Mourinho Kecam Klopp Dan Pep Dalam Temu Bual Pertamanya Selepas Dipecat

Bekas pengurus Manchester United, Jose Mourinho telah memberikan pendapat mengenai layanan buruk yang diterimanya dari FA Englandd mengenai kelakuan di tepi padang berbanding pengurus lain dalam Liga Perdana Inggeris.

Dalam temu bual pertama beliau selepas dipecat oleh Manchester United hujung bulan lalu, Mourinho mendakwa beliau menjadi mangsa layanan ‘Double standard’ dari FA England sambil menuding jari ke arah Pep Guardiola dan Jurgen Klopp yang sering terlepas dari hukuman walaupun melakukan kesalahan di tepi padang.

Mourinho datang lagi, kali ini dengan kritikan maha pedas terhadap Pep dan Klopp

“Sesetengah pihak tidak tahu membezakan semangat dengan kawalan emosi. Saya akan berikan anda satu contoh yang anda tahu saya betul. Situasi sama, saya dan pengurus lain, tetapi hukuman yang berbeza.” Ujar Mourinho ketika ditemuramah beIN Sports.

“Apabila Mourinho tidak berkelakuan baik di tepi padang, apabila Mourinho menyepak botol di tepi padang, apabila Mourinho melakukan sesuatu, beliau akan digantung dan menerima padah daripada tindakan tersebut.”

“Apabila Jurgen Klopp melakukan perkara yang sama, beliau adalah istimewa. Apabila Pep Guardiola membuat perkara yang sama, beliau juga istimewa. Tetapi apabila Mourinho melakukannya, beliau akan digantung.”

Kenyataan kontroversi yang keluar dari mulut Mourinho ini tidak lagi mengejutkan memandangkan beliau terkenal dengan kenyataan seperti ini sejak dulu lagi. Yang pasti ini bukan kenyataan kontroversi terakhir yang keluar dari mulut pengurus berasal dari Portugal ini.

Pep istimewa, so takkan kena apa-apa

Kita mungkin perlu menunggu lebih lama untuk melihat Mourinho kembali dalam kancah Liga Perdana Inggeris tetapi Mourinho mendakwa beliau telah menolak 3 tawaran untuk menjadi pengurus sejak meninggalkan Old Trafford.

“Filosofi saya bergantung pada banyak perkara. Saya gembira untuk pergi ke sebuah kelab yang mempunyai syarat-syarat seperti Pep Guardiola dan Jurgen Klopp miliki sekarang.”

“Saya sebenarnya telah menolak tiga tawaran kerja kerana saya rasa itu bukanlah perkara yang saya mahu lakukan sekarang.”

Selain itu, Mourinho juga mengimbau kembali kenangannya ketika mula-mula menguruskan Chelsea sekitar 2004 dahulu dimana beliau meminta pemilik kelab, Roman Abramovich membeli Didier Drogba dari Marseille.

yang ni xyah cakap la. Dah macam orang gila duk tepi padang

“Drogba merupakan individu yang sangat setia dan beliau tidak pernah lupa yang saya membawa beliau ke Liga Perdana Inggeris dari Marseille, tempat yang beliau tidak sangka akan berada kerana karier bola sepak beliau bermula agak lambat.”

“Drogba pernah bermain dengan Guingamp, Marseille, Le Mans dan dipinjamkan ke beberapa buah kelab. Jadi apabila saya membawa Drogba ke Chelsea, saya masih ingat dengan jelas apa yang diucapkan Abramovic kepada saya ketika itu, ‘Siapa yang anda mahu sebagai penyerang?'”

“Walaupun terdapat banyak nama besar di Eropah ketika itu, saya pilih Drogba.”

“(Abramovic pon berkata) Siapa? Siapakah dia? Dimana beliau bermain ?”

“Saya berkata kepada Mr Abramovic – Bayar sahaja dan jangan cakap banyak.”

“Dan Drogba menjadi pemain ikonik untuk Chelsea dan juga Liga Perdana Inggeris.”

BACA:  Rekod Kebanggan Maguire Bakal Dipadam Gvardiol Jika Lengkapkan Perpindahan Ke Man City