Secara teknikal Raphael Varane dibenarkan untuk berbincang dengan kelab lain pada Januari hadapan selepas butiran sebenar kontrak pemain pertahanan itu bersama Manchester United didedahkan.
Varane menyertai United dengan nilai £34 juta pada musim panas 2021 daripada Real Madrid. Pada ketika itu United mengumumkan Varane menyertai mereka dengan kontraK sehingga Jun 2025.
Sejak berhijrah ke Old Trafford, Varane melakukan 76 penampilan dan pada satu ketika membentuk gandingan mantap untuk United bersama Lisandro Martinez untuk skuad kendalian Erik ten Hag.
Musim ini Varane bagaimanapun bergelut dengan kecederaan dan laporan pada awal bulan ini mendedahkan United terbuka untuk menjual pemain tersebut pada Januari.
🚨 Raphael Varane's Manchester United contract expires a year earlier than previously publicised, which means he could become a FREE AGENT this summer.
(Source: @lauriewhitwell) pic.twitter.com/TvZ4wZ5tGl
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) December 13, 2023
Di Old Trafford bekas pemain pertahanan antarabangsa Perancis itu menerima bayaran £250,000 seminggu. Berdasarkan kekurangan pemain di posisi tersebut ia sebenarnya agak aneh untuk melihat Ten Hag menyenaraikan Varane bersama-sama Casemiro dan Jadon Sancho di dalam senarai pemain untuk dijual.
Situasi tersebut sepatutnya mudah. Namun kini The Athletic mendedahkan kontrak sebenar Varane bersama Man Utd akan tamat pada Jun 2024 dan bukannya pada musim panas tahun berikutnya seperti diumumkan.
United bagaimanapun mempunyai pilihan untuk menyambung kontrak bekas pemain pertahanan Real Madrid itu selama 12 bulan selepas Jun 2024.
Butiran untuk enyambungan kontrak pemain itu untuk kekal di Old Trafford tidak dapat dipastikan, namun ia dipercayai berkaitan dengan prestasi semasa pemain itu dan terpulang kepada budi bicara kelab.
Apa pun kebenaran di sebalik kontrak tersebut, ini bermakna Varane boleh memulakan rundingan untuk menyertai kelab lain secara percuma pada Januari ini sekiranya tiada kontrak baharu diberikan kepada pemain itu menjelang 31 Disember nanti.
Perbincangan dengan kelab lain yang menjurus kepada pra kontrak bermakna Varane berkemungkinan akan menyertai kelab lain pada musim akan datang.
Revealed: Raphael Varane could be a free agent in summer. His contract runs to 2024, with option of additional extra year. At time club announcement stated 2025.
Means Varane can talk to foreign clubs in January if he wishes.
Full story ⬇️ #MUFC https://t.co/WEylifL1Op
— Laurie Whitwell (@lauriewhitwell) December 13, 2023
Sejak beberapa bulan lalu terdapat laporan Varane kecewa kerana kurang mendapat minit perlawanan, dan hubungan pemain itu dengan Ten Hag juga dikatakan mulai keruh.
Bekas pemain pertahanan United Patrice Evra sebelum ini pernah mengandaikan hubungan Ten Hag-Varane tidak sebaik seperti yang ramai sangkakan selepas jurulatih dari Belanda itu menggunakan khidmat Luke Shaw sebagai pertahanan tengah, walaupun Varane cergas untuk diturunkan.
Daripada sudut positif, United mungkin beruntung sekiranya melepaskan Varane pada musim panas akan datang. Ini kerana kelab itu tidak perlu membayar tambahan £13 juta untuk gaji pemain itu yang dianggap tinggi.
Pada masa yang sama pemergian Varane akan memberikan kekosongan sekali gus membenarkan Ten Hag boleh mencari pemain baharu sebagai alternatif.
Persoalannya mengapakah United menyembunyikan fakta sebenar butiran kontrak Varane sebelum ini?