Mourinho Jelaskan Kenapa Manchester United Berikan Rashford Jersi Nombor 10

Dalam perlawanan terakhir pra musim Manchester United menentang Bayern Munich menyaksikan pasukan Setan Merah tewas 1-0 dan gagal membuat sebarang percubaan tepat, Marcus Rashford dilihat memakai jersi bernombor 10.

Manchester United yang merupakan pasukan teragung dalam peradaban bola sepak dunia hanya mencatatkan satu kemenangan dalam tempoh 90 minit di jelajah pra musim mereka ketika menentang Real Madrid.

Fokus Manchester United sekarang adalah perlawanan pembukaan Premier League menentang Leicester City jumaat ini dan aksi Rahford memakai jersi nombor 10 sangat mencuri tumpuan selain taktik parking MRT Mourinho semalam.

Maka kini sahlah bahawa Marcus Rashford yang setia bersama Setan Merah sejak 2005 akan memakai nombor keramat dalam bola sepak di jersinya bagi kempen musim 2018/19 iaitu nombor 10.

Selepas perlawanan menentang Bayern Munich, pengurus Manchester United, Jose Mourinho telah ditanya mengenai perkara ini lalu menjelaskan sebab yang agak sentimental.

Rasford kembali ke United lebih awal dari tempoh cutinya selepas Piala Dunia kerana Jose Mourinho kekurangan pilihan pemain yang akan beraksi tatkala musim bakal bermula.

Mourinho menjelaskan Rashford diberi nombor 10 bukan kerana itu sasaran United di liga tetapi sebagai penghargaan kepada Rashford yang lahir serta membesar di Manchester dan menjalani karier yang hebat sepanjang 2 tahun setengah ini.

“Rashford ni dah lama mengidam nombor 10. Kemudian Zlatan pun nak ketika itu, Sudah tentu la budak ni mengalah dan menunggu peluang je nak rembat.”

“Sekarang nombor 10 dah tak bertuan. Ini merupakan sesuatu yang padu buat budak tu, makanya marilah kita bagi je nombor tu kat dia.” Ujar Mourinho.

Ini bukanlah pertama kali Rasford menukar nombor jersinya. Pada awal kemunculan Rashfor memakai nombor 39 sebelum menggunakan nombor 19 pada tahun 2016.

Dari Rooney turun ke Zlatan kini Rasford pula,

Dengan nombor keramat yang hebat maka datanglah tanggungjawab yang hebat buat Rashford.

Sebelum ini pemain terakhir yang menggunakan nombor 10 adalah Zlatan Ibrahimovic yang kali terakhir berkhidmat untuk Mourinho Disember lalu.

Pemain yang memakai nombor 10 sebelum ini adalah pemain lagenda dan handalan United dari zaman Mark Hughes dan Teddy Sheringham kepada Ruud van Nistelrooy sehinggalah kepada zaman penjaring terbanyak sepanajang zaman Manchester United Rooney.

Setakat ini Rashford telah menjaringkan 32 gol dalam 123 perlawanan bersama Setan Merah. Adakah nombor 10 ini akan membawa Rashford ke tahap yang tinggi dalam kariernya?

BACA:  Kisah Mourinho Hampir Diperbodohkan Oleh Kembar Fellaini