Solskjaer Tiada Masalah Alih Fokus Terhadap Arsenal Selepas Cemerlang Singkirkan PSG

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berasa yakin anak buahnya tidak akan berdepan sebarang masalah untuk mengalihkan fokus mereka terhadap Arsenal walaupun baru sahaja mempamerkan persembahan cemerlang untuk menyingkirkan Paris Saint-Germain dari Liga Juara-Juara Eropah beberapa hari yang lalu.

Berikutan kejayaan bersejarah di kota Paris, sudah mula kedengaran Solskjaer akan ditawarkan kerja secara tetap dan akan diberi kepercayaan untuk membimbing Red Devils bagi menghadapi saingan musim hadapan.

Bring it on. United tidak perlu bermain 200% untuk tundukkan pasukan lemah dan lembik seperti Arsenal

Pengurus bermuka ‘babyface’ itu berjaya membimbing United bangkit dari ketinggalan 2-0 di tempat sendiri untuk mencatatkan kemenangan 3-1 di gelanggan lawan ke atas PSG seterusnya layak ke saingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Di peringkat domestik pula, Solskjaer sekali lagi bakal berdepan tugas getir menentang Arsenal di gelanggang lawan dalam usaha mereka untuk melayakkan diri beraksi di Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Dalam sidang media menjelang pertemuan di Emirates Stadium malam nanti, Solskjaer berkata anak buahnya tidak berdepan sebarang masalah untuk mengalihkan fokus terhadap Arsenal, beberapa hari selepas menyingkirkan PSG di peringkat Eropah.

“Tiada sebarang masalah.” Ujar Solskjaer kepada para pemberita.

“Kami berjaya layak ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, sesuatu yang sepatutnya kelab seperti Manchester United mesti lakukan.”

2 sandaran utama pasukan masing-masing malam ini

“Tetapi cara ia berlaku dan sambutan selepas tamat perlawanan. Perkara seperti itu hanya berlaku apabila anda berjaya memenangi perlawanan dengan cara seperti yang kami lakukan.”

“Tetapi sekarang kami tidak berdepan sebarang masalah. Kami mempunyai Arsenal, satu lagi perlawanan hebat yang kami mesti bersedia.”

Manchester United akan berkunjung ke Utara London selepas mencipta rekod baru kelab dalam kemenangan di tempat lawan.

Kemenangan ke atas PSG merupakan kemenangan ke-9 berturut-turut dalam semua pertandingan. Sepanjang 9 perlawanan itu termasuk kemenangan 3-1 ke atas Arsenal dalam pusingan ke-4 Piala FA.

“Saya perlu membuat keputusan yang sama seperti melayan perlawanan-perlawanan yang lain.”

“Pertama, saya perlu menilai pendekatan pihak lawan, sistem apa yang saya rasa mereka akan guna, yang mana agak mustahil untuk dilakukan kerana sistem pasukan lawan sering berubah.”

“Anda juga perlu melihat mana pemain yang anda cergas dan selepas itu baru lah kami boleh merencana bagaimana untuk menghadapi perlawanan itu.”

Tiada Martial malam ni, tapi Lukaku dan Rashford bersedia beri mimpi ngeri pada pertahanan Arsenal.

“Ia mungkin sistem yang berbeza atau menggunakan sistem serangan balas. Tetapi sekarang sudah tentu isu kecergasan pemain memainkan peranan penting kerana kami mempunyai beberapa pemain yang sudah kembali cergas.”

“Dari segi fizikal, ia merupakan antara malam yang paling susah [merujuk pada perlawanan PSG]. Mungkin perlawanan PSG dan Arsenal [Piala FA] adalah 2 perlawanan paling sukar pernah kami hadapi setakat ini.”

BACA:  Jerome Boateng Dedah Punca Sebenar Tolak Lamaran Manchester United