Ten Hag Dedahkan Ramai Pemain Berkelas Dunia Mahu Sertai Setan Merah

Erik ten Hag berkata, “Sekarang ini, ramai pemain yang bertaraf dunia dunia berebut rebut mahu datang” ke Manchester United pada musim panas akan datang.

Ianya bukti bahawa, pemain pemain ini melihat projek Manchester United benar benar menarik dan bukan omong kosong.

Ten Hag menyatakan bahawa, walaupun Man United gagal ke UCL sekalipun, tetap ramai pemain berkelas dunia yang mahu menyertai Manchester United.

Merasai sendiri pengalaman bermain bersama Maguire di atas padang.

United berada dalam bahaya kehilangan tempat dalam empat teratas selepas kekalahan berturut-turut kepada Brighton dan West Ham.

Namun mereka kekal pasukan pilihan untuk ke UCL berbanding dengan Liverpool. Kerana Man United masih ada 1 perlawanan baki dalam tangan.

Ten Hag percaya dia masih boleh menarik pemain ke Old Trafford walaupun kelab itu gagal ke Liga Juara-Juara Eropah sekalipun.

Berbeza dengan musim sebelum ini di mana agak sukar untuk berbuat demikian.

“Saya melihat perbezaan besar berbanding tahun lepas,” kata Ten Hag.

“Terdapat banyak beza tahun lepas apabila saya bercakap dengan pemain dan kini ramai pemain melihat projek itu, apa yang berlaku, dinamik dan cita-cita dalam projek ini, terutama sekali kualiti pasukan.”

“Mereka benar-benar berminat untuk datang, saya perhatikan perkara itu. Nampaknya terdapat banyak tempahan pada tahun lepas, banyak keraguan apabila kami mendekati pemain. Tahun ini, ramai pemain berkualiti benar-benar mahu datang.”

Tiga kemenangan daripada baki empat perlawanan United sudah cukup untuk mematikan langkah Liverpool dan menjamin tempat ke Liga Juara-Juara Eropah.

Ten Hag yakin pemainnya akan segar bugar dan ceria apabila berdepan Wolves pada Sabtu selepas seminggu tanpa perlawanan.

Ten Hag tetap menegaskan bahawa skuadnya kepenatan selepas kempen yang sudah mengharungi 57 perlawanan.

Namun bezanya kali ini mereka berjaya mendapatkan rehat yang cukup untuk menunjukkan tahap permainan dengan kecergasan optimum ketika berdepan Wolves.0

“Agak jelas perkara itu berlaku tetapi kita tahu apa sebab di sebalik itu,” tambah pengendali yang berasal dari Belanda itu.

“Ia pastinya bukan alasan untuk persembahan sebegitu tetapi ia juga sebab skuad kelihatan keletihan dan keletihan, saya dapat melihatnya”

“Tetapi sekarang kami mempunyai seminggu, seminggu lagi hingga minggu terakhir. ”

“Saya perhatikan di sekitar padang latihan tenaga sudah kembali. Kami akan memberikan persembahan fizikal yang lebih baik, saya pasti itu.”

Ten Hag juga telah mengesahkan bahawa David de Gea pasti akan bermula menentang Wolves walaupun kesilapannya dalam kekalahan 1-0 kepada West Ham.

Tiada masalah langsung untuk De Gea menjadi kesebelasan utama biarpun mendapat banyak kritikan daripada segelintir peminat Manchester United.

Penjaga gol itu telah melakukan kesilapan yang menjadi punca gol kemenangan Said Benrahma untuk pasukan West Ham sebelum ini.

Namun begitu pengurus Man United itu menegaskan tempat De Gea sebagai penjaga gol nombor satu di dalam kelab itu adalah tidak terancam.

Ten Hag malah tidak memikirkan atau mempertimbangkan langsung untuk menyisihkan nama De Gea.

“Dia pasti akan bermain,” kata Tan Hag. “Saya tidak memberi pertimbangan [untuk menguggurkannya].”

Man United fokus untuk mengejar top 4. Dan pada masa yang sama masih berpeluang menamatkan musim ini dengan dua piala domestik.

Jika itu berlaku, bermakna mereka sekaligus akan menghalang Man City daripada meraih treble, jika kelab jiran mereka itu menang EPL dan UCL sekalipun.

Man United akan menanti cabaran Man City dalam aksi final Piala FA yang akan dilangsungkan di Wembley.

BACA:  Premier League 2020/21: Crystal Palace 0-0 Manchester United