingan Piala Dunia 2018.

Beliau juga pada ketika ini sedang memimpin skuad Mesir untuk aksi kelayakan Piala Dunia Qatar pada tahun 2022.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Reaksi Peminat Selepas Mohamed Salah Memotong Jambang