Mourinho: Manchester United Sentiasa Temui Jalan Untuk Bangkit

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho memuji semangat yang ditunjukkan anak buahnya ketika menentang Juventus dan Bournemouth dan berkata Red Devils sentiasa menemui jalan untuk bangkit dalam apa jua keadaan.

Dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Juventus Rabu lalu, Manchester United bangkit dari ketinggalan untuk mencatatkan kemenangan luar biasa ke atas pasukan yang belum lagi tewas dalam semua pertandingan musim ini.

Setan Merah sentiasa jumpa jalan untuk bangkit dari ketinggalan. Adakah perkara yang sama akan berlaku weekend ni ?

Gol daripada bekas pemain dan juga pemain terbaik dunia sebanyak 5 kali, Cristiano Ronaldo pada mulanya meletakkan Juventus berada dalam landasan terbaik untuk mengutip 3 mata di hadapan penyokong sendiri, namun anak buah Mourinho mempunyai idea lain.

Pemain tengah, Juan Mata memulakan comeback United dengan menyempurnakan sepakan percuma yang gagal diselamatkan Wojciech Szczęsny pada minit ke-86. Malang terus merundum Juventus apabila Leonardo Bonucci menampan masuk bola ke dalam gawang sendiri pada penghujung permainan untuk menghadiahkan kemenangan penuh bersejarah buat Setan Merah.

Manchester United sekali lagi bakal menempuh perlawanan sukar hujung minggu ini apabila berkunjung ke Etihad Stadium untuk bertemu ‘noisy neighbour’, Manchester City yang kini berada di puncak Liga Perdana Inggeris.

Musuh lama bersua kembali di Etihad Stadium Ahad nanti

Mourinho sedar ancaman yang dibawa pasukan Pep Guardiola tetapi berharap pasukannya tidak melalui situasi dimana mereka perlu bangkit dari ketinggalan seperti yang dilalui ketika menentang Juventus dan Bournemouth.

“Kami bukan pasukan yang akan menyerah kalah. Kami merupakan pasukan yang sentiasa mencari jalan untuk melawan. Kadang-kadang kami berhasil mengubah keputusan perlawanan dan kadang-kadang, kami tidak berjaya.”

“Kami merupakan pasukan yang mempunyai semangat untuk bangkit melawan tetapi kadang-kala ia sukar untuk dilakukan.”

“Sekiranya kami berterusan memberikan gol kepada pihak lawan, akan tiba satu hari dimana kami tidak akan mampu untuk bangkit. Jadi kami perlu memastikan yang kami sudah matang. Bukan matang dari segi pendekatan sahaja, tetapi juga dari cara kami memulakan sesuatu perlawanan.”

“Ketika menentang Juventus, saya rasa kami menunjukkan tahap kematangan. Kami melepaskan gol selepas 60 minit permainan walaupun mempunyai permulaan yang baik. Saya boleh cakap untuk 15 atau 20 minit pertama, kami mengawal perlawanan.”

Kemenangan ke atas Juventus dan kejayaan mengikat Chelsea di Stamford Bridge beberapa minggu lalu telah berjaya meningkatkan keyakinan seluruh skuad Red Devils menjelang pertemuan penting menentang seteru tradisi pada Ahad nanti.

United tidak boleh berterusan mempermainkan perasaan haters yang ingin melihat mereka kalah.

“Kami bermain dua perlawanan di tempat lawan menentang pasukan yang kuat, Chelsea dan Juventus dan berjaya mencatatkan keputusan yang baik.”

“Walaupun jika kami gagal mencatatkan keputusan yang baik, kami berjaya mempamerkan persembahan yang cemerlang. Kami menunjukkan sikap yang positif, jadi untuk perlawanan akan datang kami akan cuba membuat perkara yang sama.”

“Akan tetapi Manchester City merupakan pasukan yang amat kuat.”

BACA:  Demi Trofi Champions League, PSG Mahukan Jose Mourinho