Mohamed Salah dilaporkan sudah menolak tawaran kontrak baru dari Liverpool, namun beliau masih teguh dengan pendiriannya yang beliau tidak mahu meninggalkan kelab.
Beliau percaya segala keputusan kini di tangan Liverpool dan beliau secara peribadinya masih tetap mahu kekal berada di Anfield.
Tidak pasti berapa nilai sebenarnya yang Salah minta dan tidak pasti juga berapa nilai atau kontrak baru yang The Reds tawarkan kepadanya, namun satu hal yang pasti, bintang Mesir itu telah menolak tawaran dari kelab.
Liverpool manager on Mo Salah's contract extension 🧐
The Egypt international's agent took to Twitter his reaction to Klopp's comment:
🗣️ Ramy Abbas: "🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣"#Liverpool #MoSalah #Salah #Klopp pic.twitter.com/LePrRgg1Yf
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) March 11, 2022
Kontrak Salah di Anfield akan tamat pada musim panas 2023, yang mana dalam tempoh lebih kurang satu tahun dari sekarang, Salah sudah boleh mula berunding dengan kelab lain, dan turut menandatangani pra kontrak bersama kelab di luar England.
Walaupun usia pemain penyerang itu bakal mencecah 30 tahun pada musim ini, pihak kelab sepertinya akan tetap mahu terus mendapatkan khidmat pemain yang dianggap sebagai terhebat dalam dunia bola sepak kini itu.
Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa beliau meminta kelab memberinya gaji £400,00 ke £500,000 seminggu dan kini pemain kebangsaan Mesir itu dilaporkan baru sahaja menolak tawaran lanjutan kontrak.
Jelas sekali ada yang beliau tak gembira dengan kontrak baru yang ditawarkan oleh pihak kelab, namun tak pasti apa sebenarnya hal yang menyebabkan beliau menolak untuk menandatangani kontrak baru.
Awal Januari lalu, Salah telah mendedahkan yang beliau menyerahkan segalanya kepada kelab, kerana kelab sudah tahu apa yang beliau mahukan.
“Saya mahu kekal, tapi itu semua bukan di tangan saya, ia di tangan mereka.”
Mo Salah on his contract: “I want to stay, but it’s not in my hands. It’s in their hands. They know what I want. I’m not asking for crazy stuff”, he told GQ. 🔴 #LFC
“I love the fans & club. But with the administration, they’ve been told the situation. It’s in their hands”. pic.twitter.com/0gAtTYWOZg
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 11, 2022
Jelas Salah kepada GQ Magazine.
“Mereka tahu apa saya mahukan. Saya tak minta benda yang gila-gila.”
Tidak kira apa yang pemain berusia 29 tahun itu minta, satu hal yang pasti seandainya beliau turunkan tandatangan pada kontrak baru nanti, beliau bakal menjadi penerima gaji tertinggi dalam sejarah Liverpool.
Di usia beliau sekarang, sudah tentu Salah akan gembira untuk terus kekal di Anfield dan tamatkan kariernya bersama Liverpool.
Musim ini Salah tidak dinafikan lagi sememangnya sedang berada di tahap persembahan terbaiknya selepas beliau cemerlang menjaringkan 19 gol dan mencatatkan 10 assists dari 25 penampilan dalam saingan Premier League.
“Masalahnya sekarang, ketika kamu meminta sesuatu dan mereka menunjukkan kepada kamu yang mereka juga boleh berikan sesuatu, mereka patut laksanakan, kerana itu cara mereka hargai apa yang telah kamu berikan kepada kelab.”
“Saya berada di sini sudah lima tahun sekarang. Saya sangat kenal dengan kelab. Saya suka dengan penyokong. Penyokong suka dengan saya.”
Mo Salah has rejected Liverpool's latest contract offer but has no intention of leaving us. 🔴#MoSalah #Liverpool #awlive #salah pic.twitter.com/W685kVwmHN
— King Eric LFC (@kingericlfc) March 11, 2022
“Tetapi untuk pimpinan kelab, mereka sudah tahu situasi ini, maka semuanya di tangan mereka sekarang.”
Jelas Salah lagi pada ketika itu.
Kini selepas beliau menolak tawaran baru dari kelab, Mohamed Salah sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang sama dengan beliau menganggap masa depannya berada di tangan kelab.
Jurgen Klopp yang sebelum ini seolah-olah tidak mahu bercakap tentang situasi kontrak Salah kini tampil menyatakan bahawa:
“Ia keputusan Mo, sangat jelas. Pihak kelab sudah lakukan apa yang kelab mampu lakukan, tidak ada yang buruk boleh dikatakan tentang itu. Semuanya baik-baik sahaja.”
Ejen Mohamed Salah, Ramy Abbas turut membalas kenyataan dari Jurgen Klopp itu dengan menulis emoji ketawa sebanyak tujuh ketul di laman twitter miliknya.
Melihat kepada situasi kontrak Salah pada ketika ini, beliau sepertinya berpotensi untuk meninggalkan kelab pada jendela perpindahan musim panas nanti.
Excl: Salah and his agent have no intention to accept current new contract bid from Liverpool. Talks have broken down since December, as things stand 🚨🇪🇬 #LFC
Mo’s priority is to stay – but not at current conditions. Let’s see Liverpool next move.
More: https://t.co/QGTdcXpa79 pic.twitter.com/2cAY6KmmkV
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) March 11, 2022
Hal ini kerana Liverpool sudah tentu tidak akan melepaskan beliau pergi secara percuma sebagai pemain free ejen.
Seandainya beliau tetap tidak menerima tawaran kontrak dari pihak kelab, jelas sekali musim ini bakal menjadi musim terakhir The Egyptian King itu berada di Anfield.