Pengurus Chelsea Jose Mourinho mendakwa sekurang-kurangnya dua pemain Manchester City patut di halau keluar padang dan menyifatkan kemenangan 3-0 City adalah palsu.
Mourinho menjelaskan Fernandinho patut dilayangkan kad merah kerana menyiku Diego Costa, sebaliknya pemain Brazil itu hanya dikenakan kad kuning dan jurulatih itu juga mendakwa Yaya Toure patut dilayangkan dua kad kuning.
Costa terpaksa berbalut kepala selepas bertembung dengan Fernandinho dan Mourinho berkata dalam sidang media: “Perasaan saya? kad merah.”
Bagaimanapun, dia mengakui keputusan pengadil Martin Atkinson membenarkan Toure kekal di atas padang tiada kaitan dengan keputusan perlawanan.
Baca : Apa Dah Jadi Dengan Chelsea?
“Yaya Toure patut dilayangkan kad kuning kedua tetapi ia sudah pada minit ke-83 dan kedudukan sudah 3-0,”
Dia menambah. ” Ia tiada kaitan dengan keputusan tetapi ada kaitan dengan undang-undang dan kalau undang-undang kata kad merah minit pertama atau ke 90, ia kad merah.”
“Jika keputusan 1-0 meragukan di minit 70, 3-0 adalah benar-benar palsu,” katanya.
Dalam aksi yang berlangsung di Etihad, Manchester City memanfaatkan sepenuhnya kelemahan Chelsea yang masih bergelut mencari rentak, untuk menang 3-0.
Juara bertahan itu terus gagal mempamer aksi meyakinkan sejak aksi pra-musim, sebaliknya City memulakan kempen dengan memperkukuh maruah selaku pencabar serta naib juara tahun lalu.
Tuan rumah memastikan kedudukan di depan pada babak pertama, hasil jaringan Sergio Aguero pada minit ke-31.
The Citizens terus bangkit selepas rehat, ketika chelsea kelihatan semakin tertekan dan kehilangan fokus untuk baki 20 minit permainan.
Vincent Kompany memanfaatkan sepenuhnya peluang dengan menembusi gawang The Blues pada minit ke-79, sebelum Fernandinho terus mencalar maruah Chelsea pada baki 5 minit permainan, untuk melaung amaran awal melalui kemenangan 3-0 di laman sendiri.
Sumber-Stadium Astro