Mourinho: Bukan Salah Saya Jika Manchester United Tiada Semangat Melawan

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berkata beliau tidak patut dipersalahkan sekiranya pemain United gagal menunjukkan semangat melawan sambil mengakui kadang kala terdapat perkara yang berada di luar kawalan jurulatih.

Manchester United menerima kecaman dari peminat United yang hadir ke Old Trafford Rabu lalu ketika mereka seri 0-0 menentang Valencia dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.

Pemain yang lembik di atas padang bukan salah Mourinho. Benar

Red Devils juga menerima kritikan kerana mempamerkan persembahan di bawah tahap sebenar dalam Liga Perdana Inggeris musim ini terutamanya ketika tumpas di tangan West Ham 3-1 minggu lalu.

Antara pihak yang lantang bersuara terhadap Mourinho adalah Jamie Carragher yang mendakwa pengurus berasal dari Portugal itu telah kehilangan sokongan dari bilik persalinannya. Selain itu, pengkritik bola sepak, Liam Rosenior pula berkata Manchester United tidak mempunyai semangat melawan yang mencukupi.

Terdapat juga laporan yang mengatakan Mourinho akan dipecat dalam masa terdekat walaupun jika Manchester United berjaya meraih kemenangan ke atas Newcastle malam ini.

Dalam sidang media yang berlangsung semalam menjelang pertemuan menentang Newcastle di Old Trafford malam ini, Mourinho telah ditanya mengapa beliau gagal membentuk pasukan yang mempunyai semangat berpasukan yang tinggi di United.

Manchester United mampu bermain lebih baik dari apa yang mereka pamerkan sekarang

“Kadang-kadang terdapat perkara yang berada di luar kawalan jurulatih.”

Walaupun menerima reaksi negatif dari penyokong sendiri Rabu lalu, Mourinho yakin mereka akan dapat menewaskan Newcastle jika mampu mempamerkan keinginan yang sama seperti ketika menentang Valencia.

“Kita mampu menewaskan Newcastle, tetapi ia bakal menjadi perlawanan yang sukar buat kami. Kami mampu menang dan kami mahu menang.”

“Kami mempunyai kebarangkalian untuk menang, tetapi saya enggan mengatakan kami sudah mempunyai 3 mata dalam poket. Saya perlu menghormati pasukan lawan, dan saya juga perlu menghormati pengurus pasukan lawan yang mempunyai sejarah memenangi pelbagai trofi dan tahu bagaimana untuk menang.”

“Itu adalah cara saya dibesarkan dalam hidup. Dalam bola sepak, kita perlu menunjukkan rasa hormat terhadap orang lain.”

Berikutan kegagalan Manchester United meraih sebarang kemenangan dari 4 perlawanan terakhir, Mourinho mengingatkan peminat kembali apa yang pernah diperkatakan beliau sebelum ini mengenai kesusahan yang bakal mereka tempuhi musim ini.

Dua musuh lama akan bertemu di Old Trafford malam ni

“Pasukan ini mampu bermain lebih baik dari apa yang mereka sedang lakukan sekarang. Pasukan ini akan bermain lebih baik dari apa yang mereka pamerkan sekarang.”

“Tetapi jika anda mahu saya ulang balik apa yang pernah saya cakap sebelum ini, saya akan lakukan. Musim lepas adalah musim yang menakjubkan buat Manchester United. Tetapi ketika pra-musim lalu, saya sudah beritahu musim ini akan menjadi satu musim yang sukar buat kami.”

BACA:  Senarai 10 Kereta Mewah Pemain Bola Sepak Dunia