Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mengejutkan banyak pihak apabila enggan mendedahkan maklumat mengenai pasukannya apabila diajukan soalan tersebut dari stesen televisyen kelab, MUTV.
Seperti kebiasaan, MUTV akan mengajukan soalan kepada Mourinho bagi mengetahui perkembangan terkini skuad utama Red Devils menjelang pertemuan penting menentang Arsenal awal pagi esok.
Namun begitu, buat pertama kali, Mourinho enggan melayan soalan mengenai perkembangan terkini pasukannya sambil mengakui beliau berdepan kesukaran untuk memilih kesebelasan utama bagi menentang Arsenal memandangkan banyak pemain utama bergelut dengan masala kecederaan.
Manchester United akan turun berdepan Arsenal bagi mencari kemenangan pertama dalam Liga Perdana Inggeris sejak 3 November. Mereka bakal berdepan tugas yang sukar memandangkan moral pemain Arsenal masih lagi tinggi berikutan kemenangan epik ke atas Tottenham dalam aksi North London Derby hujung minggu lalu.
No team news from Mourinho who told MUTV he was not prepared to give anything away.
"I don’t want to update you, I would like Arsenal TV to make the same questions but they don’t they hide everything from the inside, so why should I answer to you."— Charlotte Duncker (@CharDuncker) December 4, 2018
Masalah kecederaan yang menghantui Red Devils ketika ini juga tidak banyak membantu Mourinho. Antara pemain pertahanan yang masih mengalami kecederaan adalah Victor Lindelof, Chris Smalling, dan Eric Bailly.
Apabila ditanya MUTV mengenai perkembangan terkini mengenai krisis kecederaan di bahagian pertahanan Manchester United, jawapan yang keluar dari mulut Mourinho agak mengejutkan.
“Saya tidak mahu memberikan update kepada kamu [MUTV].”
“Saya mahu Arsenal TV bertanyakan soalan yang sama kepada pengurus mereka tetapi mereka tidak melakukannya. Arsenal menyembunyikan segalanya yang berlaku di dalam kelab tersebut, jadi kenapa saya perlu menjawab soalan anda ?”
Manchester United bakal beraksi di tempat sendiri sebanyak dua kali dalam masa empat hari tetapi rekod mereka di tempat sendiri musim ini tidaklah terlalu baik. United hanya mampu mencatatkan 3 kemenangan dari 6 perlawanan Liga Perdana Inggeris yang diadakan di Old Trafford musim ini.
Selepas Arsenal, Fulham bakal berkunjung ke Old Trafford pada hari Sabtu nanti. Pertengahan miggu depan mereka bakal berkunjung ke Valencia dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah sebelum berhadapan dengan musuh tradisi, Liverpool beberapa hari selepas itu.
Memandangkan United bakal mengharungi jadual yang agak padat bulan ini, Mourinho mengakui beliau menghadapi kesukaran untuk memilih kesebelasan utama yang seimbang.
“Kami akan berdepan kesukaran sekali lagi untuk membina pasukan ini.”
“Kami perlu mencari cara untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sukar ini bagi memberi sedikit keseimbangan dalam pasukan.”
“Tetapi saya tetap percaya kami mempunyai semangat yang tinggi untuk berjuang mencari kemenangan.”