Man Utd Singkir Sancho Kerana Berdegil Mohon Maaf

Jadon Sancho kini terpaksa berlatih secara bersendirian di Manchester United selepas disingkirkan daripada skuad utama setelah pemain itu berdegil untuk memohon maaf kepada pengurus pasukan Erik ten Hag.

Pemain berusia 23 tahun itu kini terpaksa berlatih menggunakan fasiliti skuad akademi tatkala United mencari jalan penyelesaian lain.

Pemain itu kini dianggap terpalit dengan isu disiplin selepas secara terbuka memberikan komen menafikan kenyataan Ten Hag selepas kekalahan 3-1 kepada Arsenal pada awal bulan ini.

Sancho mendakwa dirinya telah menjadi kambing hitam sejak sekian lama selepas Ten Hag menjelaskan penguguran pemain itu daripada skuad utama sebelum perlawanan menentang Arsenal adalah berkaitan prestasinya ketika latihan.

Pemain antarabangsa England itu kemudiannya diarahkan untuk meminta maaf kepada pengurusnya itu namun menolak untuk berbuat demikian โ€“ menyebabkan kelab tidak mempunyai pilihan lain selain mengambil tindakan.

Manchester United bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut kepada The Athletic ketika ditanya mengenai lebih lanjut mengenai situasi Sancho.

Satu perkara yang pasti penyingkiran Sancho daripada skuad utama bermakna pemain itu tidak akan disenaraikan untuk perlawanan menentang Brighton di Old Trafford pada Sabtu akan datang.

Melalui satu kenyataan pada lewat malam tadi, United berkata: โ€œJadon Sancho akan kekal berlatih secara bersendirian dan tidak akan bersama skuad utama sehingga penyelesaian dilakukan terhadap isu disiplin.โ€

Ten Hag mendedahkan Sancho tidak berada di dalam skuad ke Emirates untuk perlawanan tersebut kerana tidak menampilkan prestasi diharapkan ketika latihan.

Menjelaskan kepada wartawan sebab utama tidak membawa Sancho untuk perlawanan di tempat lawan menentang Arsenal, Ten Hag berkata: โ€œJadon, ia mengenai prestasi pemain itu ketika latihan, jadi kami tidak memilih dia.

โ€œAnda harus berada dan mencapai tahap tertentu setiap hari di Manchester United dan kami [jurulatih] juga berhak membuat pilihan [terbaik] untuk barisan hadapan. Untuk perlawanan ini dia tidak terpilih.โ€

Kenyataan itu terus dinafikan oleh Sancho di media sosial selepas itu.

โ€œTolong jangan percaya apa yang anda baca,โ€ tulis Sancho secara terbuka di media sosial.

โ€œSaya tidak benarkan sesiapa untuk bercakap perkara tidak benar. Sepanjang minggu ini saya sentiasa memastikan diri berada di tahap terbaik ketika sesi latihan.

โ€œSaya percaya ada sebab lain untuk perkara ini tetapi saya enggan mendedahkannya. Saya telah menjadi kambing hitam untuk tempoh yang lama dan ini tidak adil!โ€ ujar pemain tersebut pada ketika itu.

BACA:ย  Alex Ferguson Dilabel Sebagai Tali Barut Glazer