Mourinho Gembira Dengan Kemenangan United Walaupun Pemainnya Melakukan Banyak Kesilapan

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho gembira melihat anak buahnya bangkit dari ketinggalan dua gol untuk mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas Crystal Palace dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Walaubagaimanapun, Mourinho mengakui Manchester United melakukan banyak kesilapan yang hampir menyebabkan mereka tewas dalam peUrlawanan tersebut. United ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama dimana pertahanan United dilihat agak goyah dan barisan serangan mereka hanya mampu mencipta beberapa peluang sahaja.

Menang tapi bas bocor

Tidak lama selepas babak kedua bermula, Crystal Palace sekali lagi menjaringkan gol melalui Patrick Van Aanholt yang berjaya memperdayakan David De Gea. Kebangkitan United bermula dengan jaringan Chris Smalling pada minit ke-55 melalui satu tandukan hasil hantaran Antonio Valencia.

United mengekalkan tekanan dan memaksa pasukan lawan bertahan untuk kebanyakan masa kedua. Gol penyamaan United hadir melalui Romelu Lukaku yang bijak mengambil kesempatan dalam kotak penalti yang dipenuhi pemain Crystal Palace.

Apabila perlawanan seakan-akan berakhir dengan keputusan seri, pemain antarabangsa Serbia, Nemanja Matic muncul wira buat Red Devils apabila melakukan sepakan dari luar kotak penalti untuk menewaskan Wayne Hennessey pada waktu kecederaan dan memberikan 3 mata kepada United.

Townsend memberikan harapan palsu kepada haters United

Ketika bercakap kepada pemberita selepas tamat perlawanan, Mourinho berkata perlawanan tersebut merupakan perlawanan yang sangat menarik untuk ditonton peminat di kaca televisyen tetapi sukar bagi beliau kerana pemainnya kerap melakukan kesilapan yang mudah.

“Ia merupakan perlawanan yang fantastik bagi peminat yang berada di depan kaca televisyen dan juga di stadium. Tetapi ia merupakan perlawanan yang sukar buat saya kerana kami melakukan kesilapan yang banyak.”

“Kami menunjukkan sikap yang cemerlang untuk bangkit dan mempamerkan bolasepak yang berkualiti tinggi pada separuh masa kedua. Malangnya kami melakukan banyak kesilapan ketika bertahan dan saya tidak merujuk kepada pemain pertahanan sahaja. Ia lebih kepada persembahan keseluruhan pasukan.”

Magic Matic ! What a shot

“Saya tidak gemar melihat pasukan saya hilang organisasi seperti yang berlaku dalam perlawanan tadi. Tetapi ia merupakan perlawanan yang fantastik kerana kami berjaya bangkit dari ketinggalan dua gol. Kemenangan ini sangat penting kerana perlawanan liga hanya berbaki 9 sahaja lagi. Kami juga mempunyai kelebihan 9 mata di hadapan penghuni tangga ke-5.”

Mourinho turut memuji persembahan pemain Crystal Palace dan berkata pengurus, Roy Hodgson telah melakukan semua perkata dengan betul walaupun gagal mengutip sebarang mata untuk pasukannya yang bergelut untuk terus kekal di Liga Perdana Inggeris musim hadapan.

“Saya boleh katakan Roy telah membuat perancangan yang sangat bagus dalam perlawanan tadi. Mereka meletakkan dua penyerang untuk bermain secara ‘direct’ dan berjaya mencipta banyak masalah melalui hantaran tinggi kepada penyerang mereka. Mereka juga berjaya menjaringkan dua gol mereka melalui serangan balas.”

BACA:  Sepakan Percuma Menakjubkan Olise Nafi Kemenangan Ke-10 Berturut-turut Man Utd