Mourinho Ganggu Temuramah Son Untuk Beritahu Kane Pemain Terbaik Perlawanan

Jose Mourinho telah menggangu dan mencelah temuramah Son Heung-Min semata-mata untuk memberitahu bahawa Harry Kane adalah pemain terbaik perlawanan atau man of the match ketika Spurs menewaskan Southampton 5-2.

Son Heung-Min telah menjaringkan empat gol dalam perlawanan menentang Southampton dan keempat-empat gol itu terhasil dari hantaran dan bantuan gol oleh penyerang England Harry Kane.

Kejayaan menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan telah menobatkan Son Heung-Min sebagai pemain Asia pertama menjaringkan empat gol di lima liga teratas.

Selain membuat 4 assist, Kane turut mencetak nama selaku penjaring dalam perlawanan itu dan menjadi pemain Inggeris pertama membuat 4 assist dalam satu perlawanan di Premier League.

Pemain Korea Selatan itu telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan secara rasmi dan seperti biasa pemain terbaik akan ditemuramah oleh stesen televisyen.

Ketika tekun mendengan soalan daripada BBC Sports dengan penuh sopan dan beradab, Jose Mourinho datang mencelah dan mengganggu temuramah tersebut.

“Man of the match, Harry Kane!” Ujar Jose Mourinho dan terus berlalu pergi selepas menepuk bahu Son.

Wartawan BBC Sports, Son dan Mourinho sama-sama ketawa sebelum Son menjawab soalan dan setuju dengan pendapat Mourinho.

“Aku akan cakap Harry pemain terbaik perlawanan kerana beliau telah menjaringkan satu gol dan 4 assist.” Ujar Son.

“Aku dan Harry telah lama berkerjasama dan ini merupakan musim keenam, kami sudah saling mengenali, kami mempunyai hubungan yang baik samada di padang atau diluar.”

Selepas 6 musim bersama Harry Kane, Son Heung-Min mengakui hubungan mereka semakin hari semakin baik.

“Aku fikir kami telah berkerja keras untuk mendapatkan hubungan yang lebih baik walaupun tidak sempurna tapi mensasarkan kepada kesempurnaan.”

Jelas sekali hubungan yang baik di luar padang akan membawa satu keserasian dan kimia ketika beraksi di padang.

Gandingan Harry Kane dan Son Heung-Min di jentera serangan telah menghasilkan lebih banyak gol dan assist di Premier League berbanding duo yang lain sejak Son menyertai Spurs pada 2015.

Son 4 gol, Kane 4 Assist

Ketika perlawanan menentang Southampton, Spurs terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pendahuluan oleh bekas pemain Liverpool, Danny Ings pada minit ke-32, namun Spurs tidak panik.

Aksi kebangkitan telah dijana oleh Harry Kane yang merencanakan kelima-lima gol buat Spurs dengan 4 assist kepada 4 gol Son Heung-Min dan satu gol untuk diri sendiri.

Gol pertama Son dalam perlawanan tersebut hadir pada lewat babak pertama selepas berlari mendapatkan hantaran Kane untuk melepaskan percubaan yang menewaskan Alex McCarthy.

Hanya dua minit selepas babak kedua disambung, Spurs menjaringkan gol pendahuluan selepas Kane membebaskan Son untuk berhadapan penjaga gol dalam situas satu lawan satu.

Bintang Korea Selatan itu tidak mempersia-siakan peluang yang terhidang.

Pasukan tuan rumah terus bergelut dengan kehebatan larian Son yang berjaya memusnahkan barisan pertahanan lawan – kali ini Son menyambut hantaran klip Kane sebelum menyumbat masuk hatrik.

Penyerang England, Kane kemudian menghasilkan assist ke-4 dengan hantaran lintang cantik buat Son, yang menyambut sebelum dengan tenang melakukan chip mengatasi McCarthy.

Kane sendiri turut berjaya mencetak nama sebagai penjaring apabila menyempurnakan bola muntaj setelah percubaan Erik Lamela ditolak dan mengenai palang.

Ings menyempurnakan sepakan penalti di masa kecederaan namun ia sekadar gol saguhati tatkala Southampton tewas perlawanan ketiga dalam semua pertandingan pada musim ini.

Saksikanlah gol padu daripada Son-Heung Min yang laju seperti lipas kudung.

BACA:  Penampar McTominay Batalkan Gol Cavani dan Insafkan Son