Ralf Rangnick Akan Jadi Pengurus Tetap Andai Berjaya Bawa United Menjuarai UCL

Ralf Rangnick telah diberitahu yang beliau bakal ditawarkan untuk menjadi pengurus tetap Manchester United, seandainya beliau mampu membawa setan merah menjuarai saingan Champions League.

Manchester United pada ketika ini sedang dalam usaha mereka mencari calon pengurus tetap kelab, bagi menggantikan Ole Gunnar Solskjaer yang dipecat pada November tahun lalu.

Ralf Rangnick di bawa masuk sebagai pengurus interim sahaja sehingga akhir musim nanti, dengan beliau selepas itu akan bertugas sebagai penasihat kelab.

Carlo Ancelotti merupakan antara nama yang disenaraikan pendekkan oleh pimpinan kelab untuk dilantik sebagai pengurus jangka masa pendek United.

Selain itu, Erik Ten Hag juga dilaporkan sedang belajar bahasa Inggeris kerana beliau turut berminat untuk menerima tawaran dari Manchester United.

Walau bagaimanapun, pengurus interim kelab pada ketika ini, Ralf Rangnick sebenarnya juga merupakan antara calon yang bakal dilantik menjadi pengurus tetap kelab.

Menurut sumber laporan dari beberapa media termasuk bookies, pengurus dari Jerman itu merupakan calon ketiga yang mahu dilantik oleh pihak kelab menjadi pengurus tetap Manchester United.

Bekas penyerang Manchester United, Louis Saha mendakwa yang Ralf Rangnick boleh mengukuhkan kedudukan beliau sebagai pengurus tetap kelab, seandainya beliau berjaya membawa setan merah menjuarai saingan Champions League.

“Tak semestinya Ralf Rangnick tak akan ada di sana uruskan United pada musim panas nanti.”

Jelas Saha kepada The Mirror.

“Jika Ralf menang Champions League, dia tentu akan kekal di sana sebagai pengurus.”

“Ada sedikit kebimbangan tentang dia, ya dengan dia bermula sangat baik dan orang semua fikir dia akan kekal, dan sekarang United main dengan tak begitu baik.”

“Tapi semuanya bergantung kepada hasil dari Ralf Rangnick. United boleh menang Champions League musim ini.”

Micah Richards dan Jamie Carragher sebelum ini turut pernah mendedahkan yang mereka percaya tak mustahil Manchester United boleh menjuarai saingan Champions League musim ini.

Louis Saha kemudiannya bersetuju dengan kenyataan tersebut dan turut menambah lagi bahawa pasukan terbaik tak selalunya akan menang.

Legenda Perancis itu turut menggunakan Chelsea sebagai contoh bukan pasukan terbaik yang mampu menjuarai saingan Champions League pada musim lalu.

Sama situasi seperti Jamie Carragher suatu ketika dahulu, dengan skuad Liverpool yang mampu tewaskan AC Milan dalam aksi perlawanan akhir Champions League pada tahun 2005 bukanlah skuad yang bagus.

Liverpool pada ketika itu walau muncul sebagai Juara saingan Champions League, namun dalam saingan liga mereka berada di bawa seteru utama mereka, Everton.

Manchester United pada ketika ini bergelut untuk mengakhiri saingan Premier League di kedudukan empat teratas dengan Arsenal dianggap calon kegemaran yang bakal mendapatkan slot ke saingan Champions League musim hadapan.

United masih ada dalam saingan Champions League musim ini dengan mereka ketika aksi leg pertama pusingan 16 terbaik berjaya mengikat Atletico Madrid 1-1 di Wanda Metropolitano.

Gol jaringan Anthony Elanga berjaya menyelamatkan United dari berdepan dengan kekalahan dalam perlawanan tersebut.

Bercakap tentang peluang United mengakhiri saingan musim ini di kelompok empat teratas, Saha menjelaskan bahawa:

“Jika mereka tak akhiri saingan liga di kedudukan empat teratas, ia bakal memberi tamparan yang hebat kepada mereka.”

“Kita bercakap tentang memastikan kedudukan empat teratas seolah-olah menang Piala. Saya minta maaf, tapi kelab ini sepatutnya menang perlawanan dan kejar kejuaraan, bukan kejar kedudukan empat teratas. Itu tak normal.”

“Mengakhiri saingan liga di kedudukan empat teratas sebenarnya hanya indikasi untuk terus melangkah ke hadapan, tapi itu tidak cukup.”

Masalah utama Manchester United pada ketika ini adalah ketumpulan jentera serangan mereka dalam mencari gol.

Masalah tersebut telah menyebabkan Cristiano Ronaldo berdepan kritikan teruk dari pelbagai pihak, dan United juga kini tak memiliki pemain penyerang lain yang boleh mereka harapkan.

Mampukah Man Utd menjuarai saingan Champions League musim ini? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Champions League 2021/22: Atletico Madrid 2-3 Liverpool