Manchester United Mara Penuh Bergaya, Wigan Terciduk

Perlawanan tumpuan Piala FA pusingan ketiga antara Arsenal dan Liverpool sudah pun diketahui pemenangnya dan giliran Manchester United pula turun beraksi.

Tumpuan ramai pastinya mahu melihat aksi kelakar apakah yang akan dipamerkan Manchester United menentang pasukan Wigan Athletic yang beraksi di League One atau pasukan divisyen ketiga dalam piramid bola sepak England.

Manchester United pastinya sedar akan kemampuan mereka setara dengan Wigan yang berada di tangga ke-18 League One lalu menurunkan pasukan terkuat serta menyenaraikan pemain muda di bangku simpanan.

Andre Onana terus mendapat kepercayaan Erik Ten Hag dan Altay Bayindir terus memanaskan bangku simpanan seperti biasa.

Disebalik deretan peluang dicipta hanya satu gol terhasil di separuh masa pertama dari lencongan kaki kanan Diogo Dalot menewaskan penjaga gol Wigan Sam Tickle pada minit ke-22.

Manchester United menguasai perlawanan namun Wigan tidak memberi laluan mudah bagi membuktikan taraf Manchester United adalah seperti pasukan atasan League One sahaja.

Selepas berhempas pulas mencari gol tambahan, akhirnya gol kedua hadir melalui sepakan penalti selepas Bruno Fernandes menggelupur dibentes. Sentuhan yang cukup syarat sah penalti.

Bruno Fernandes tiada masalah memperdayakan Sam Tickle dengan menghantar bola ke arah bertentangan dan kedudukan 2-0 ini kekal hingga tamat permainan.

Manchester United akan bertemu pemenang perlawanan antara Newport County dan Eastleigh di pusingan keempat.

Wigan Athletic: Tickle, Sessegnon, Clare, Hughes, Morrison, Jones, Becket Godo, Adeeko, Shaw, Aasgaard, Humphrys.

Subs: Wyke, Amos, Kerr, Jonny Smith, Lang, McManaman, Magennis, Carragher, Robinson.

Manchester United: Onana, Wan-Bissaka, Varane, Evans, Dalot, McTominay, Mainoo, Garnacho, Bruno Fernandes, Rashford, Hojlund.

Subs: Bayindir, Heaton, Pellistri, Mejbri, Shoretire, Kambwala, Forson, Hugill, Bennett.

Referee: Anthony Taylor (Cheshire)

Keputusan Penuh Undian Piala FA Pusingan Keempat Musim 23/24

Sebelum perlawanan undian pusingan keempat telah pun berlangsung dan lawan pasukan yang layak telah diketahui seperti berikut:-

Watford v Southampton

Blackburn Rovers v Wrexham

Bournemouth v Swansea City

West Bromwich Albion v Brentford @ Wolverhampton Wanderers

West Ham United @ Bristol City v Nottingham Forest @ Blackpool

Leicester City v Hull City @ Birmingham City

Sheffield Wednesday v Coventry City

Chelsea v Aston Villa

Ipswich Town v Maidstone United

Liverpool v Norwich City @ Bristol Rovers

Tottenham Hotspur v Manchester City

Leeds United v Plymouth Argyle

Crystal Palace @ Everton v Luton Town @ Bolton Wanderers

Newport County @ Eastleigh v Wigan Athletic @ Manchester United

Sheffield United v Brighton & Hove Albion

Fulham v Newcastle United

BACA:  Scott McTominay Kecewa Dengan 'Fitnah' Dari Keane Dan Neville