Mourinho Meroyan Lagi, Minta Penyokong Manchester United Lebih Bersabar

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho meminta para penyokong lebih bersabar dan memberikan beliau lebih masa dalam satu sidang media yang panas semalam.

Mourinho turut berkata ejekan peminat Manchester United terhadap beliau dan pemain tidak akan menjejaskan fokus pasukan dan mendakwa beliau mendapat sokongan penuh dari pemilik kelab.

Peminat MU ni tak reti sabar ke ? Liverpool berpuluh tahun tak menang liga relax je

Penyokong Manchester United meluahkan rasa tidak puas hati mereka ketika pasukan mereka tewas mengejut di tangan Sevilla Selasa lalu, sekaligus tersingkir dari Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Sejurus wisel penamat ditiupkan, ejekan peminat tuan rumah berkemundang dengan kuat bagi menzahirkan rasa marah mereka terhadap corak permainan anak buah Mourinho yang dikatakan terlalu defensif dan membosankan.

Walaubagaimanapun, Mourinho cepat untuk mengingatkan peminat keadaan sebelum beliau mengambil alih tampuk pengurusan. Mourinho mendakwa penyingkiran United dari kejohanan Eropah tersebut bukanlah perkara baru.

Mourinho juga sempat membuat rujukan mengenai situasi Pep Guardiola di Manchester City dimana beliau mendakwa bekas pengurus Bayern Munich itu telah mewarisi skuad yang berkualiti, tidak seperti beliau di Old Trafford.

Ejekan peminat United berkemundang di Old Trafford selepas tumpas di tangan Sevilla

“Saya tidak akan menghilangkan diri atau menangis kerana mendengar ejekan dari peminat United. Saya tidak akan menghilangkan diri dengan berlari laju ke arah terowong.”

“Saya akan menjadi orang pertama yang akan keluar dari terowong stadium untuk perlawanan kami seterusnya. Saya tidak takut untuk memikul tanggungjawab saya.”

“Dalam 7 tahun terakhir, kedudukan terburuk Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris adalah pada kedudukan ke-4. Dalam masa yang sama juga, mereka telah memenangi liga sebanyak dua kali dan anda boleh katakan 3 kali kerana dalam masa beberapa minggu, mereka akan dinobatkan sebagai juara. Mereka juga menduduki tangga ke-2 sebanyak dua kali.”

“Ia adalah warisan. Anda tahu apa itu warisan ? Pemain seperti Nicholas Otamendi, Kevin De Bruyne, Fernandinho, David Silva, Raheem Sterling, Sergio Aguero, semuanya adalah pelaburan dari masa lepas. Bukan pemain yang dibeli 2 tahun yang terakhir.”

“Adakah anda tahu berapa banyak pemain Manchester United yang telah meninggalkan kelab pada musim lepas ? Cuba lihat dimana mereka bermain, bagaimana mereka bermain atau sama ada mereka masih lagi bermain.”

Bertuah pengurus lepas ni sebab ada Lukaku, Matic dan De Gea. Tapi mengapa nama Pogba tidak disebut ?

“Itu kita panggil sebagai warisan dalam bolasepak. Suatu hari nanti apabila saya meninggalkan kelab ini, pengurus Manchester United seterusnya akan mempunyai Romelu Lukaku, Nemanja Matic dan sudah tentu David De Gea.”

“Atas beberapa sebab, anda akan melihat 4 buah kelab yang sering berada dalam undian suku akhir Liga Juara-Juara Eropah. Barcelona telah melakukannya selama 7 atau 8 tahun yang terakhir, sama juga Real Madrid, Bayern Munich dan Juventus.”

“Saya berasa gembira kerana saya berkongsi pendapat yang sama dengan pemilik kelab ini, Mr Woodward, dan Mr Richard Arnold. Kami bersetuju dalam semua perkara termasuklah hal pelaburan. Kami bersetuju untuk membuat terus melakukan pelaburan dari satu musim ke musim yang seterusnya.”

BACA:  Nemanja Vidic Dakwa Jones & Smalling Setaraf Dengan Van Dijk