Musim Yang Suram Untuk Luka Jovic

Kekecewaan Luka Jovic melalui musim yang suram di Real Madrid menjadi semakin parah selepas pemain kebangsaan Serbia itu patah tulang kakinya ketika menjalani sesi latihan dirumah.

Los Blancos telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan bahawa Luka Jovic sedang mengalami kecederaan yang dipercayai terjadi ketika beliau sedang menjalani latihan sendiri dirumahnya.

Menurut dari laporan kesihatannya:

“Setelah ujian yang dilakukan hari ini ke atas pemain kami, Luka Jović oleh Real Madrid Medical Services, dia didiagnosis mengalami patah tulang artikular pada tulang calcaneus di kaki kanannya.”

Saingan La Liga dijangka akan kembali bersambung bulan hadapan bagi menghabiskan baki 11 perlawanan dari saingan musim ini.

Kelihatannya seperti Luka Jovic tidak akan mampu untuk kembali cergas ketika itu memandangkan kecederaan yang dialaminya agak teruk.

Ia seperti mimpi buruk untuk Jovic yang mula menyertai Real Madrid dari Benfica dengan nilai perpindahan £54 juta itu.

Pemain muda berusia 22 tahun itu telah membuat 15 penampilan liga musim ini untuk Real Madrid dan telah berjaya menjaringkan dua gol dan mencatatkan satu assist.

Luka Jovic kini merupakan pemain yang selalu menjadi pilihan kedua selepas Benzema dan beliau sentiasa gagal menarik minat Zidane untuk menggunakan khidmatnya.

Menurut laporan dari AS, Zidane mahu menjual pemain sedia ada sekarang dengan tujuan untuk mendapatkan dana membeli pemain lain dan beliau merasakan ada tujuh pemain yang akan dijual olehnya musim panas nanti.

Menurut laporan itu juga, antara pemain yang mungkin meninggalkan Real musim hadapan adalah James Rodriguez, Lucas Vasquez, Mariano Diaz, Alvaro Odriozola, Alphonse Areola dan Nacho Fernandez

Mujur nama Luka Jovic tidak termasuk dalam senarai pemain yang mahu dilepaskan oleh Zinedine Zidane musim panas nanti.

Namun kedudukan beliau masih belum selamat di Real Madrid memandangkan Zidane turut bercadang untuk membeli Erling Haaland sebagai jentera tambahan dibahagian serangan pasukan.

Ini bermakna beliau harus bersaing dan berusaha lebih keras untuk mendapat tempat dalam skuad sekiranya Zidane berjaya membawa Haaland ke Madrid.

BACA:  Real Madrid Setuju Bayar €60 Juta Untuk Dapatkan Penyerang Antarabangsa Serbia